ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 19, 2024 -Jumaat

 
  SAMBUTAN RUMAH TERBUKA SEMPENA PERAYAAN TAHUN BARU CINA TAHUN 2023

Friday 27/01/2023



Table

Peta Sambutan Rumah Terbuka Tahun Baru Cina Tahun 2023



Kerajaan Negeri menghidupkan kembali tradisi sambutan perayaan tahun baru cina peringkat negeri selangor semenjak pandemik melanda

SHAH ALAM, 27 Jan (Bernama) -- Kerajaan Negeri akan menganjurkan Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023 pada 28 Januari 2023. Pada tahun lepas, acara sambutan perayaan tahun baru Cina peringkat Negeri Selangor telah diadakan secara atas talian dan disiarkan melalui media sosial berikutan era pasca pandemik.
 
Secara tradisinya, Masyarakat Cina menyambut perayaan Tahun Baru Cina secara besar-besaran setiap tahun dan ianya antara acara perayaan terbesar yang disambut bersama rakyat di Negara ini selain Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Krismas.
 
Dengan adanya sambutan perayaan ini adalah diharapkan agar ianya dapat merapatkan lagi hubungan diantara pemimpin dengan masyarakat khususnya di negeri Selangor serta memupuk persefahaman dalam masyarakat di Negara ini yang terdiri dari pelbagai kaum dan menganuti pelbagai agama. 

Majlis “Sambutan Rumah Terbuka Sempena Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor Tahun 2023” akan diadakan seperti butiran berikut:-
 
Tarikh :28hb Januari 2023 (Sabtu)
Tempat :Dataran Kemerdekaan Shah Alam
Masa:3.30petang - 10.30malam
 
Majlis ini bakal menyaksikan penampilan pelbagai persembahan kebudayaan seperti wayang kulit, gendang, tarian dan opera. Selain itu, penyanyi soprano Evelyn Toh turut akan mempersembahkan lagu bertajuk "Bunga Merah Besar". Persembahan seni ini bertujuan menggalakkan penghayatan orang ramai terhadap kehebatan budaya tradisional Malaysia.
                          
Kerajaan Negeri Selangor melalui sistem dompet elektronik Wavpay juga akan menyediakan 2,000 angpau elektronik bernilai RM10,000 secara keseluruhan. Para hadirin yang memuat turun aplikasi dompet elektronik Wavpay, berpeluang memenangi angpau dan juga sepuluh hadiah barangan elektronik yang bernilai RM3,000 secara keseluruhan.
 
Sebagai makluman Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah telah berkenan untuk mencemar duli bagi menyempurnakan majlis ini bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin.
 
Majlis ini juga akan dihadiri oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri  Besar Selangor & Isteri, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua – ketua Jabatan, wakil-wakil kedutaan dan seluruh warga Selangor. Anggaran tetamu yang akan hadir pada malam itu adalah seramai 8,000 ribu orang. Orang awam dijemput untuk hadir bagi memeriahkan lagi sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini.
 
Selain daripada jamuan makan dan pemberian ‘angpow’ terdapat juga pelbagai gerai-gerai jualan untuk orang ramai pada hari itu. Pelbagai pengisian lain juga akan disediakan bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina antaranya:
 
a)    Pertandingan Kaligrafi dan lukisan terbuka kepada umum yang akan berlangsung di tapak program di Dataran Kemerdekaan, bermula jam 3 petang.
b)    Persembahan tarian tradisional seperti tarian singa dan tarian tradisional bangsa Tionghua di pentas utama di Dataran Kemerdekaan dari jam 5 petang hingga 7 malam.
c)    Persembahan Kebudayaan yang bermula jam 8.30 malam, yang bakal menampilkan artis-artis terkemuka seperti;-

i.       24 Festive Drums - Orang Orang Drum Theatre Song Performance - Anak Borneo & Friend
ii.      Luminous Dragon Dance - Malaysia Yahya Away Dragon Dance Group
iii.     Contemporary circus - Viva Vertical Malaysia Old time jazz - The Shang Sisters Classical singing with grand orchestra - Evelyn Toh Ching Ling & Malaysia Century Chinese Orchestra (MCCO)
iv.     Choir presenting Malay folk song - La Voce Choir Modern Chinese Dance - Choreographer: Chan Kar Kah 
v.      Traditional Chinese Opera (Teochew / Cantonese / Hainanese / Hokkien) - Teochew Puppet & Opera House, Yan Yang Tian Opera
vi.     Troupe, MaiEng Hainanese Opera Troupe & Xi Jiang Yue Opera Troupe.
vii.     Nyanyian lagu Tahun Baru Cina oleh Priscilla Abby

Persembahan dijangka berlangsung selama satu jam setengah dan bakal menyaksikan 11 persembahan utama yang melibatkan lebih 120 orang artis dan penggerak seni tempatan daripada 18 kumpulan persembahan. Pengacara tempatan, Baki dan Pauline Tan, akan menjadi Pengacara majlis.
                                                                                                                             
Dato’ Teng Chang Khim, EXCO Industri dan Perdagangan Negeri Selangor, dalam sidang media berkata, “Dalam program yang bertemakan “Musim Bunga Kembali ke Khatulistiwa”, saya berharap seni tradisional seperti kaligrafi dan kraf tangan akan memberi peluang kepada para hadirin untuk merasai semula suasana cara menyambut Tahun Baru Cina secara yang tradisional.”
 
Acara ini akan dibahagikan kepada tiga sesi, iaitu Pesta Seni Tahun Baru dari 4:00 petang hingga 10:00 malam di mana 60 gerai dijangka mempamerkan pelbagai jenis kraf tangan, barang hiasan, tumbuh-tumbuhan, dan kuih-muih Tahun Baru Cina. Terdapat juga seni bunga, seni kertas dan aktiviti lain yang disediakan untuk orang ramai.
 
Orang awam juga berpeluang merasai keenakan sajian makanan dengan kerjasama Hijrah Selangor bersempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina. Jamuan makan bermula pada jam 8:00 malam. Pihak penganjur telah menyediakan hidangan untuk seramai 8,000 tetamu. 

Program sambutan tahun ini telah dirancang supaya tetamu didedahkan kepada perkongsian kisah yang kaya dengan sejarah. Penerbit dan pengarah teater terkenal Ling Tang telah dilantik sebagai pengarah program, manakala pengasas Putticoop Design Studio, Lian Kian Lek dilantik sebagai pengarah artistik.
 
Beberapa lokasi parkir kenderaan berbayar yang berdekatan dengan tapak lokasi boleh digunakan oleh para pelawat pada 28hb itu:

1. SACC Mall parking
2. Tempat Letak Kereta Plaza Alam Sentral
3. Tempat Letak Kereta yg sebelah bangunan PKPS
4. Tempat Letak Kereta bersebelahan Menara Maybank
 
Waktu operasi perkhidmatan bas Smart Selangor bernombor SA01 dan SA02 juga akan dilanjutkan sehingga 12.00 tengah malam pada 28 Januari 2023 (Sabtu) untuk kemudahan orang awam di lokasi Dataran Kemerdekaan.
 
Untuk info pelaburan Selangor, sila lawati www.investselangor.my

SUMBER: Invest Selangor

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Nama: Puan Maryani
E-mel: maryani@investselangor.my

Nama:  Puan Nurul ‘Ain
E-mel: nurul@investselangor.my

--BERNAMA


 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.