|
|
|
|
|
|
ZEROBOARD, PEMBEKAL PERKHIDMATAN PERAKAUNAN KARBON BERASASKAN AWAN, BERJAYA KUMPULKAN 2.44 BILION YEN (USD18.4 JUTA) DALAM PEMBIAYAAN SIRI A
Wednesday 01/03/2023
AsiaNet 99607
TOKYO, 1 Mac, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
Zeroboard Inc. (kemudian daripada ini "Syarikat itu"), sebuah pembangun dan penyedia yang berpangkalan di Tokyo bagi "zeroboard", sebuah perkhidmatan berasaskan awan untuk mengira dan menggambarkan pelepasan gas rumah hijau (GHG), dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Syarikat itu telah melengkapkan pengumpulan dana melalui satu peruntukan pihak ketiga bagi saham-saham baharu sebagai sebahagian daripada pusingan Siri A mereka, untuk menjadikan jumlah keseluruhan daripada penutupan pertama dan kedua kepada 2.44 bilion yen (USD18.4 juta) (*). (*) Dikira pada JPY132.97/USD pada 15 Feb., 2023 Imej 1: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107582/202302152983/ _prw_PI1fl_5mifN9U9.png Dalam pusingan Siri A itu, Keyrock Capital Management Limited merupakan pelabur utama. Pada penutupan pertama, sebagai tambahan kepada Keyrock Capital Management, pelabur sedia ada, termasuk DNX Ventures and Inclusion Japan, Inc., beberapa pelabur baharu, iaitu JAFCO Group Co., Ltd., DBJ Capital Co., Ltd., dan Coral Capital, Inc., telah turut serta, dengan ditutup dengan bersama enam pengusaha, yang menghasilkan di dalam pembiayaan berjumlah 1.98 bilion yen. Semasa penutupan kedua, sejumlah 12 rakan kongsi/CVC telah menandatangani satu perjanjian pelaburan berjumlah 460 juta yen. Mereka ialah NAGASE & CO., LTD., Kansai Electric Power Co., Inc., MUFG Bank, Ltd., Iwatani Corporation, Toyota Tsusho Corporation, Sumitomo Corporation, FFG Venture Business Partners Co., Ltd., ORIX Corporation, Mizuho Capital Co., Ltd., SMBC Venture Capital Co., Ltd., Delight Ventures, Inc., dan U3 Innovations LLC. Berita Terkini tentang Perniagaan Syarikat Pada Mac 2021, Syarikat itu mengumumkan pelancaran zeroboard, perkhidmatan berasaskan awan yang pertama di Jepun untuk pengiraan dan penggambaran pelepasan GHG, yang versi beta dan versi produknya masing-masing dikeluarkan pada Julai 2021 dan Januari 2022. Pada Julai tahun yang sama, Syarikat itu telah menerajui industri berkenaan untuk mengeluarkan fungsi pengiraan bagi jejak karbon (pelepasan mengikut produk dan perkhidmatan) dan, pada Ogos, memutuskan untuk memulakan sokongan bagi pengurusan penyahkarbonan di Asia dengan lima rakan kongsi yang mempunyai pelbagai urus niaga perniagaan dengan tapak pembuatan dan rantaian bekalan di luar negara dan mereka yang berhasrat untuk menyahkarbonkan operasi mereka. Bilangan syarikat yang telah menggunakan zeroboard mencapai 2,000 menjelang Oktober. Untuk menggalakkan lagi pengiraan bagi pelepasan rantaian bekalan, termasuk pelepasan antarabangsa, Syarikat itu juga telah menambahkan versi platform berbilang bahasa (Jepun, Inggeris, Thai, Cina dan Sepanyol). Memahami pelepasan hanyalah satu titik permulaan untuk pengurusan penyahkarbonan bagi perniagaan, dan ia mesti membawa inisiatif yang konkrit untuk pengurangan. Di samping menyediakan pelanggan mereka dengan pengiraan yang didayakan oleh teknologi canggih, Syarikat itu telah secara aktif menyertai pakatan dengan rakan kongsi yang menyediakan penyelesaian pengurangan GHG, dan bilangan rakan kongsi mencapai 100 pada Januari tahun ini. Bersama-sama dengan rakan kongsi mereka, Syarikat itu sedang membina sebuah ekosistem untuk menyediakan pelbagai penyelesaian yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan mereka, termasuk penjimatan tenaga, tenaga boleh diperbaharui dan penyelesaian penyahkarbonan yang lain, serta kewangan yang mapan untuk menyokong penyelesaian ini, sekali gus menyokong pengurusan penyahkarbonan korporat.
Tujuan bagi Pengumpulan Dana dan Pembangunan Masa Depan Dana yang dikumpul itu akan digunakan untuk mempercepatkan pembangunan fungsi produk "zeroboard", untuk menggajikan lebih banyak sumber profesional seperti pakar kejayaan pelanggan bagi menyokong pelanggan, dan untuk berkembang di peringkat antarabangsa dengan tujuan menjadi sebuah platform bertaraf global. Syarikat itu juga terlibat secara aktif di dalam merumuskan aturan dan peraturan di dalam bidang yang berkaitan dengan penyahkarbonan dan alam sekitar, yang sedang berubah dengan pesat pada satu skala global, sambil sentiasa memantau arah aliran pasaran. Pada September 2022, Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat itu Michitaka Tokeiji telah dipilih sebagai ahli bagi Kumpulan Kajian Kementerian Ekonomi, Perdagangan dan Industri mengenai Pengiraan dan Pengesahan Jejak Karbon Produk untuk Keneutralan Karbon Seluruh Rantaian Bekalan. Sebagai peneraju hadapan di dalam pengurusan penyahkarbonan, Syarikat itu akan terus berkongsi pengetahuan terkumpul mereka dengan pelanggan dan masyarakat, dengan matlamat untuk menjadi sebuah rakan kongsi pengurusan penyahkarbonan global.
Maklumat mengenai zeroboard Platform itu, zeroboard, ialah satu penyelesaian sehenti yang dibangunkan untuk mengira, mendedahkan dan mengurangkan pelepasan GHG sebagai sebuah rakan pengurusan penyahkarbonan. Ia menyokong pengurusan penyahkarbonan korporat dengan mengira dan menggambarkan pelepasan GHG daripada aktiviti korporat dan rantaian bekalan di awan dan menyediakan penyelesaian pengurangan GHG yang disesuaikan dengan cabaran yang dihadapi.
Imej 2: https://kyodonewsprwire.jp/prwfile/release/M107582/202302152983/ _prw_PI2fl_qI3wHwDr.png Laman web rasmi: https://zeroboard.jp *Syarikat itu sedang mencari rakan kongsi tempatan untuk bersama-sama mempromosikan pengurusan penyahkarbonan di Asia. Sumber: Zeroboard Inc.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|