ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 30, 2023 -Khamis

 
  BUAL BICARA NIAGA@USAHAWAN MAIWP

Thursday 16/03/2023



Table

MAIWP julung-julung kali mengadakan program bual bicara niaga khusus untuk usahawan dari golongan asnaf Kuala Lumpur pada 15 Mac 2023


KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Program Bual Bicara Niaga @Usahawan MAIWP diadakan semalam di Dewan Serbaguna, Masjid Wilayah Persekutuan. Program ini menghimpunkan seramai 300 orang usahawan MAIWP yang sedang bergiat aktif dalam pelbagai bidang perniagaan. 

Program ini dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, Ahli Majlis Agama Islam MAIWP yang menyampaikan sijil halal kepada seramai 4 orang usahawan. Selain itu juga, turut disampaikan 3 orang tokoh usahawan cemerlan yang menerima sijil penghargaan dan wang tunai berjumlah RM1,000.00
 
MAIWP pada tahun 2022 telah berjaya melatih dan membimbing usahawan melalui pelbagai Program Pembangunan Keusahawanan Kursus Asas Keusahawanan, Kursus Forensik, Coaching & Mentoring, Kursus Growthpreneur Success ; dan Kursus Digital Marketing. Program ini melibatkan seramai 1,800 peserta daripada jumlah keseluruhan seramai 4,000 penerima Skim Bantuan Perniagaan dan Bimbingan Keusahawanan di Wilayah Persekutuan.
 
Pada sebelah petang diadakan bual bicara dan peluang niaga bersama Majlis Amanah Rakyat (MARA), Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan FAMA bagi membuka ruang / peluang yang baharu dalam usaha  untuk memperkembangkan perniagaan dan melihat untuk kemajuan perniagaan dalam perspektif yang berbeza.
 
Program ini adalah anjuran MAIWP dengan kerjasama PPZ-MAIWP, BIMB, KWSP, MARA, FAMA dan Richworks Internasional Sdn.Bhd.
 
Unit Komunikasi Korporat
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan
15 Mac 2023

SUMBER: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Sutera Manis binti Zamzam
Ketua Unit Komunikasi Korporat
Tel: 0126672594 / 03-4047 9406 

Emel:sutera.manis@maiwp.gov.my

Nama: Siti Noor Nazlia Binti Nordin
Pegawai Tadbir Unit Komunikasi Korporat
Tel: 0149812188 / 03-4047 7626 

Emel: nazlia@maiwp.gov.my

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2023 MREM . All rights reserved.