Kerajaan Negeri turut meluluskan insentif bagi IDRISS dan insentif bagi Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan
Managed Industrial Park (MIP)
SHAH ALAM, 16 Mac (Bernama) -- Kerajaan Negeri Selangor secara rasminya telah melancarkan Pembangunan Serantau Bersepadu Selatan Selangor (IDRISS). IDRISS merupakan salah satu agenda yang terkandung di dalam Rancangan Selangor Pertama dibawah teras ekonomi khusus bagi pembangunan di Daerah Sepang dan Kuala Langat.
Dijana menerusi pembangunan pelaburan swasta secara bersepadu dan dilengkapi dengan kemudahan oleh Kerajaan Negeri. Pembangunan ini turut disokong dengan insentif daripada pihak Kerajaan Negeri dan Persekutuan. IDRISS merangkumi anggaran jumlah keluasan 40,000 ekar (20,000 hektar) dengan anggaran Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM1 trilion.
Dua daerah dikenal pasti bagi memacu pembangunan ekonomi berasaskan wilayah, berdasarkan potensi dan corak pembangunan global masa kini dalam memastikan pengagihan saksama bagi aktiviti sektor ekonomi di Selangor.
Projek pembangunan yang telah dicadangkan dibawah IDRISS ini adalah merangkumi sektor perindustrian, perkhidmatan logistik, pergudangan, pelabuhan, perniagaan, perumahan, pelancongan dan pendidikan.
Bagi merancakkan lagi projek-projek pembangunan di Selangor, Kerajaan Negeri turut memberikan pertimbangan dan meluluskan insentif bagi IDRISS dan insentif bagi Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan
Managed Industrial Park (MIP) di Negeri Selangor.
Terdahulu, Kerajaan Negeri telah melancarkan Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan
Managed Industrial Park (MIP) bersempena dengan Selangor International Business Summit 2021 (SIBS). Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan MIP, adalah merupakan suatu pembangunan taman perindustrian yang akan diurus senggara secara sistematik, oleh pihak Industrial Park Manager (IPM) di mana dalam pembangunan ini, pihak pemaju atau IPM yang dilantik memainkan peranan sebagai pengurus dan penyelenggara taman perindustrian.
Lima insentif rangsangan telah diperkenalkan untuk memacu pembangunan IDRISS. Insentif – insentif berkenaan adalah:
i. Skim premium khas
ii. Bayaran ansuran caj pemajuan tanpa faedah
iii. Pengecualian cukai taksiran tanah kosong
iv. Potongan 50% cukai taksiran bangunan kosong
v. Pengecualian bayaran lesen perniagaan
Bagi Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan MIP, empat insentif lagi telah diperkenalkan untuk Pembangunan Taman Perindustrian berkonsepkan MIP seperti bagi memudahkan para pelabur seperti:
i. Proses Laluan Segera :
Permohonan berkonsepkan MIP akan diberikan keutamaan oleh semua Pihak Berkuasa Melulusii. Tempoh Kelulusan :
Ulasan Teknikal dalam tempoh 7 hari bekerja dan Permohonan Kelulusan Urusan Tanah perlu dikemukakan terus kepada pihak PTG Selangor tanpa melalui pihak PDT.iii. Cukai Taksiran :
Pengecualian pembayaran cukai taksiran (TANAH KOSONG) selama 5 tahun, DAN Potongan 50% pembayaran cukai taksiran (BANGUNAN KOSONG) selama 5 tahuniv. Pengecualian Bayaran Lesen Perniagaan :
Insentif ini akan bermula setelah pihak pelabur mengemukakan permohonan Lesen Perniagaan kepada pihak PBT, dan ianya akan berkuatkuasa untuk tempoh lima (5) tahun PERTAMA sahaja setelah Perakuan Siap dan Pematuhan (CCC) bagi bangunan berkenaan dikeluarkanManakala bagi pihak pemaju dan pengurus taman perindustrian MIP tujuh lagi insentif diperkenalkan seperti:
i. Premium Tanah
a. Pembayaran Premium Tukar Syarat Tanah Mengikut Fasa Pembangunan
b. Tempoh Pembayaran Premium Dipanjangkan
c. Skim Premium Khas
ii. Bayaran Ansuran Caj Pemajuan Tanpa Faedah : Memberikan ruang kelegaan kepada pihak pemaju bagi menjelaskan bayaran Caj Pemajuan secara ansuran (empat kali bayaran secara berperingkat dalam tempoh 12 bulan) tanpa faedah khusus untuk pembangunan Taman Perindustrian Berkonsepkan MIP sahaja.
iii. Pengecualian Penyediaan Kilang Kos Rendah : Pengecualian penyediaan kilang kos rendah adalah dibenarkan dengan menggunapakai mekanisma bayaran pengecualian yang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri menerusi Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor Bil 3/2019 : Dasar Penyediaan Kilang Teres Kos Rendah Dan Mekanisma Pengecualian Penyediaan Kilang Teres Kos Rendah Di Negeri Selangor
iv. Kuota Pemilikan Hartanah Bagi Warganegara Asing, Syarikat Asing, dan Penduduk Tetap : Bagi mengimbangi permintaan pelaburan baru dan pengembangan pelaburan yang tinggi dari pelabur asing (FDI), Kerajaan Negeri bersetuju untuk menaikkan kuota pemilikan hartanah industri bagi warganegara asing, syarikat asing dan penduduk tetap kepada 100% dari kuota bukan bumiputera untuk hartanah Tanah Kosong dan Bangunan Kosong di dalam taman perindustrian berkonsepkan MIP sahaja.
v. Pajakan Jangka Masa Panjang Pembangunan Bukan Strata : Sebagai jaminan had kuasa dan melindungi hak pemaju atau IPM dalam melaksanakan kerja-kerja penyelenggaraan, pengurusan serta penguatkuasaan yang dibenarkan di atas tanah yang diserah bagi aktiviti yang tidak bersifat komersil (
rizab jalan, rizab utiliti, kemudahan awam dan yang berkaitan) di dalam Taman Perindustrian MIP ini, ianya perlu dipohon secara pajakan masa masa panjang (
sehingga 21 tahun) dengan kadar yang nominal, selaras dengan peruntukan perundangan; pajakan tanah rizab di bawah Seksyen 63 KTN setelah tanah diwartakan di bawah Seksyen 62 KTN.
vi. Pengecualian Cukai Tanah Bagi Tahun Pertama : Insentif ini ditawarkan bagi meringankan kos cukai kepada pihak pemaju untuk TAHUN PERTAMA SAHAJA, selaras dengan peruntukan perundangan menerusi Kanun Tanah Negara membenarkan kaedah rebat mengikut Seksyen 94(4).
vii. Cukai Taksiran :
a. Tanah Kosong : Pengecualian pembayaran cukai taksiran selama 5 tahun
b. Bangunan Kosong : Potongan 50% pembayaran cukai taksiran selama 5 tahun
Insentif ini ditawarkan bagi meringankan kos cukai kepada pihak pemaju terutama bagi tanah kosong (
Lot industri dan lot komersil) dan bangunan kosong (
Bangunan industri dan bangunan komersil) di dalam taman perindustrian berkonsepkan MIP sahaja. Insentif ini akan bermula setelah pihak pemaju menerima notis cukai yang pertama, atau setelah menerima Kelulusan Pembangunan dari pihak PBT untuk tempoh lima (5) tahun sahaja.
Majlis Pelancaran ini, dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor dan turut dihadiri oleh YB Dato’ Haris Bin Kasim, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dan YB Dato’ Teng Chang Khim, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perdagangan, Perindustrian, Industri Kecil dan Sederhana, Negeri Selangor.
Dato’ Seri Amirudin Shari, berkata, “Insentif bagi pembangunan IDRISS dan MIP ini merupakan langkah yang tepat untuk dilaksanakan sebagai galakan kepada pemaju atau pemilik hartanah membangunkan hartanah mereka serta mengaktifkan semula pertumbuhan ekonomi negeri. Ianya juga secara langsung dapat menarik minat pemaju hartanah untuk mempercepatkan aktiviti pembangunan dengan membantu mengurangkan bebanan kos awalan pembangunan bagi sesuatu projek tersebut.”
Dato’ Teng Chang Khim dalam ucapan pembukaan beliau, “Ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri sebagai suntikan dan juga galakan bagi merancakkan semula pertumbuhan ekonomi negeri terutamanya dalam sektor perindustrian dan perkhidmatan berikutan kemelut pandemik Covid-19 sebelum ini.”
Antara projek pembangunan IDRISS yang didikenal pasti adalah dari sektor perindustrian, perkhidmatan logistik dan pergudangan, pelabuhan, perniagaan, perumahan, pelancongan dan Pendidikan, antaranya ialah;
a. Selangor Business Capital
b. Selangor International Aeropark
c. Sepang Gold Coast Global Village
d. Unisel Global Campus
e. NCT Smart Industrial Park
f. Pelabuhan Pulau Carey
g. Zon Ekonomi Khas Pulau Carey
IDRISS diharap dapat menjadi pemangkin utama kepada usaha mempromosikan Selangor sebagai hub pelaburan dan perdagangan di rantau ini.
Untuk info pelaburan Selangor, sila lawati
www.investselangor.mySUMBER: Invest Selangor BerhadUNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Invest Selangor
Nama: Puan Maryani
E-mel: maryani@investselangor.my
Nama: Puan Nurul ‘Ain
E-mel: nurul@investselangor.my
--BERNAMA