ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 30, 2023 -Khamis

 
  BIFORST DAN NANOMALAYSIA BEKERJASAMA UNTUK PENUKARAN TRAK EV PERTAMA DI MALAYSIA

Thursday 16/03/2023



Table
Dari Kiri:
Dr. Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif, NanoMalaysia Berhad
 
Prof. Emeritus Dato' Ir. Dr. Mohamad Zawawi Ismail, Pengerusi, NanoMalaysia Berhad

YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
YTM Dato’ Muhammad Bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol Negeri Sembilan, Pengerusi, Biforst Berhad

Dato' Paduka Hamie Appala Nakkiah, Pengarah Urusan Kumpulan, Biforst Berhad semasa majlis tandatangan perjanjian kerjasama di antara NanoMalaysia Berhad dan Biforst Berhad



KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Biforst Berhad (Biforst), kumpulan penyelesaian logistik terkemuka, hari ini mengumumkan hasratnya untuk melabur dalam pengangkutan bebas karbon dengan mengadaptasi Sistem Penyimpanan Tenaga Hibrid Hidrogen ("H2SS") tercanggih pada kumpulan pengangkutannya dengan menandatangani Perjanjian Kerjasama dengan NanoMalaysia Berhad (NMB), agensi utama untuk pembangunan teknologi komponen kenderaan elektrik (EV) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Kerjasama ini membolehkan pembangunan, pengujian, penggunaan dan pengkomersialan sistem kuasa hibrid H2SS NanoMalaysia berasaskan hidrogen, yang bertindak sebagai sumber kuasa tambahan kepada komponen EV yang bakal menggantikan enjin pembakaran dalaman (ICE).
 
Kerjasama di bawah program REVIVE (Rapid Electric Vehicle Innovation Validation Ecosystem) oleh NanoMalaysia akan menyaksikan penukaran trak ICE kepada EV pertama di Malaysia. REVIVE ialah program kebangsaan untuk menukar kenderaan ICE termasuk bas, trak, motosikal dan kereta, kepada EV. Inisiatif ini bertujuan untuk membolehkan penyesuaian EV secara alternatif selain daripada membeli EV baharu, yang secara amnya adalah 20-50% lebih mahal untuk menyokong sasaran Malaysia mengurangkan penggunaan karbon berbanding KDNK sebanyak 45% menjelang 2030 dan mencapai neutraliti karbon pada 2050.
 
H2SS adalah sebuah sistem hidrogen hidrida yang dibangunkan oleh NMB dan syarikat penerima pelaburannya, HyPERTech Industries Sdn Bhd. H2SS yang bergabung dengan reaktor keadaan pepejal hidrogen mampu menghasilkan hidrogen di atas kenderaan secara di atas permintaan (on demand) melalui hidrolisis dan merupakan penyelesaian yang lebih selamat, ringan dan lebih murah berbanding dengan teknologi hidrogen termampat. Dengan bertindak sebagai pemanjang jarak, H2SS akan membolehkan trak EV yang telah ditukar untuk bergerak lebih jauh tanpa memerlukan pengecasan yang kerap, menjadikannya lebih cekap dan mampu menangani keresahan jarak jauh (range anxiety).
 
Di bawah kolaborasi ini, pelaksanaan dan pengurusan projek akan dijalankan oleh NMB melalui anak syarikatnya Nano Commerce Sdn Bhd (NCSB) sebagai penyedia penyelesaian teknologi, manakala Biforst akan bertindak sebagai pembekal trak dan penerima teknologi.
 
Projek ini juga telah mengenal pasti penglibatan rakan usaha sama utama, termasuk TERAJU serta institusi pembiayaan tempatan terpilih yang lain, untuk memastikan penjajaran pihak berkepentingan dengan rantaian nilai dan bekalan dan pelaksanaan yang berkesan. Perkongsian dan integrasi teknologi ke dalam trak dan operasi logistik ini turut juga membuka kunci ekosistem yang dipacu kemampanan dan mewujudkan rantaian nilai produk serta perkhidmatan untuk memberi kesan kepada ekonomi tempatan secara positif yang sejajar dengan tonggak inovasi, kemampanan dan kemakmuran Malaysia MADANI.
 
Perjanjian Kerjasama itu ditandatangani oleh Dato' Paduka Hamie Appala Nakkiah, Pengarah Urusan Kumpulan Biforst Berhad, dan Dr Rezal Khairi Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif NanoMalaysia Berhad, dan disaksikan oleh YB Tuan Chang Lih Kang, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi ( MOSTI), Dato' Muhammad Bin Haji Abdullah, Undang Luak Johol Negeri Sembilan dan Pengerusi Biforst Berhad, dan Prof. Emeritus Dato' Ir Dr Mohamad Zawawi Ismail, Pengerusi NanoMalaysia Berhad semasa Malaysia Technology Expo 2023 (MTE 2023) di World Trade Centre, Kuala Lumpur.
 
 
Tentang Kumpulan Syarikat NanoMalaysia Berhad
NanoMalaysia Berhad telah ditubuhkan pada tahun 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut jaminan (SBMJ) di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) untuk bertindak sebagai sebuah entiti perniagaan yang diamanahkan dengan aktiviti pengkomersialan dan perindustrian nanoteknologi, pembangunan teknologi komponen EV, serta pemerkasaan ekonomi hidrogen menerusi Model Bina Teroka bersama akademik, institusi dan industri untuk mencapai Kedaulatan Teknologi, kemakmuran dan kemampanan.
 
Untuk Pertanyaan Media: corporateaffairs@nanomalaysia.com.my
 
Tentang Kumpulan Syarikat Biforst Berhad
Kumpulan Biforst telah diperbadankan pada tahun 2003 di Kuala Lumpur, Malaysia untuk penyediaan penyelesaian logistik sehenti bertaraf dunia. Ia memberi tumpuan kepada penyelesaian butik hujung ke hujung, cekap, boleh dipercayai dan memberi penambah nilai kepada ekosistem FMCG dan pemain farmaseutikal untuk memastikan pengeluaran maksimum serta penggunaan dan jualan. Biforst komited untuk memastikan operasinya mematuhi piawaian global dengan menyesuaikan teknologi yang telah direvolusikan.
 
Untuk Pertanyaan Media: ir@biforst.com 

Sumber: NanoMalaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Hal Ehwal Korporat Kumpulan
NanoMalaysia Berhad
E-mel: corporateaffairs@nanomalaysia.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2023 MREM . All rights reserved.