|
|
|
|
|
|
OPERASI KUMPULAN DATAXET DI MALAYSIA MEMENANGI ANUGERAH BRAND LAUREATE YANG BERPRESTIJ BAGI PERNIAGAAN LESTARI
Wednesday 22/03/2023
AsiaNet 99806
dataxet:nama, sebuah syarikat perisikan media terkemuka di Malaysia, telah dianugerahkan dengan Anugerah Brand Laureate yang berprestij bagi Perniagaan Lestari
KUALA LUMPUR, 22 Mac, 2023 /Dataxet-AsiaNet/--
dataxet:nama, sebuah syarikat perisikan media terkemuka di Malaysia, telah dianugerahkan dengan Anugerah Brand Laureate yang berprestij bagi Perniagaan Lestari di Malaysia. Anugerah itu mengiktiraf daya ketahanan dan prestasi cemerlang syarikat berkenaan di dalam mengembangkan perniagaan semasa pandemik dan gangguan industri.
Anugerah Brand Laureate itu ialah satu pameran antarabangsa yang diwujudkan untuk mengiktiraf pencapaian peringkat teratas bagi jenama yang mempamerkan keupayaan untuk Melihat Menjangkau Batasan, Bergerak ke Hadapan dan Melakukan Lebih Daripada yang Diperlukan. Anugerah itu diberikan kepada syarikat-syarikat yang telah menunjukkan amalan perniagaan dan jenama yang unggul untuk mencapai pertumbuhan yang ketara dan kecemerlangan industri.
Pada tahun 2020, dataxet:nama menjadi sebahagian daripada Dataxet Pte Ltd, penyedia perisikan media yang paling pesat berkembang di Asia dengan mempunyai operasi di Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura. Dataxet menawarkan satu suit yang komprehensif bagi produk-produk peneraju pasaran untuk membantu pelanggan memanfaatkan data sosial, arus perdana, pempengaruh dan dalam talian untuk prestasi jenama dan komunikasi yang lebih baik. Ini termasuk platform perisikan bersepadu DXT360 mereka yang didayakan oleh AI dan rangka kerja strategik EVO yang menyampaikan pandangan yang boleh diambil tindakan kepada audiens, kategori, kandungan dan pesaing.
"Kami amat berbesar hati untuk menerima anugerah yang berprestij ini dan untuk diiktiraf kerana komitmen kami terhadap pertumbuhan dan kejayaan pelanggan," kata David Liu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama bagi Kumpulan Dataxet "Model kami untuk menyampaikan keupayaan yang bertaraf dunia dengan kepakaran pasaran tempatan merentasi rantau itu telah mencipta nilai generasi seterusnya di dalam industri kami."
Chris Seto, Pengarah Urusan bagi dataxet:nama menyatakan bahawa “Kami berbangga kerana kakitangan kami diiktiraf di atas keupayaan mereka untuk menyampaikan perkhidmatan dan pandangan yang hebat tanpa mengira betapa besar cabarannya. Setiap hari, kami memperkasakan komitmen itu dengan platform termaju dan bersepadu kami untuk membantu pelanggan mencapai matlamat jenama dan pemasaran mereka.” Dengan mengambil kira prinsip-prinsip teras tersebut, ini telah menjadikan perniagaan kami berdaya tahan dan menyediakan satu pertumbuhan yang kukuh.
Anugerah ini menekankan dedikasi Dataxet untuk menjadikan perisikan media sebagai satu sumber strategik utama bagi jenama dan organisasi yang mencari impak komunikasi yang lebih besar di dalam tempat pasaran dinamik pada hari ini.
Untuk maklumat lanjut mengenai dataxet:nama dan perkhidmatan mereka yang memenangi anugerah, sila layari https://dataxet.namaasia.com/. SUMBER: dataxet:nama Pautan Lampiran Imej: Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=439148 Kapsyen: dataxet:nama, sebuah syarikat perisikan media terkemuka di Malaysia, telah dianugerahkan dengan Anugerah Brand Laureate yang berprestij bagi Perniagaan Lestari
--BERNAMA |
|
|
|
|
|