ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 18, 2025 -Sabtu

 
  FUZHOU -- SEBUAH BANDAR RAYA YANG BERBALOI UNTUK DILAWATI BERULANG KALI

Tuesday 28/03/2023

AsiaNet 99832

Table
Semakin ramai orang muda bertemu di Fuzhou, sebuah bandar raya yang mengumpulkan kekayaan, untuk menikmati sebuah kehidupan yang puitis dan berkongsi impian mereka.

 
FUZHOU, China, 28 Mac, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, video promosi mengenai Fuzhou di Wilayah Fujian, yang bertajuk "Apa yang Anda Tidak Tahu mengenai Fuzhou -- Ekonomi Pelancongan Kebudayaan", telah dikeluarkan melalui akaun media sosial luar negara termasuk "Oriental.Paris", "Discover Fujian" dan "Discover Fuzhou". Dengan unsur-unsur klasik dan bergaya, keindahan gunung-ganang dan lautan, budaya yang mendalam dan perkhidmatan yang pintar dan mudah, bandar raya itu menjemput pelancong dari seluruh pelosok dunia untuk melawat Fuzhou, merasainya dan jatuh cinta dengannya, menurut Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou.

Video itu menunjukkan "kehijauan" dan keindahan Fuzhou, sebuah metropolis moden. Pantainya yang biru, laluan air Sungai Min, dan mata air panas rekreasi adalah tarikan yang pelbagai dan bersepadu. Nadi bagi Sungai Min, Pekan Kebudayaan bagi Sejarah Industri Tentera Laut, dan Tiga Khazanah bagi Bandar raya Fuzhou berkembang di dalam sinergi. Festival Pelancongan Antarabangsa Laluan Sutera Maritim dan Persidangan Warisan Dunia mengorak langkah besar di dalam usaha mereka, dengan mempamerkan sepenuhnya gaya antarabangsa bagi Fuzhou dan memperluaskan kenalan rakan yang ramai. 5G, data besar, pengkomputeran awan dan perkhidmatan pelancongan kebudayaan yang tepat telah meningkatkan keselesaan dan rasa gembira bagi pelancong. IP muzik tempatan, karya sastera yang berkualiti tinggi dari Sekolah Min dan kandungan asli lain yang menarik dirancang untuk pentas, menarik lebih ramai orang muda untuk bertemu di Fuzhou, bandar raya yang mengumpulkan kekayaan, untuk menikmati sebuah kehidupan yang puitis dan berkongsi impian mereka.

Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, Fuzhou telah memperhalusi reka bentuk peringkat atasan mereka, dengan menggabungkan konsep pembangunan eko-pelancongan seluruh kawasan ke dalam pembangunan ekonomi dan sosial keseluruhan bagi bandar raya itu, tidak henti-henti menggalakkan pembangunan bersepadu bagi "pelancongan +" dan "+ pelancongan", secara aktif mengembangkan laluan pembangunan bersepadu bagi kebudayaan dan pelancongan untuk pembangunan yang berkualiti tinggi.
 
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Jawatankuasa Perbandaran CPC Fuzhou

Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: http://asianetnews.net/view-attachment?attach-id=439290
 
   Kapsyen: Semakin ramai orang muda bertemu di Fuzhou, sebuah bandar raya yang mengumpulkan kekayaan, untuk menikmati sebuah kehidupan yang puitis dan berkongsi impian mereka.
 
--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.