ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 18, 2025 -Sabtu

 
  KERAJAAN WILAYAH CHIBA MENGESYORKAN TEMPAT-TEMPAT YANG UNIK UNTUK MELIHAT BUNGA SAKURA DI SEKITAR LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA NARITA

Wednesday 29/03/2023

AsiaNet 99833

CHIBA, Jepun, 29 Mac, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --
 
Bagi pelancong yang melawat Jepun semasa bunga sakura sedang mekar mengembang, Wilayah Chiba menawarkan pelbagai cara untuk menikmati "hanami" atau melihat bunga sakura. Lapangan Terbang Antarabangsa Narita terletak begitu sesuai sekali di Chiba bagi pengunjung luar negara untuk menerokai kawasan sekitar. Bunga sakura, yang dikenali sebagai "sakura" dalam bahasa Jepun, mekar selama kira-kira 1-2 minggu dari akhir Mac sehingga awal April di Chiba. Terdapat tiga tempat sakura yang unik yang membolehkan pelancong asing untuk memulakan pengembaraan bunga sakura.
 
Untuk foto dan pautan bagi setiap tempat, sila layari:
https://kyodonewsprwire.jp/attach/202303224149-O1-9BnGA0x9.pdf
 
Taman Sakura-no-Yama
Bunga sakura kelihatan cantik di bawah langit biru. Di Taman Sakura-no-Yama, pengunjung boleh menikmati pemandangan kapal terbang dari jarak dekat yang berlepas dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Ia adalah sebenarnya satu pemandangan yang sangat mengagumkan, dan paling menyeronokkan untuk bersantai di bawah pokok dengan makanan ringan dan minuman kegemaran. Kedai Sora-no-Eki Sakura-kan (kedai cenderahati) di taman itu menjual cenderahati dan produk tempatan.
 
Taman Mobara
Untuk meneroka menjangkau ke luar bandar Tokyo dengan satu pemburuan bunga sakura, Taman Mobara adalah tempatnya yang patut dituju. Taman itu dihiasi dengan 2,850 pokok ceri, yang berada dalam senarai 100 KE ATAS TEMPAT-TEPAT BUNGA SAKURA Jepun yang diterbitkan oleh Persatuan Bunga Sakura Jepun. "Jambatan Benten" yang berwarna merah di atas kolam di tengah-tengah taman itu, dikelilingi oleh bunga sakura yang berwarna merah jambu dan putih, yang menawarkan satu peluang untuk bergambar yang hebat, dan pengunjung boleh menikmati suasana berkelah dan bersiar-siar di taman itu.
 
Kereta Api Kominato
Menaiki Kereta Api Kominato adalah seperti satu perjalanan yang penuh mimpi yang melalui kawasan luar bandar. Kereta api tempatan yang berkuasa diesel ini menghubungkan Bandar raya Ichihara dan Pekan Otaki dan menampilkan pemandangan yang mengagumkan di sepanjang perjalanan itu. Pada musim bunga, bunga "nanohana" (canola) dan bunga sakura menampilkan pemandangan yang penuh di sepanjang laluan kereta api itu. Stesen Itabu ialah sebuah tempat bersiar-siar yang popular untuk pokok-pokok ceri yang banyak dirakamkan. Adalah disyorkan untuk memulakan perjalanan di Stesen JR Goi bagi hentian pertama Laluan Kominato untuk satu perjalanan santai melalui musim bunga Chiba yang menarik.
 
Sumber: Kerajaan Wilayah Chiba

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.