ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 17, 2025 -Jumaat

 
  SIDANG KEMUNCAK DIGITAL CHINA KEENAM DIBUKA DI FUZHOU, FUJIAN

Friday 28/04/2023

AsiaNet 100048

Table
Jawatankuasa Penganjur bagi Sidang Kemuncak Digital China ke-6

FUZHOU, China, 28 April, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
 
Sidang Kemuncak Digital China ke-6 akan berlangsung di bandar raya Fuzhou di Timur wilayah Fujian di China pada 27 April, 2023. Acara itu dihoskan bersama oleh Pentadbiran Ruang Siber China, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Kebangsaan, Kementerian Sains dan Teknologi, Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat, Penyeliaan Aset Milik Negara dan Suruhanjaya Pentadbiran bagi Majlis Negeri dan Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian.
 
Dengan bertemakan "Mempercepatkan Pembinaan Digital China dan Menggalakkan Pemodenan China", sidang kemuncak tahun ini akan memberi tumpuan kepada pencapaian terkini dan amalan terbaik bagi digital China, dan berkongsi pengalaman pembangunan, menurut Jawatankuasa Penganjur. Program bagi sidang kemuncak itu termasuk majlis perasmian, forum utama dan 20 forum kecil, dengan mengetengahkan pelbagai topik seperti laluan sutera digital, sumber data, kerajaan digital dan tenaga pintar. Sidang kemuncak itu juga akan menjadi tuan rumah kepada Pameran Pencapaian Digital China, Ekspo Produk Digital, Pertandingan Inovasi Digital China, dan satu siri acara khas seperti Persidangan Ekosistem Awan dan Persidangan Ekosistem Kecerdasan Buatan, yang bertujuan untuk menggalakkan lagi inovasi kolaboratif dan pembangunan bersama bagi rantaian eko di dalam industri-industri penting.
 
Sidang Kemuncak Digital China itu telah berjaya diadakan di Fuzhou selama lima tahun berturut-turut. Sepanjang lima sesi yang lalu, Sidang Kemuncak itu telah mengeluarkan hampir 100 dasar kebangsaan yang utama dan laporan penting, menjemput hampir 1,500 pempamer, mengadakan hampir 150 forum dan seminar, dan menyaksikan lebih daripada 1,300 pakar dan cendekiawan menyampaikan ucaptama. Pada masa yang sama, Sidang Kemuncak itu telah menganjurkan hampir 100 perundingan, memudahkan pemeteraian kontrak dan pelaksanaan 1,976 projek ekonomi digital dengan jumlah pelaburan sebanyak hampir RMB 1.4 trilion.
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Sidang Kemuncak Digital China ke-6
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=440482
 
   Kapsyen: Sekilas pandang pada Sidang Kemuncak Digital China ke-6 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.