ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  DELEGASI FUJIAN MELAWAT MALAYSIA UNTUK PERTUKARAN EKONOMI, PERDAGANGAN DAN KEBUDAYAAN

Tuesday 16/05/2023

AsiaNet 100082

FUZHOU, China, 16 Mei, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Dari 11 hingga 14 Mei, Zhou Zuyi, Setiausaha bagi Jawatankuasa Wilayah Fujian dan Pengerusi bagi Jawatankuasa Tetap bagi Kongres Rakyat Wilayah Fujian telah mengetuai sebuah delegasi ke Malaysia. Bertindak di atas persetujuan yang dicapai di antara pemimpin negara China dan Malaysia, delegasi itu telah mengadakan aktiviti yang meluas bagi pertukaran ekonomi, perdagangan dan kebudayaan, memperbaharui perhubungan dengan masyarakat Fujian di Malaysia, dan berusaha ke arah kerjasama yang lebih erat di antara Fujian dan Malaysia dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan, budaya, pendidikan dan perhubungan wilayah kembar dan bandar raya berkembar, demikian menurut Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian.
 
Malaysia ialah rakan perdagangan keempat terbesar Fujian di ASEAN. Pada tahun lepas, perdagangan dua hala melebihi 60 bilion yuan. Kedua-dua belah pihak juga menyaksikan pertumbuhan yang teguh di dalam pelaburan bersama dan pertukaran yang kerap di dalam budaya, pendidikan dan pelancongan. Di Kuala Lumpur, delegasi itu telah mengadakan Persidangan Penggalakan Kebudayaan dan Pelancongan "Menyegarkan Fujian: Titik Permulaan bagi Laluan Sutera Maritim" dan Simposium Kerjasama Perindustrian China (Fujian) - Malaysia, dengan menyuntik dorongan baharu ke dalam dan mewujudkan peluang-peluang baharu untuk kerjasama Fujian-Malaysia di dalam bidang yang berkaitan.

Pada masa ini, terdapat lima gandingan bagi perhubungan berkembar di antara Fujian dan Malaysia, iaitu, Fujian dan Sarawak, Xiamen dan Pulau Pinang, Quanzhou dan Kuching Selatan, Putian dan Sibu, dan Ningde dan Sibu. Penubuhan perkongsian telah membuka pintu kepada lawatan bersama yang lebih kerap, dan kerjasama yang pragmatik dan berkesan di dalam pelbagai bidang dan bentuk.

Pada tahun 2016, Universiti Xiamen Malaysia telah dirasmikan. Sebagai kampus luar negara pertama yang ditubuhkan oleh universiti China, ia diiktiraf sebagai kemuncak bagi Laluan Sutera Maritim Abad ke-21. Dari tahun 2018 hingga 2019, Fujian dan kedutaan dan konsulat China di Malaysia mengadakan dua sesi bagi Program Pertukaran Belia China-Malaysia. Pada tahun 2020, Forum Fujian-ASEAN mengenai Pertukaran Belia dan Kerjasama telah berlangsung secara dalam talian.

Fujian, sebuah kawasan yang penuh tenaga dan peluang, adalah sebuah tempat untuk inovasi dan keusahawanan. Ia sedang berusaha ke arah mengembangkan dan menaik taraf ekonomi digital, ekonomi marin, ekonomi hijau, serta ekonomi yang berasaskan budaya dan pelancongan. Pelabur dan usahawan Malaysia dialu-alukan untuk mewujud dan mengembangkan kehadiran mereka di wilayah itu, dan bekerjasama dengan Fujian untuk mencipta lebih banyak kisah kejayaan di dalam kerjasama perniagaan dan pertukaran kebudayaan.
 
Sumber: Pejabat Penerangan bagi Kerajaan Rakyat Wilayah Fujian

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.