ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  ​YILI MELANCARKAN DEKLARASI WISH2030, BERSAMA-SAMA DENGAN RAKAN GLOBAL MEREKA, DI FORUM ESG DAN NILAI SOSIAL KUMPULAN ITU

Wednesday 24/05/2023

AsiaNet 100103

Table

Yili melancarkan Deklarasi WISH2030


HOHHOT, China, 24 Mei, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 22 Mei, yang meraikan Hari Antarabangsa bagi Kepelbagaian Biologi, gergasi tenusu Asia Kumpulan Yili telah mengadakan “Forum ESG dan Nilai Sosial” dan secara rasmi mengeluarkan tiga laporan ESG baharu: Laporan Kelestarian 2022, Laporan Tahunan 2022 mengenai Pemuliharaan Kepelbagaian Biologi, dan Laporan Masa Depan Karbon Sifar Bersih 2022.

Forum itu telah diadakan di Lembah Kesihatan Pintar Moden Yili, yang dikenali secara meluas sebagai “Lembah Silikon Tenusu”. Bersama-sama dengan rakan global mereka, Yili telah melancarkan Deklarasi WISH2030 untuk sebuah Masa Depan Lestari, dengan menggesa seluruh industri agar bekerjasama untuk mencipta nilai dan membina sebuah masa depan yang lebih baik. Pada forum itu, Pan Gang, Pengerusi dan Presiden bagi Kumpulan Yili, menekankan komitmen Yili yang sudah lama wujud untuk sentiasa mematuhi prinsip altruisme dan memastikan pembangunan jangka panjang yang positif. Syarikat itu berdedikasi untuk menyatukan pelbagai pihak berkepentingan bagi mewujudkan sebuah “ekosistem kesihatan global” dan membolehkan komuniti perniagaan dan masyarakat yang lebih luas untuk menikmati kemakmuran bersama.

Pada tahun 2007, Yili menjadi syarikat persendirian yang pertama di China yang menerbitkan satu laporan kewarganegaraan korporat, dan konsep Kumpulan itu berhubung “kepimpinan hijau” telah menerima pengiktirafan yang semakin meningkat di peringkat global sejak itu. Daripada penampilan sulung Yili di Davos Musim Panas pada tahun 2007 kepada peranan perintis mereka sebagai syarikat makanan China pertama yang menyertai Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, Yili juga telah mengambil bahagian secara aktif di dalam Persidangan COP13, COP14 dan COP15 bagi Konvensyen Kepelbagaian Biologi, untuk menunjukkan komitmen dinamik mereka yang bertujuan menyokong pembangunan mapan di seluruh dunia.

Pada tahun 2023, Yili telah mengeluarkan laporan kelestarian mereka ke-17 berturut-turut. Laporan terbaru Kumpulan itu menerima penarafan “lima bintang” daripada Jawatankuasa Pakar China mengenai Penilaian Laporan Tanggungjawab Sosial Korporat dan juga telah diiktiraf dengan begitu tinggi sekali oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Liu Meng, Ketua bagi Pejabat China bagi Kompak Global Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, memuji Yili kerana telah bertindak secara aktif kepada gesaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu agar perniagaan menangani cabaran kelestarian utama dan menekankan cara bagaimana usaha syarikat-syarikat telah terbukti kondusif untuk menggalak dan memperkasakan lebih banyak perusahaan dan industri agar mencapai pembangunan berkualiti tinggi yang mapan.

Pada tahun ini, Yili telah menaik taraf sistem “WISH” mereka kepada Sistem Pembangunan Mapan Kunci Emas “WISH2030”, yang mengutamakan empat bidang utama: “Pengurusan Nilai Komprehensif”, “Produk dan Perkhidmatan Berkualiti Tinggi”, “Sebuah Masa Depan Karbon Sifar Bersih yang Lebih Baik”, dan “Kemakmuran Bersama untuk Kehidupan yang Lebih Baik”.

Qian Xiaojun, Pengarah bagi Pusat Penyelidikan untuk Ekonomi Hijau dan Pembangunan Mapan di Universiti Tsinghua, menegaskan bahawa Yili telah berjaya mengekalkan pertumbuhan perniagaan selama 30 tahun berturut-turut. Walaupun pada tahun 2022 yang penuh mencabar dan tidak menentu, jumlah hasil Yili mencapai pertumbuhan tahun ke tahun yang melebihi 11%, manakala keuntungan bersih mereka yang boleh diagihkan kepada syarikat induk merealisasikan pertumbuhan tahun ke tahun lebih daripada 8%. Angka pertumbuhan yang teguh itu mencerminkan kekuatan nilai ‘jangka panjang’ syarikat itu.

Sempena sambutan Hari Antarabangsa bagi Kepelbagaian Biologi, Yili sekali lagi bergabung tenaga dengan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) untuk melancarkan “Inisiatif Tanah Air Yili: Pelan Kitar Semula Karton Kosong Satine" sambil turut mengeluarkan satu pembungkusan edisi terhad yang menampilkan spesies haiwan unik yang mendiami padang rumput dan tanah lembap. Lu Lunyan, Ketua Perwakilan bagi Pejabat WWF Beijing, berkata, “Kesihatan alam semula jadi secara langsung mempengaruhi kesejahteraan manusia. WWF dan Yili berdedikasi untuk terus menyokong secara aktif pemuliharaan dan pembangunan, menjaga kesihatan kepelbagaian biologi, dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.” Untuk setiap 2,000 karton susu Satine kosong yang berjaya dikitar semula, sebuah rumah boleh dibuat untuk haiwan padang rumput dan tanah lembap.
 
Sumber: Kumpulan Yili
 
Pautan Lampiran Imej:
 
   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=440890
 
   Kapsyen: Pan Gang, Pengerusi dan Presiden bagi Kumpulan Yili
 
   Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=440897
 
   Kapsyen: Yili melancarkan Deklarasi WISH2030

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.