ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 16, 2024 -Selasa

 
  OMRON HEALTHCARE MERAIKAN 50 TAHUN DALAM SEJARAH ALAT BACAAN TEKANAN DARAH

Friday 26/05/2023

AsiaNet 100094

KYOTO, Jepun, 26 Mei, 2023 /Kyodo JBN-AsiaNet/ --

OMRON Healthcare Co., Ltd. (kemudian daripada ini dirujuk sebagai Syarikat itu) yang berpangkalan di Bandar Raya Muko di Wilayah Kyoto, Jepun, dengan bangganya ingin mengumumkan sambutan ulang tahun mereka yang ke-50 di dalam pengeluaran alat bacaan tekanan darah pada tahun ini. Sejak pengenalan alat bacaan tekanan darah manual dan jenis manometer yang pertama mereka pada tahun 1973, Syarikat itu telah terus menerus menambah baik dan menghasilkan alat bacaan tekanan darah yang tepat dan mesra pengguna. Sehingga kini, Syarikat itu telah menjual lebih 350 juta unit di lebih 110 buah negara di seluruh dunia.

Logo: https://kyodonewsprwire.jp/img/202305165636-O5-THg59uEz
 
Syarikat itu sentiasa percaya di dalam pentingnya pemantauan tekanan darah di rumah, walaupun ketika bacaan tekanan darah hanya boleh diperolehi di kemudahan perubatan. Pada tahun 1991, Syarikat itu telah melancarkan alat bacaan tekanan darah automatik yang pertama di dunia dengan menggunakan teknologi logik kabur (*) untuk ketepatan dan kemudahan penggunaan yang lebih tinggi berbanding dengan alat bacaan manual. Selari dengan kemajuan alat bacaan tekanan darah, Syarikat itu telah berusaha secara berterusan untuk menambah baik dan membangunkan manset yang telah dibentuk sebelumnya yang boleh dibalut pada lengan pengguna dengan selamat dan mudah. Tambahan pula, Syarikat itu telah memberi tumpuan kepada meningkatkan kebolehgunaan dan ketepatan pengukuran dengan mengembangkan rangkaian fungsi sokongan untuk memastikan pengguna mengekalkan postur pengukuran yang betul.
(*) Fungsi penetapan tekanan automatik
 
Imej 1: Alat bacaan tekanan darah yang pertama: HEP-1
https://kyodonewsprwire.jp/img/202305165636-O1-9z3sXW19
 
Imej 2: Alat bacaan tekanan darah automatik logik kabur yang pertama di dunia: HEM-706
https://kyodonewsprwire.jp/img/202305165636-O6-uDd2KOhG
 
Di samping itu, Syarikat berkenaan telah berusaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pentingnya pemantauan tekanan darah di rumah di kalangan profesional perubatan dengan membangun dan mengedarkan peranti yang tepat dan disahkan secara klinikal. Syarikat itu menyokong Kajian Ohasama, yang telah dimulakan pada tahun 1986 di Ohasama di Wilayah Iwate, dengan menyediakan kira-kira 300 unit alat bacaan tekanan darah OMRON untuk digunakan di dalam penyelidikan itu. Ohasama terkenal dengan kadar kejadian penyakit kardiovaskular yang tinggi dan meningkat yang disebabkan oleh iklim sejuk di kawasan itu. Untuk mengatasi masalah ini, jururawat kesihatan awam berusaha untuk meningkatkan tahap kesihatan masyarakat dengan meminta penduduknya mengukur tekanan darah mereka di rumah dan menasihati mereka berdasarkan kepada data tekanan darah harian mereka yang diukur sendiri. Kajian ini berterusan selama lebih daripada 35 tahun dan penemuannya, yang mengesahkan manfaat bagi pemantauan tekanan darah di rumah, telah dimasukkan ke dalam garis panduan pengurusan hipertensi yang dikeluarkan di pelbagai negara.

Syarikat itu telah meneruskan cabaran untuk mengguna pakai teknologi digital bagi pengurusan tekanan darah. Pada tahun 2010, Syarikat itu telah melancarkan sebuah perkhidmatan pengurusan kesihatan, WellnessLINK, di pasaran Jepun. Aplikasi telefon pintar itu untuk pengurusan kesihatan, OMRON connect, kini tersedia di lebih 140 buah negara. Tambahan pula, pada tahun 2020, Syarikat itu telah melancarkan sebuah perkhidmatan pemantauan pesakit jarak jauh di Amerika Syarikat. Perkhidmatan ini membolehkan pengguna untuk berkongsi bacaan tekanan darah mereka di rumah dengan pakar perubatan, menggalakkan pengurusan penyakit kardiovaskular sebelum ia menjadi lebih teruk. Syarikat itu telah memperluaskan skop perniagaan mereka dengan mengeluar dan mengedarkan satu rangkaian produk dan perkhidmatan yang menyokong rawatan hipertensi.

Syarikat itu juga komited kepada membangunkan peranti yang berinovatif. Perkembangan ini termasuk alat bacaan tekanan darah yang boleh dipakai yang tepat secara klinikal yang pertama di dunia, HeartGuide, dan sebuah alat bacaan tekanan darah lengan atas dengan teknologi elektrokardiogram (ECG) terbina dalam untuk memudahkan pengesanan awal bagi pemfibrilan atrium, satu faktor risiko yang diketahui untuk embolisme otak kardiogenik.

Imej 3: Alat bacaan tekanan darah yang boleh dipakai: HCR-6900T-M
https://kyodonewsprwire.jp/img/202305165636-O3-gUNRLxNb
 
Imej 4: Alat bacaan tekanan darah lengan atas dengan ECG: HCR-7800T
https://kyodonewsprwire.jp/img/202305165636-O4-Bu8sRho7
 
“Tahun ini, kami meraikan ulang tahun ke-50 bagi pelancaran alat bacaan tekanan darah OMRON,” kata Ayumu Okada, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi OMRON Healthcare Co., Ltd. “Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pelanggan kami yang dihargai di atas sokongan mereka yang berterusan terhadap alat bacaan tekanan darah kami. Penyakit serebro-kardiovaskular dikenali sebagai punca utama bagi kematian di seluruh dunia, dan ketika usia penduduk di banyak negara terus meningkat, bilangan pesakit yang menghidap penyakit ini dijangka meningkat lebih-lebih lagi. Kami terus komited untuk memenuhi visi ‘Mencapai SIFAR’ (mencapai sifar bagi kejadian serebro-kardiovaskular). Melangkah ke hadapan, kami akan terus menyumbang untuk memanjangkan jangka hayat yang sihat untuk orang di seluruh dunia dengan memperkenalkan peranti dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan kesihatan.”

Sejarah bagi perkembangan alat bacaan tekanan darah
Untuk maklumat terperinci mengenai pencapaian Syarikat itu dan visi masa depan bagi merealisasikan visi bagi insiden serebrovaskular dan kardiovaskular sifar, sila layari di sini:
https://healthcare.omron.com/healthcare-solutions/cardiovascular-health/300-million/our-journey/history-of-home-bpm
 
 Sumber: OMRON Healthcare Co., Ltd.

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.