ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  MAJLIS PELANCARAN BUKU BAHARU IKIM DAN PELANCARAN PODCAST RADIO IKIM SEMPENA PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2023

Monday 29/05/2023



Table
 
Pengerusi IKIM, Prof. Dato' Dr. Muhammad Nur Manuty ( tengah dari kiri) bersama Ketua Pengarah IKIM, Prof. Madya Dr. Mohamed Azam Mohamed Adil (tengah sebelah kanan) bersama penulis-penulis buku pada Majlis Pelancaran Buku Baharu IKIM dan Pelancaran Podcast IKIM sempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 di WTC Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) -- Bersempena Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) melancarkan 7 buah buku baharu terbitan IKIM yang dirasmikan oleh Pengerusi IKIM, Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty.

Tujuh (7) buah buku yang dilancarkan masing-masing adalah:

1. Khayra Ummah Siries 8: Demystifying Islamophobia: Towards A Deeper Understanding Of Islam, Suntingan Mohd Farid bin Mohd Shahran dan Muhammad Syafiq Borhannuddin
2. Islam dan Kesihatan Mental, karya Khairul Azhar bin Idris.
3. Terjemahan Kitab al-Muqaddimāt dan al-ʿAqīdah al-Wusṭā al-Imām al-Sanūsī Ke Arah Pemerkasaan Akidah Islam di Alam Melayu, terjemahan Muhammad Ayman al-Akiti.
4. Khayra Ummah Siries 7- Islam And Disruptive Technologies karya Shaikh Mohd Saifuddeen bin Shaikh Mohd Salleh.
5. The Art of Disputation In Islam, karya Mohd Asham Bin Ahmad.
6. Values & Rules Compliance In Islamic Economics And Muamalat karya Muhammad Hisyam Bin Mohamad, dan
7. Wacana Khas New Zealand Paling Islamik: Malaysia Bagaimana? suntingan Enizahura Binti Abdul Aziz.

Pada majlis yang sama, IKIM turut melancarkan podcast Radio IKIM yang diharap dapat memenuhi kehendak dan keperluan pendengar setia Radio IKIM di seluruh dunia. Podcast Radio IKIM merupakan platform yang menyediakan maklumat bagi tujuan menambah pengetahuan pendengar. Terdapat pelbagai segmen program seperti tafsir al-Quran, tarbiah, Feqah, nasihat perkahwinan, motivasi diri, kesihatan, dan banyak lagi.
 
Podcast Radio IKIM boleh diakses melalui laman web Podcast.ikim.my dan juga boleh didapati di platform Spotify IKIMfm. IKIM akan sentiasa berusaha untuk memastikan aksesibiliti yang mudah supaya pendengar setia Radio IKIM dapat menikmati kandungan podcast tanpa sebarang batasan.

UNIT PERHUBUNGAN KORPORAT
29 MEI 2023

SUMBER: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

Nama: Pn. Hajah Nik Hasnah binti Ismail   
Tel: 016-2195345
E-mel: nikhasnah@ikim.gov.my

Nama: Cik Nor Zuliana binti Mohd Zaman                         
Tel: 019-5622221
E-mel: zuliana@ikim.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.