ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  KENDERAAN ELEKTRIK TENAGA BAHARU DI DAERAH GANGBEI DI BANDAR RAYA GUIGANG MEMASUKI PASARAN "LAUTAN BIRU" ASEAN

Monday 29/05/2023

AsiaNet 100112

Table

Kenderaan elektrik tenaga baharu di Daerah Gangbei sedang menarik bilangan pempamer Lao yang begitu ramai.


GUIGANG, China, 29 Mei, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Baru-baru ini, Guangxi Guigang Fushuai Electric Vehicle Co., Ltd. dan PT. DFU INTERNATIONAL INDONESIA telah menandatangani kumpulan pertama bagi kontrak pembelian berarah untuk 20,000 kenderaan elektrik tenaga baharu di Jakarta, Indonesia. Crystal Huang, Ketua Pegawai Eksekutif bagi PT. DFU INTERNATIONAL INDONESIA, berkata bahawa hasil dorongan oleh gelombang pembangunan hijau global, kenderaan elektrik tenaga baharu dari Daerah Gangbei di Bandar Raya Guigang akan memberi sumbangan yang positif kepada perjalanan penduduk dan pembangunan rendah karbon dan hijau global.

Dengan pembukaan jelajah pameran luar negara di Ekspo China-ASEAN ke-20 pada tahun ini, kenderaan elektrik tenaga baharu di Daerah Gangbei telah muncul di Singapura, Filipina, Laos dan negara lain, dan perusahaan kereta telah bertukar dan berunding secara bersemuka dengan perusahaan tempatan dan penduduk, memasuki satu tempoh pengembangan pasaran yang menyeluruh. Di sebalik kemunculan di dalam pasaran ASEAN adalah daya saing perindustrian yang digalakkan oleh Daerah Gangbei untuk sekian lama, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei di Perbandaran Guigang.

Pada tahun 2015, Daerah Gangbei telah merancang untuk membina Pangkalan Pengeluaran Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu China-ASEAN. Pada masa ini, pangkalan itu telah memperkenalkan lebih daripada 100 perusahaan kereta siap domestik yang terkenal seperti Emma, Luyuan, Tailg, Lima, Zuboo dan OPAI, serta perusahaan sokongan seperti Haopai dan Feineng. Lebih daripada 50 perusahaan telah disiapkan dan dimasukkan ke dalam pengeluaran, untuk membentuk satu kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 5 juta kenderaan elektrik beroda dua, 500,000 kenderaan elektrik beroda tiga dan 5 juta alat ganti kenderaan elektrik, dengan satu kadar padanan tempatan sebanyak 80%. Penumpuan jenama, kadar pemadanan bagi bahagian dan tahap kecerdasan berada di antara yang paling tinggi di negara itu.

Perusahaan kenderaan elektrik di Daerah Gangbei mempunyai satu rangkaian lengkap produk dengan kualiti yang sangat baik, termasuk lebih daripada 100 model seperti basikal elektrik, basikal berenjin atau moped elektrik dan motosikal elektrik berkelajuan tinggi, yang menerajui industri dari segi hayat bateri, keselamatan, kecerdasan dan penjimatan tenaga. Tahap ujian bagi Pusat Ujian Kualiti Produk Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu Guangxi yang berada di dalam bidang kuasanya menduduki di antara yang teratas di negara itu. Pada tahun 2022, nilai keluaran bagi kenderaan elektrik tenaga baharu di Daerah Gangbei telah meningkat sebanyak 99.3%, dan jumlah nilai keluaran keseluruhan bagi rantaian perindustrian melebihi 21 bilion yuan China.

Pada tahun 2022, dengan produk yang berkualiti tinggi dan harga yang rendah serta memanfaatkan peluang-peuang RCEP, China-ASEAN dan perjanjian perdagangan yang lain, volum perdagangan eksport bagi Pangkalan Pengeluaran Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu China-ASEAN telah mencapai lebih USD 8.7 juta. Guangxi adalah satu-satunya wilayah di China yang dihubungkan dengan ASEAN melalui darat dan laut, dan ia merupakan akses yang paling mudah ke laut di Barat Daya China. Guigang terletak di tenggara Guangxi, dengan landasan kereta api berkelajuan tinggi yang lancar, lebuh raya dan laluan air yang bermutu tinggi, dan lebih daripada 100 kereta api berkelajuan tinggi transit melalui Guigang pada setiap hari. Terusan Emas Xijiang merentasi seluruh wilayah itu, dan kapal seberat 3,000 tan boleh dikemudikan sepanjang tahun dan boleh sampai terus ke Guangdong, Hong Kong dan Macau dalam tempoh masa 30 jam. Pelabuhan Guigang yang berada di dalam bidang kuasanya ialah pelabuhan sungai pedalaman pertama dengan 100 juta tan di dalam sistem Sungai Mutiara, dan ia merupakan satu daripada saluran paling mudah untuk mengeksport bahan dari Barat Daya China ke Hong Kong, Macau dan negara-negara ASEAN. Pada masa ini, kenderaan elektrik tenaga baharu di Daerah Gangbei telah dieksport ke India, Thailand, Belanda, Nepal, Peru, Costa Rica dan Madagascar.
 
Sumber : Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei, Perbandaran Guigang
 
Pautan Lampiran Imej:

Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=440964

Kapsyen: Kenderaan elektrik tenaga baharu di Daerah Gangbei sedang menarik bilangan pempamer Lao yang begitu ramai. 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.