ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 26, 2024 -Jumaat

 
  KUMPULAN BDB RAI PENUNTUT TAHFIZ DI AIRVENTURE SEMPENA LIMA'23

Monday 29/05/2023



Table

Sebahagian dari penuntut Tahfiz Madrasah Tarbiyah Auladiyah Darul Ulum yang menyaksikan pertunjukan udara secara dekat di Airventure sempena LIMA'23 baru baru ini.
 
LANGKAWI, 29 Mei (Bernama) -- Penuntut Tahfiz Madrasah Tarbiyah Auladiyah Darul Ulum teruja diberi peluang istimewa untuk menyaksikan pertunjukan udara secara dekat di Airventure sempena LIMA'23 pada 27 Mei 2023.
 
Acara bersama penuntut tahfiz ini menjadi salah satu program tanggungjawab sosial korporat (CSR) Kumpulan BDB dengan matlamat untuk memberi pengalaman baharu kepada penuntut madrasah yang rata-rata merupakan kali pertama dapat menyaksikan pertunjukan udara antarabangsa ini.
 
"Saya amat gembira apabila dapat menonton dengan lebih dekat pertunjukan udara dari kawasan Airventure, dan ini bakal menjadi satu kenangan yang tidak mungkin akan dilupakan" kata Mohamad Nawawi bin Latip yang merupakan salah seorang penuntut yang hadir.
 
Menurut Mudir Madrasah, Ustaz Ayob Ahmad, beliau mengucapkan terima kasih kepada Kumpulan BDB kerana sudi menjemput pihak madrasah dalam program tanggungjawab sosial syarikat tersebut. Beliau turut yakin program seumpama ini bakal memberi pendedahan yang amat baik untuk penuntutnya.

Airventure merupakan satu kawasan khas yang dibangunkan oleh Kumpulan BDB di mana penonton yang hadir boleh menikmati pemandangan terbaik pertunjukan udara menerusi anjung tinjau (veiwing paddock) dan cabana yang menghadap ke landasan lapangan terbang sempena Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA’23).
 
#SpiritOfAchievement
#BDBLangkawi
#KeepTheSpiritsHigh

MENGENAI BINA DARULAMAN BERHAD (BDB)

BINA DARULAMAN BERHAD (BDB) ialah sebuah syarikat pemegangan pelaburan di Kedah yang memiliki anak syarikat dalam bidang kejuruteraan infrastruktur, pembinaan, pembangunan hartanah dan pelancongan. Sejak penubuhannya lebih dua dekad lalu, Kumpulan BDB telah memainkan peranan penting dalam pembangunan agenda sosioekonomi negeri, mencapai kejayaan luar biasa dalam pelaksanaan pelbagai projek di bahagian yang berlainan di Kedah.

SUMBER: Honeycomm Resources 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Haniza Abd Aziz
Tel: 012-210 8480

Nama: Mazlina Malek
Tel: 012-234 5232
Portal: www.langkawi.bdb.com.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.