ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PERTANDINGAN ICT HUAWEI PERINGKAT AKHIR GLOBAL 2022-2023 BERLANGSUNG DI SHENZHEN - 146 PASUKAN DARI 36 NEGARA DAN RANTAU MEMENANGI ANUGERAH

Thursday 01/06/2023



Table
 
Majlis Penutupan Akhir dan Penganugerahan Global Pertandingan ICT Huawei 2022–2023 (Foto: Huawei)


SHENZHEN, China, 1 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 27 Mei 2023, Pertandingan ICT Huawei Peringkat Akhir Global 2022-2023 telah berakhir di Shenzhen, melabuhkan tirai acara penutupan yang ketujuh pertandingan ini. Pertandingan yang pertama diadakan secara fizikal sejak tahun 2019, kemuncak acara tersebut ialah pertandingan antara peserta akhir dalam 146 pasukan dari 36 negara. Sebelum Peringkat Akhir, lebih daripada 120,000 pelajar dari lebih 2000 universiti di 74 negara dan rantau di seluruh dunia mengambil bahagian dalam Pertandingan ICT itu.

Pasukan dari Politeknik Shenzhen, Universiti Teknologi Elektronik Guilin, Kolej Perdagangan Guangzhou, Universiti Normal Yangtze dan Politeknik Industri Hunan memenangi Hadiah Utama Trek Rangkaian. Pasukan dari Universiti Teknologi Elektronik Guilin, Politeknik Shenzhen dan Kolej untuk Teknologi Vokasional Nanning memenangi Hadiah Utama Trek Awan. Pasukan Politeknik Shenzhen memenangi Hadiah Utama Trek Pengkomputeran. Pasukan Universiti Jilin dan Universiti Ahmadu Bello memenangi Hadiah Utama pertandingan inovasi. Pasukan imin dari Universiti Tsinghua memenangi Hadiah Utama Jalan Pintar dan Jsgroup dari Universiti Xi'an Jiaotong memenangi Hadiah Utama Pendigitalan Kuasa Elektrik.

Xiao Haijun, Presiden Jabatan Pembangunan dan Jualan Rakan Niaga Global, Kumpulan Perniagaan Perusahaan Huawei berkata, “Bakat dan kemahiran digital akan menjadi asas untuk pembangunan ekonomi digital. Pada masa akan datang, Huawei akan membawa sumber pendidikan ICT ke lebih banyak sekolah di seluruh dunia. Kami diunjurkan untuk membina secara keseluruhan sebanyak 7000 Akademi ICT Huawei menjelang 2026, bertujuan melatih lebih daripada 1 juta pelajar setiap tahun, meningkatkan kecelikan dan kemahiran digital pelajar untuk dunia digital yang lebih dinamik dan terangkum.”

Stefania Giannini, Penolong Ketua Pengarah Pendidikan, Pertubuhan Pendidikan Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO), mengirim harapan beliau bagi Pertandingan ICT Huawei melalui video. Beliau berkata Pertandingan ICT Huawei bukan sahaja menambah baik kemahiran digital pelajar, malah inisiatif tersebut juga meneroka penyelesaian yang boleh dilaksanakan untuk pembangunan mampan. Beliau menyatakan bahawa UNESCO menyokong penuh usaha Huawei dalam industri pendidikan untuk menambah baik ketersambungan global dan kemahiran digital.

Xiao Ran, Naib Presiden Institut Penyelidikan Strategik Huawei, menyatakan bahawa Huawei sedang membina ekosistem bakat ICT yang mantap dan mempercepat kemajuan pendigitalan dunia dengan melancarkan lebih banyak Akademi ICT Huawei, mengeluarkan kertas putih bakat dan mengadakan Pertandingan ICT Huawei.

Profesor Mohan Munasinghe, Pemenang Hadiah Nobel Keamanan pada tahun 2007, Pemenang Hadiah Planet Biru pada tahun 2021, Bekas Naib Pengerusi Panel Antara Kerajaan mengenai Perubahan Iklim (IPCC), menyampaikan ucapan melalui video. Beliau menyatakan bahawa ICT mempunyai peranan utama dalam mengharmonikan segitiga pembangunan mampan ekonomi, alam sekitar dan masyarakat. Malah teknologi digital akan membantu mendorong produktiviti dan pertumbuhan, memudahkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi, serta mengukuhkan keterangkuman dan kerjasama. Pertandingan ICT Huawei menggalakkan pelajar berinovasi dan membuat penemuan kritikal yang membantu mencapai pertumbuhan seimbang, terangkum dan hijau di seluruh dunia.

Vicky Zhang, Naib Presiden Jabatan Komunikasi Korporat Huawei, berkata, "Huawei telah menyediakan Anugerah Wanita dalam Teknologi untuk menggalakkan peserta wanita, mempromosikan kesaksamaan jantina dalam industri ICT dan keterangkuman sosial. Pada tahun ini, bahagian peserta wanita pada peringkat akhir global melebihi 21%, meningkat sebanyak 8% berbanding 3 tahun yang lalu.”

Sebagai projek utama inisiatif Penyemaian untuk Masa Depan 2.0 (Seeds for the Future 2.0) Huawei, Pertandingan ICT Huawei bertujuan menyediakan platform untuk pelajar kolej global bersaing dan berkomunikasi antara satu sama lain dalam bidang ICT. Setakat penghujung tahun 2022, Huawei telah bekerjasama dengan 2200 universiti untuk membina Akademi ICT Huawei, membantu melatih lebih daripada 200,000 pelajar setiap tahun. Sejak pelancaran awal inisiatif ini pada tahun 2015, lebih daripada 580,000 pelajar dari 85 negara dan rantau di seluruh dunia telah menyertai pertandingan itu.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53408594/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Bahagian untuk Dihubungi
corporate.comms@huawei.com

Sumber: Huawei

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.