ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 28, 2024 -Khamis

 
  FORUM ERHAI 2023 MENGENAI PEMBINAAN TAMADUN EKOLOGI GLOBAL: BERSAMA MELAKSANAKAN PEMBANGUNAN EKOLOGI GLOBAL

Thursday 01/06/2023



Table

Majlis pelancaran Inisiatif Erhai, foto diambil pada 28 Mei. (Grafik: Sekretariat Forum Erhai)


DALI, China, 1Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Forum Erhai 2023 mengenai Pembinaan Tamadun Ekologi Global berjaya melabuhkan tirai pada 28 Mei di Dali, China. Bersama tema "Manusia dan Alam Semula Jadi Berharmoni, Ke Arah Laluan Menuju Pemodenan", acara tersebut berjaya menghimpunkan hampir 400 pakar, cendekiawan dan tetamu Cina dan warga asing dari badan kerajaan, organisasi antarabangsa, kedutaan dan konsulat di China, institusi pendidikan, perusahaan dan organisasi berkaitan.

Para peserta di forum tersebut mengakui kepentingan utama dan peranan asas keharmonian antara manusia dan alam semula jadi untuk pemodenan mengikut gaya Cina. Ini merangkumi kebijaksanaan tamadun Cina dalam memupuk hubungan mampan antara manusia dan alam sekitar. Berpandukan kepada prinsip pembangunan mampan, China secara aktif memupuk pembangunan China dan tamadun ekologi yang indah melalui pertukaran dan kerjasama antarabangsa yang meluas. Negara China tidak sabar mahu bekerjasama dengan negara lain di seluruh dunia dalam membina komuniti bersama, dengan komitmen yang teguh untuk mencapai "keharmonian antara manusia dan alam semula jadi" menjelang tahun 2050.

Semasa sesi ucaptama, tetamu dari dalam dan luar negara yang dihormati menyampaikan ucapan penting. Sergio Cabrera, Duta Colombia ke China, menekankan mengenai kekayaan biodiversiti yang dikongsi oleh Colombia dan China dan menyatakan hasrat untuk meningkatkan penerokaan dan kerjasama dalam pemuliharaan biodiversiti. Duta Cabrera juga menjemput semua negara untuk menyertai Negara Megapelbagai yang Berfikiran Sama (Like-Minded Megadiverse Like-Minded Countries - LMMC) yang dipromosikan oleh kerajaan Colombia.

Sebagai sebahagian daripada usaha memajukan pembinaan tamadun ekologi global, serta mencipta dunia yang bersih dan indah, Forum Erhai melancarkan Inisiatif Erhai, bertujuan mempromosikan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi secara kolektif. Inisiatif tersebut menekankan bahawa “air jernih dan gunung subur merupakan aset yang tidak ternilai”, serta memerlukan pengurusan gunung, sungai, hutan, ladang, tasik, rumput dan pasir yang teratur dan sistematik. Selain itu, Inisiatif Erhai berusaha menggalakkan transformasi hijau ke atas kaedah pembangunan dan gaya hidup sambil menjemput kerjasama global dalam mengejar laluan mampan ke arah pembangunan tamadun ekologi global.

Sebagai acara neutral karbon, forum itu turut mengadakan majlis pelancaran "Pelepasan Sifar Bersih".

Edisi pertama forum itu berlangsung di Dali, China pada bulan Oktober 2021, sebelum COP 15 dan diiktiraf sebagai satu daripada "warisan penting dan pencapaian utama COP15" oleh Pejabat Jawatankuasa Eksekutif COP15 Kementerian Ekologi dan Alam Sekitar.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53409352/en

Individu untuk Dihubungi
Shelly Wang
info@xinhuaneteurope.com

Sumber: Forum Erhai mengenai Pembinaan Tamadun Ekologi Global

--BERNAMA



 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.