ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Mac 29, 2024 -Jumaat

 
  AT&S MALAYSIA MERAIKAN PENUTUPAN BUMBUNG DAN KEMASUKAN PERALATAN UNTUK KILANG PENGELUARAN PERTAMA DI KULIM HI-TECH PARK

Thursday 01/06/2023



Table
(Dari kiri ke kanan)
Pengurus Hal Ehwal & Komunikasi Korporat AT&S Malaysia, Ruth Foo; Naib Presiden Pemasaran Strategik & Pembangunan Perniagaan untuk Unit Perniagaan Mikroelektronik AT&S, Rozalia Beica; Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Mikroelektronik & Ahli Lembaga Pengarah AT&S, Ingolf Schroeder; Pengarah Kanan Akaun Utama Unit Perniagaan Mikroelektronik AT&S, Patrick Lenhardt; Pengarah Urusan AT&S Malaysia, Vittorio Villari; dan Pengarah Projek Teknikal AT&S Malaysia, Markus Sterba.



Dua kejayaan penting yang dicapai tepat pada masanya untuk kilang pengeluaran pertama AT&S di Kulim disambut dengan kehadiran Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Mikroelektronik dan Ahli Lembaga Pengarah AT&S, Ingolf Schroeder, serta badan pengurusan utama AT&S Malaysia.
 
KULIM, Malaysia, 1 Jun (Bernama) -- Dua pencapaian penting telah direalisasikan di tapak AT&S Kulim dengan kehadiran eksekutif utama AT&S dari Austria dan Malaysia yang meraikan penutupan bumbung kilang pengeluaran yang pertama serta kemasukan set peralatan yang pertama. Dalam Majlis Penutupan Bumbung, mereka telah diiringi ke bahagian bumbung untuk menurunkan tandatangan masing-masing di dek bumbung serta menggerudi nat bolt emas untuk menyambung dua dek bumbung kecil pada sekeping memento bagi memperingati acara tersebut.
 
Terdapat kira-kira 5,000 pekerja binaan di tapak AT&S Kulim yang melaksanakan pelbagai tugas pembinaan di tapak selama 24 jam setiap hari untuk menyempurnakan pembinaan dalam jangka masa yang ditetapkan. Peti peralatan yang pertama telah dihantar pada 27 Februari 2023. Sehingga kini, lebih 1,400 peti peralatan telah dibawa masuk ke kilang pengeluaran.
 
Sempena majlis sambutan ini, Naib Presiden Eksekutif Unit Perniagaan Mikroelektronik AT&S, Ingolf Schroeder memuji, “Saya sangat gembira dengan dua pencapaian penting ini iaitu penutupan bumbung dan kemasukan peralatan yang pertama dalam tempoh 15 bulan selepas kami memulakan kerja-kerja pembinaan kilang pengeluaran yang pertama. Kedua-duanya telah dicapai dengan jayanya selepas kami melalui cabaran kesihatan (pandemik), sumber dan logistik yang sangat besar. Pasukan kami telah menunjukkan kemahiran penyelesaian masalah yang kreatif dan semangat kerja berpasukan yang tinggi. Saya sangat menghargai usaha pasukan ini dalam merancang dan melaksanakan projek secara tekun dan profesional. Di AT&S, kami komited dalam memastikan standard prestasi yang sangat tinggi kepada pelanggan dan pihak berkepentingan kami."
 
Pengarah Urusan AT&S Malaysia, Vittorio Villari, yang menerajui projek Kulim berkata, “Pembinaan kilang yang sebesar ini (K1) telah berjaya dicapai hasil daripada kumpulan bakat yang berpengalaman dan ekosistem E&E yang matang. AT&S menjalin kerjasama dengan syarikat-syarikat multinasional yang telah beroperasi selama lebih 50 tahun di Malaysia, ditambah pula dengan Teknologi Substrat IC termaju dan terkemuka yang dimiliki AT&S. Kami tetap yakin bahawa syarikat akan menyumbang untuk meningkatkan kapasiti Malaysia sebagai pengeksport utama komponen Elektrik & Elektronik (E&E) di dunia.”
 
Sebagai Pengarah Kanan Akaun Utama Unit Perniagaan Mikroelektronik AT&S, Patrick Lenhardt turut memuji pencapaian yang memberangsangkan ini, “AT&S berbangga kerana telah mengikat perjanjian bekalan jangka panjang dengan pemain industri semikonduktor terkemuka sebagai pelanggan utama untuk kilang Kulim dan bakal menjadi antara salah satu pelanggan terbesar bagi AT&S pada masa hadapan. Pelaksanaan projek Kulim yang cemerlang sehingga kini telah meningkatkan keyakinan pelanggan dan membina asas yang sangat kukuh untuk perkongsian masa depan yang berjaya.”
 
Markus Sterba, Pengarah Projek Teknikal AT&S Malaysia, yang memberikan sumbangan penting bagi kejayaan ini turut menambah, “Tahniah kepada pasukan pembinaan kami di AT&S Kulim dan rakan sepasukan kami di AT&S Chongqing yang telah memberikan sokongan yang kuat kepada kami. Usaha sama ini telah membuahkan hasil yang sangat hebat. Kami telah berjaya menghasilkan pencapaian yang diumumkan kepada pasaran pada tahun 2021 menerusi kerjasama yang cemerlang dan pengorbanan rakan sepasukan untuk menyiapkan kerja dalam jangka masa yang singkat. Kami sangat bangga dan berterima kasih kepada rakan-rakan kongsi.”
 
AT&S Malaysia kini sedang berusaha menuju beberapa pencapaian yang seterusnya; iaitu Penyiapan Kilang Pengeluaran yang Pertama, Pemasangan & Kelulusan Peralatan dan Kelulusan Produk yang dijangka akan dicapai menjelang awal tahun 2024. Ini akan diikuti dengan Permulaan Penyediaan Pengeluaran Bersiri pada akhir tahun 2024. Kilang pengeluaran yang kedua pula akan memperoleh Sijil Penyiapan dan Pematuhan (CCC) pada awal tahun 2024. Namun demikian, pemasangan infrastruktur dan peralatan pengeluaran bergantung kepada dinamik pasaran global. 
 
Dua buah kilang pengeluaran Fasa 1 untuk Projek AT&S Kulim akan menggunakan sebanyak 160,000m3 konkrit dan 24,000 tan keluli. Jumlah keluli ini adalah lebih kurang 2.5 kali ganda berbanding dengan jumlah keluli yang digunakan untuk membina Menara Eiffel.

Sumber: Junzi Communications

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Ruth Foo
Pengurus Hal Ehwal dan Komunikasi Korporat
AT&S Austria Technologie & Systemtechnik (Malaysia) Sdn. Bhd.
Tel: +6012 8922883 
E-mel: ruth.foo@my.ats.net
 
Nama: Gerald Reischl
Naib Presiden Komunikasi Korporat
AT&S Austria Technologie & Systemtechnik Aktiengesellschaft
Tel: +43 664 88592452 
E-mel: g.reischl@ats.net  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.