ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 25, 2024 -Khamis

 
  PROGRAM BIASISWA FWD TAKAFUL DIANUGERAHKAN KEPADA 11 PELAJAR

Friday 02/06/2023



Table
Membentuk pemimpin masa depan industri: En. Salim Majid Zain (tengah), Ketua Pegawai Eksekutif, FWD Takaful Berhad dan Pn. Lisa Lew (pertama dari kiri), Ketua Pegawai Sumber Manusia, FWD Takaful Berhad, bersama 11 penerima biasiswa. 
 
Menawarkan bantuan kewangan pendidikan untuk pelajar yang kurang berkemampuan, dalam membentuk pemimpin masa depan industri 

KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) telah mengumumkan penerima biasiswa pertamanya untuk Program Biasiswa FWD Takaful. Biasiswa tersebut dianugerahkan kepada 11 pelajar yang telah menunjukkan dedikasi dan komitmen yang luar biasa terhadap pengajian mereka. Semua pelajar ini telah berjaya mendapat tempat di universiti tempatan.
 
Dilancarkan pada tahun 2021, Program Biasiswa FWD Takaful terbuka kepada pelajar yang layak di Malaysia, terutamanya mereka daripada keluarga B40 (pendapatan isi rumah di bawah RM5,000) yang memerlukan bantuan kewangan untuk melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi. Program biasiswa itu bertujuan untuk membangunkan kemahiran dan bakat yang berdaya tahan untuk industri takaful dengan mempromosi dan menggalakkan bakat muda untuk mengikuti pengajian dalam bidang Takaful, Syariah, Sains Aktuari, Kewangan Islam dan Teknologi Maklumat/Digital.
 
Salim Majid Zain, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful berkata, “Di FWD Takaful, penekanan yang kami berikan kepada pendidikan dan pembangunan modal insan mencerminkan dedikasi kami untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap takaful. Kami berhasrat untuk membangunkan dan meningkatkan kapasiti dan kemahiran belia negara dalam usaha membentuk bakal profesional dalam industri. Dengan Program Biasiswa FWD Takaful, pelajar yang kurang bernasib baik akan dapat memulakan pendidikan tinggi mereka, yang akan menjadi batu loncatan penting untuk menjadi pemimpin masa depan dalam bidang pengajian masing-masing.”
 
Permohonan Program Biasiswa FWD Takaful menerima sambutan yang mengalakkan. Biasiswa ini telah membiayai sepenuhnya program pengajian 4 tahun (termasuk pra-universiti) dan keseluruhan yuran kursus termasuk yuran pengajian, yuran peperiksaan, yuran asrama, elaun sara hidup, pembelian sekali sahaja untuk komputer riba dan pencetak, buku dan bahan kursus. Di samping itu, FWD Takaful juga telah menyediakan perlindungan takaful dan menugaskan mentor kepada semua pemohon yang berjaya sepanjang program biasiswa.
 
Lisa Lew, Ketua Pegawai Sumber Manusia FWD Takaful, menambah, “Kami mahu terus melakukan transformasi yang positif dan amat diperlukan untuk pelajar yang kurang berkemampuan dengan menyokong minat dan bakat mereka untuk membuat perubahan yang bermakna. Bidang pengajian ini selaras dengan keperluan yang semakin meningkat bagi kumpulan bakat untuk industri. Memupuk bakat muda yang bersemangat dalam bidang ini dari semasa ke semasa akan menyumbang kepada pertumbuhan perniagaan berkaitan takaful dan fungsi lain yang berkaitan dalam industri untuk membawa lebih banyak produk, perkhidmatan dan teknologi yang inovatif.”
 
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Program Biasiswa FWD Takaful, sila layari fwd.com.my/latest/fwd-takaful-scholarship-programme atau emel scholarship.my@fwd.com. Sebagai alternatif, hubungi 1300 13 7988 atau emel contact.my@fwd.com untuk maklumat lanjut. 

Mengenai FWD Takaful Berhad
 
FWD Takaful Berhad (“FWD Takaful”) adalah pengendali takaful di Malaysia yang menawarkan perkhidmatan takaful keluarga. FWD Takaful dilesenkan di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 dan dikawal selia oleh Bank Negara Malaysia. FWD Takaful adalah unit perniagaan takaful Kumpulan FWD.
 
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com.my.
 
Mengenai Kumpulan FWD
 
Kumpulan FWD (“FWD”) adalah perniagaan insurans hayat Asia dengan lebih daripada 10 juta pelanggan merentasi 10 pasaran, termasuk beberapa pasaran insurans yang paling pesat berkembang di dunia. FWD menyambut ulang tahun yang ke-10 pada tahun 2023. FWD menumpukan usaha untuk menjadikan insurans lebih mudah, cepat dan lancar, dengan pembaharuan yang inovatif dan pelan perlindungan yang mudah difahami, disokong oleh teknologi digital. Melalui pendekatan yang mengutamakan pelanggan ini, FWD komited untuk mengubah pandangan orang ramai terhadap insurans dan takaful.
  
Untuk maklumat lanjut, sila layari fwd.com

SUMBER: FWD Takaful Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Jacleen Martin
Brand, PR & Communications, Marketing 
Emel: Jacleenjacinta.martin@fwd.com

Nama: Aslinda Aminuddin
PR & Communications, Marketing
Emel: aslinda.aminuddin@fwd.com

Emel: media.my@fwd.com

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.