ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 20, 2024 -Sabtu

 
  KKM MENGALU-ALUKAN PENGAMAL PERUBATAN SWASTA UMUM (GP) SERTAI SKIM PERUBATAN MADANI

Friday 02/06/2023



KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) -- Semasa pembentangan Bajet 2023, YAB Perdana Menteri telah mengumumkan Skim Perubatan MADANI sebagai salah satu inisiatif Kerajaan bagi mengatasi isu kesesakan pesakit di kemudahan kesihatan Kerajaan. Skim Perubatan MADANI merupakan manfaat perkhidmatan kesihatan percuma kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR). 
 
Ia bertujuan untuk membantu golongan B40 mendapatkan perkhidmatan penjagaan primer akut (rawatan pesakit luar kes-kes akut) di GP berhampiran, sekali gus mengurangkan kesesakan dan waktu menunggu pesakit di kemudahan kesihatan kerajaan. Penerima boleh mendapatkan rawatan Skim Perubatan MADANI bermula 15 Jun 2023.
 
Justeru, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengalu-alukan pengamal perubatan swasta umum (GP) di 10 daerah iaitu di Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling (Selangor), Kuala Lumpur, Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Johor Bahru (Johor), Kota Kinabalu (Sabah) dan Kuching (Sarawak) untuk menyertai program rintis Skim Perubatan MADANI.
 
KKM dengan ini menjemput GP di lokasi yang terlibat untuk mendaftar sebagai klinik panel Skim Perubatan MADANI bermula hari ini dengan melayari laman sesawang ProtectHealth di www.protecthealth.com.my/skimperubatanmadani atau menghubungi talian 03-8687 2525.
 
ProtectHealth juga akan menganjurkan sesi taklimat dan latihan secara dalam talian kepada GP yang berdaftar untuk penerangan lebih lanjut mengenai Skim Perubatan MADANI.
 
DR. ZALIHA BINTI MUSTAFA
MENTERI KESIHATAN 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Farahdila Wati binti Mohd Khamde Khuzaini
Tel: +603-8883 3470
Faks: +603-8888 6187 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.