ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

April 27, 2024 -Sabtu

 
  PUSAT PERUBATAN SUNWAY, BANDAR SUNWAY MERAKAMKAN PENGHARGAAN KEPADA PARA PESAKIT DI MENARA BAHARU D DAN E

Friday 02/06/2023



Table
Kredit Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway 
 
BANDAR SUNWAY, 2 Jun (Bernama) -- Kunjungan kanak-kanak dan ibu bapa mereka ke Menara D dan E yang baharu di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway baru-baru ini dikejutkan dengan ‘buah tangan’ kuntuman bunga dan sebiji belon sejurus melangkah masuk. Acara meriah ini dianjurkan bagi meraikan pembukaan menara baharu tersebut serta menzahirkan penghargaan terhadap para pesakit dan penjaga mereka atas kepercayaan serta keyakinan yang diberikan kepada fasiliti kesihatan itu.
 
“Kami gembira kerana pelaksanaan inisiatif pada hari ini (pemberian hadiah) dapat menjadikan hari pesakit kami lebih ceria. Kami berusaha memberi yang terbaik untuk berada di tahap pencapaian yang bermakna ini, dan kami berasa gembira kerana kini kami mempunyai pusat sehenti bagi memenuhi keperluan penjagaan kesihatan bayi, kanak-kanak dan remaja,” kongsi Dr Ng Lee Li, Pengurus Besar Perkhidmatan Wanita dan Kanak-Kanak, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway.
 
Maskot kebanggan hospital, ELFY turut membuat kemunculan khas di menara baharu tersebut sekali gus membawa keceriaan dan kegembiraan kepada para pesakit cilik di Klinik Kanak-kanak di Aras 6, 7 dan 9 serta Wad Pediatrik di Aras 8. Di samping itu, kaum ibu juga dihadiahkan sekuntum bunga daisi dalam pelbagai warna menarik sempena sambutan Hari Ibu yang diraikan setiap tahun pada bulan Mei.
 
Pembukaan dua menara baharu di Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway itu turut dilengkapi dengan Jabatan Kecemasan Kanak-kanak pertama di hospital swasta di negara ini yang menyediakan rawatan pediatrik khusus yang diasingkan daripada orang dewasa, Pusat Perkembangan Kanak-kanak, Wad Pediatrik, Dewan Bedah Pediatrik, Unit Rawatan Rapi Pediatrik (ICU) dan Unit Dependensi Tinggi (HDU) Pediatrik. Ia juga mempunyai Jabatan Radiologi baharu yang dilengkapi dengan Imbasan Tomografi Berkomputer (CT) terkini, Pengimejan Resonans Magnetik (MRI) 3 Tesla, ultrabunyi dan fasiliti am imbasan sinar-X.
 
Sebagai sebuah hospital kuaternari swasta terbesar di Malaysia, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway sentiasa mencari kaedah inovatif untuk meningkatkan pengalaman pesakit di samping mengutamakan keselesaan dan kesejahteraan mereka. Jabatan Kecemasan Kanak-kanak dan Klinik Kanak-kanak merupakan sebahagian daripada usaha hospital untuk menyediakan rawatan khusus kepada pesakit cilik yang memerlukan penjagaan lebih rapi.
 
Dengan 22 bidang subkepakaran pediatrik yang terbanyak dalam kalangan hospital swasta di Malaysia antaranya, namun tidak terhad kepada, Pediatrik Kardiologi, Pediatrik Hematologi dan Onkologi, Pediatrik Neurologi, Pediatrik Gastroenterologi dan Hepatologi, Rawatan Intensif Pediatrik, Pediatrik Reumatologi, Pediatrik Respiratori, Pediatrik Endokrinologi, Pediatrik Nefrologi, Pediatrik Neonatologi dan banyak lagi, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway komited untuk mengambil pendekatan holistik terhadap kesihatan dan perkembangan kanak-kanak yang berasaskan bukti dan berkualiti tinggi.
 
“Pasukan penjagaan kesihatan profesional kami yang terlatih dalam bidang pediatrik serta berkemahiran tinggi dalam pelbagai subkepakaran bersedia untuk memberikan penjagaan dan rawatan terbaik kepada pesakit kanak-kanak kami di menara baharu ini. Dengan perkembangan ini, kami sedang meningkatkan kapasiti secara berperingkat yang mana kami kini mempunyai 724 katil berlesen dan akan meningkat kepada lebih daripada 1,000 buah katil,” kata Dr Seow Vei Ken, Ketua Pegawai Eksekutif, Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway.

SUMBER: Pusat Perubatan Sunway, Bandar Sunway

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama: Shazrina Othman
Pengurus, PR & Komunikasi
Tel: +60 19 336 7274 
Emel: shazrinao@sunway.com.my

Nama: Nurul Hidayah Abdullah
Eksekutif, PR & Komunikasi  
Tel: +60 17 904 7298
Emel: hidayaha@sunway.com.my 

--BERNAMA 

 
 
 

Copyright @ 2024 MREM . All rights reserved.