ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 17, 2025 -Jumaat

 
  PAMERAN INDUSTRI KEBUDAYAAN ANTARABANGSA DIBUKA DI SHENZHEN UNTUK MENGGALAKKAN PERTUKARAN DAN PEMBELAJARAN BERSAMA DI ANTARA TAMADUN

Wednesday 14/06/2023

AsiaNet 100136

SHENZHEN, China, 14 Jun, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--

Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa China (Shenzhen) ke-19 bermula di Shenzhen di Wilayah Guangdong di selatan China pada Rabu, yang dijangka dapat menyuntik dorongan baharu kepada pembangunan industri kebudayaan negara itu.
 
Pameran peringkat kebangsaan selama lima hari itu, yang menampilkan terutamanya acara-acara di luar talian, telah menarik lebih daripada 3,500 badan-badan kerajaan, organisasi kebudayaan dan perusahaan, demikian menurut Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen.

Dengan lebih 100,000 jenis barang pameran daripada industri kebudayaan dan kreatif di dalam dan luar negara, bilangan pempamer telah meningkat daripada lebih 700 pada pameran pertama kepada 3,596 pada masa ini, dan jumlah negara dan wilayah untuk lawatan, pameran dan pembelian turut meningkat dari lebih 10 kepada 108, Pameran Industri Kebudayaan Antarabangsa (ICIF) itu telah berkembang dari tahun ke tahun dari segi skala pameran, bilangan pelawat, tahap pengantarabangsaan dan jumlah dagangan sejak penubuhannya pada tahun 2004. Ia telah menjadi sebuah pemacu yang penting bagi pembangunan sektor kebudayaan China, sebuah platform penting bagi budaya China untuk pergi ke peringkat global, dan satu tetingkap yang penting untuk memperluaskan pembukaan kebudayaan.

Tamadun terserlah melalui pertukaran dan diperkayakan melalui pembelajaran bersama. Tahun ini menandakan ulang tahun kesepuluh bagi penubuhan Inisiatif Belt and Road. Lebih 300 pempamer luar negara dari lebih 50 buah negara dan wilayah telah diperkenalkan ke dalam Dewan Penggunaan Kebudayaan dan Pelancongan -- Pavilion Antarabangsa Belt and Road bagi ICIF. Zeng Xianglai, Pengarah bagi Pejabat Jawatankuasa Penganjur ICIF, berkata bahawa selain padanan di tapak di antara pempamer dan pembeli domestik dan luar negara, penganjur juga menjemput 20,000 pelawat profesional luar negara dari 108 buah negara dan wilayah untuk mengambil bahagian secara dalam talian dan luar talian.

Banyak pempamer luar negara menyatakan bahawa dengan mengambil bahagian di dalam ICIF, mereka bukan sahaja telah bertemu dengan ramai pelanggan dari China dan dari seluruh dunia tetapi juga secara peribadi merasakan kemakmuran bersama bagi tamadun melalui pertukaran dan pembelajaran bersama, seperti bunga-bunga indah yang mekar bersama.    

Di gerai Brazil, sebuah beg galas yang cantik telah menarik perhatian ramai. Beg galas itu dengan "mata" berskrin LED, yang dinamakan "Iron Man", dibuat di Shenzhen dan laris dijual di Amerika Selatan. Ge Xiaoling, Pegawai Perhubungan China bagi Persatuan Pertukaran Kebudayaan Sino-Brazil, berkata bahawa barangan "paling laris" bersilang budaya seperti itu bukanlah sesuatu yang baharu di dalam perdagangan kebudayaan di antara China dan Brazil.

Sama ada dengan mengambil reka bentuk dan produk yang dibanggakan untuk mencari pembeli di China atau berharap untuk membawa unsur-unsur kebudayaan dengan ciri-ciri Cina kembali ke negara dan wilayah mereka sendiri, semakin banyak pempamer luar negara telah datang bersama-sama dengan barang pameran kebudayaan mereka, sekali gus menunjukkan bahawa ICIF telah menjadi sebuah platform yang penting untuk pertukaran dan pembelajaran bersama di antara tamadun global.

Sejak penubuhannya pada tahun 2004, pameran kebudayaan itu telah menyaksikan pengembangan yang berterusan dari segi skala pameran, bilangan pelawat dan tahap pengantarabangsaannya. Ia telah menjadi sebuah platform yang penting untuk menggalakkan pembangunan dan pembukaan bagi industri kebudayaan China.
 
Sumber: Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen

--BERNAMA
 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.