KUALA LUMPUR, 20 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan beralih kepada penggunaan kaedah e-mel sepenuhnya sebagai salah satu medium penyampaian maklumat dan komunikasi utama sekali gus memansuhkan penggunaan mesin faksimili di semua premis HASiL di seluruh Malaysia mulai 01 Julai 2023.
Pemansuhan ini adalah selari dengan hasrat mengoptimumkan penggunaan medium penyampaian maklumat dan komunikasi sedia ada seperti e-mel serta meningkatkan kecekapan pentadbiran dan operasi pejabat seiring dengan amalan semasa agensi luar.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas:
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi :
www.hasil.gov.my Tarikh: 20 Jun 2023
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA