Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  TARIKH AKHIR PENGEMUKAAN BORANG NYATA BAGI PEMBAYAR CUKAI YANG MENJALANKAN PERNIAGAAN

Friday 23/06/2023



KUALA LUMPUR, 23 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa tarikh akhir pengemukaan Borang Nyata (BN) Tahun Taksiran 2022 (TT 2022) bagi pembayar cukai yang menjalankan perniagaan adalah seperti yang berikut:

Table

Pembayar cukai boleh merujuk kepada Program Memfail BN bagi tahun 2023 yang boleh diakses dan dimuat turun menerusi pautan yang berikut:
 
i. Bahasa Melayu:
https://www.hasil.gov.my/media/lq5fu3zd/20230324-program-memfail-borang-nyata-bn-bagi-tahun-2023.pdf
 
ii. Bahasa Inggeris:
https://www.hasil.gov.my/media/wm2oviph/20230324-return-form-filing-programme-for-the-year-2023.pdf 

Pembayar cukai adalah disarankan untuk mengemukakan BN dan membayar baki cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang penalti dan kenaikan cukai dikenakan. Pembayar cukai juga dinasihatkan untuk mengisi maklumat diri dan perbankan yang tepat serta terkini bagi membantu kelancaran proses bayaran balik cukai (sekiranya ada).

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh: 23 Jun 2023

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi 
Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.