Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  YAZAKI-TORRES BERGANTUNG PADA BOOMI UNTUK MEMODENKAN SISTEM PERNIAGAAN

Friday 23/06/2023




Table

Yazaki-Torres Bergantung Pada Boomi Untuk Memodenkan Sistem Perniagaan (Grafik: Business Wire)



Pengilang alat ganti automotif terkemuka Filipina, Yazaki-Torres, memilih Boomi untuk kemudahan penggunaan, fleksibiliti, kebolehskalaan dan kecekapan

MANILA, Filipina & CHESTERBROOK, Pa., 23 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi™, peneraju ketersambungan dan automasi pintar, pada hari ini mengumumkan bahawa Yazaki-Torres Manufacturing telah memilih platform Boomi untuk memodenkan sistem legasi syarikat tersebut. Apabila menggunakan Boomi, ini akan membolehkan Yazaki-Torres mengintegrasikan Sistem Invois/Terimaan Elektronik (EIS) Biro Hasil Dalam Negeri (BIR) yang baharu, sebagai sebahagian daripada langkah kerajaan Filipina ke arah mendigitalkan sistem cukai dan pentadbiran.

Ditubuhkan pada tahun 1973, Yazaki-Torres Manufacturing ialah pengilang harnes dawai terbesar dan pengeksport utama alat ganti automotif dengan lebih 9,000 pekerja di Filipina. Apabila menggunakan sistem EIS baharu BIR, proses ini hanya memerlukan syarikat untuk menghantar jualan yang disulitkan dalam masa tiga hari selepas transaksi selesai, manakala seni bina legasi Yazaki-Torres Manufacturing merumitkan integrasi data invois syarikat itu. Bagi memenuhi keperluan baharu itu, syarikat menggunakan versi platform Boomi di premis untuk bergerak ke arah pendigitalan dan bersambung kepada EIS BIR.

"Kami memilih platform Boomi bagi mengintegrasikan data invois Yazaki-Torres dengan EIS BIR berdasarkan kemudahan penggunaan, fleksibiliti dan kebolehskalaan platform tersebut,” kata Jonathan Polanco, Pengurus Kewangan Kanan, Yazaki-Torres.

Torres Technology Inc., syarikat gabungan yang menyediakan perkhidmatan pembangunan sistem infrastruktur rangkaian kepada Yazaki-Torres, sedang melaksanakan versi platform Boomi kod rendah di premis, membolehkan sistem Yazaki-Torres bersambung kepada EIS BIR.

"Isu ketersambungan di Filipina menjejaskan daya maju penggunaan awan, tetapi apabila kami mengetahui bahawa Boomi menyokong integrasi berasaskan awan dan di premis, kami yakin bahawa ini akan memacu transformasi digital Yazaki-Torres,” ujar John Torres, Penolong Naib Presiden, Pembangunan Perniagaan, Torres Technology. “Penekanan Boomi terhadap memenuhi keperluan unik setiap pelanggan khusus adalah sebab utama kami menyarankan platform tersebut kepada Yazaki-Torres. Selain itu, antara muka yang mesra pengguna dan intuitif platform Boomi membolehkan tugasan dilakukan dalam beberapa klik, memudahkan proses kompleks yang memerlukan pelbagai langkah.”

“Ketika kerajaan dan sektor swasta di seluruh Filipina melakukan pendigitalan, organisasi seperti Yazaki-Torres memerlukan penyelesaian integrasi yang fleksibel dan boleh skala untuk mengemudi persekitaran IT yang semakin kompleks,” kata Thomas Lai, Naib Presiden & Pengurus Besar, APJ di Boomi. "Boomi menyambungkan aplikasi, data, individu dan peranti, membolehkan pelanggan kami memodenkan sistem perniagaan masing-masing dengan pantas mengikut kadar kejayaan peneraju industri, sambil memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa data itu bersambung kepada semua sistem secara dalaman dan luaran.”

Sebagai perintis platform integrasi global sebagai perkhidmatan (iPaaS) natif awan, Boomi meraikan pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi; komuniti yang semakin berkembang dengan lebih daripada 100,000 ahli; dan satu daripada tatasusunan integrator sistem global (GSI) terbesar dalam ruang iPaaS. Syarikat amat berbangga dengan rangkaian rakan niaga di seluruh dunia yang terdiri daripada Accenture, Deloitte, SAP dan Snowflake; dan bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan awan penskala hiper yang terbesar, termasuk Perkhidmatan Web Amazon, Google dan Microsoft, antara lainnya.

Syarikat itu dimasukkan dalam senarai Deloitte Technology Fast 500™ dan Inc. 5000 sebagai satu daripada syarikat teknologi paling pesat berkembang dan berinovatif di Amerika, Boomi baru-baru ini telah dinamakan dalam senarai Nucleus Research bagi “Syarikat Hebat untuk Diperhatikan pada Tahun 2023.” Syarikat tersebut juga telah memenangi pelbagai anugerah untuk kecemerlangan produk, termasuk tiga Anugerah Stevie® Antarabangsa, untuk Syarikat Terbaik (dua tahun berturut-turut) dan Inovasi Produk; Anugerah Gold Globee® dalam kategori Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS); Anugerah Merit untuk Teknologi dalam kategori Perkhidmatan Awan; Anugerah Stratus sebagai Peneraju Global dalam Pengkomputeran Awan 2022; dan menerima penilaian 5 bintang berprestij dalam Panduan Program Rakan Niaga CRN untuk dua tahun berturut-turut.

Sumber Tambahan

• Baca lebih lanjut tentang Kepimpinan Boomi dalam integrasi awan
• Layari penyelesaian dalam Boomi Discover
• Terokai Komuniti Boomiverse
• Ikuti Boomi dalam TwitterLinkedInFacebook dan YouTube

Maklumat Tentang Boomi

Boomi bertujuan menjadikan dunia tempat yang lebih baik dengan menghubungkan semua individu kepada segalanya, di mana-mana jua. Perintis platform integrasi sebagai perkhidmatan (iPaaS) berasaskan awan dan kini menjadi syarikat peneraju kategori, perisian global sebagai perkhidmatan (SaaS), Boomi dikatakan sebagai pangkalan pelanggan terbesar dalam kalangan vendor platform integrasi dan rangkaian di seluruh dunia dengan kira-kira 800 rakan niaga – termasuk Accenture, Capgemini, Deloitte, SAP dan Snowflake. Organisasi global beralih kepada platform pemenang anugerah Boomi bagi menemui, menguruskan dan mengatur data, sambil menghubungkan aplikasi, proses dan individu untuk hasil yang lebih baik dan lebih pantas. Untuk maklumat lebih lanjut, sila kunjungi http://www.boomi.com.

© 2023 Boomi, LP. Boomi, logo ‘B’ dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau syarikat gabungan masing-masing. Hak cipta terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53421583/en
 
Individu untuk Dihubungi

Hubungan Boomi:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Media dan Penganalisis, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.