KUCHING, 26 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah meneruskan usaha untuk memberikan kefahaman mengenai pelaksanaan sistem e-invois kepada hampir 200 orang peserta yang terdiri daripada para pengamal percukaian, badan profesional dan media Zon Sarawak di Hotel Pullman Kuching, Sarawak.
YBrs. Encik Hisham bin Rusli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pengurusan) dalam ucapannya berkata, perniagaan yang mencapai nilai ambang jualan melebihi RM100 juta setahun akan menjadi kumpulan sasaran pertama yang terlibat dengan pelaksanaan e-invois HASiL berperingkat mulai tahun 2024 di mana pelaksanaannya adalah mandatori untuk semua perniagaan menjelang tahun 2027 nanti.
Pelaksanaan e-invois ini merupakan salah satu usaha ke arah
Compliance-by-Design bagi meningkatkan tahap pematuhan cukai secara menyeluruh dan automatik yang dibangunkan berdasarkan pengalaman dan amalan terbaik pentadbir percukaian antarabangsa.
Sehingga kini, sesi libat urus mengenai pelaksanaan e-invois telah diadakan di Lembah Klang pada 22 Mei 2023 dan di Zon Utara pada 09 Jun 2023 yang lalu. Semoga dengan penganjuran sesi libat urus siri ketiga ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada peserta Zon Sarawak mengenai pelaksanaan e-invois yang akan mempermudah proses pematuhan percukaian selaras dengan peranan HASiL sebagai pemudahcara pematuhan atau
facilitator of compliance.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public Dikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh: 26 Jun 2023SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA