|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
E-107D DIPERKENALKAN BAGI PENGHANTARAN BORANG POTONGAN CUKAI DUA PERATUS TERHADAP PEMBAYARAN KOMISEN OLEH SYARIKAT PEMBAYAR KEPADA EJEN, PENGEDAR ATAU PENGAGIH
Tuesday 27/06/2023
KUALA LUMPUR, 27 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan baharu iaitu e-107D telah diperkenalkan bagi penghantaran borang potongan cukai dua (2) peratus terhadap pembayaran komisen oleh syarikat pembayar kepada ejen, pengedar atau pengagih di bawah Seksyen 107D, Akta Cukai Pendapatan 1967 mulai 08 Jun 2023.
Perkhidmatan baharu e-107D ini membolehkan pengemukaan Borang CP107(D) dilaksanakan secara dalam talian oleh pembayar cukai merangkumi fungsi-fungsi seperti yang berikut: a. Pengisian maklumat pembayar dan penerima bayaran komisen Seksyen 107(D) secara dalam talian; b. Memuat turun lampiran CP107(D); c. Memuat naik lampiran CP107(D); dan d. Proses janaan Nombor Bil bagi tujuan pembayaran cukai Seksyen 107(D) melalui perkhidmatan ByrHASiL selepas proses pengemukaan Borang CP107(D) berjaya dilakukan.
Bagi tujuan pembayaran cukai Seksyen 107D menggunakan Nombor Bil, ia boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah seperti yang berikut:
a. Bayaran melalui FPX: i. Menerusi pautan ByrHASiL daripada perkhidmatan e-107D selepas janaan Nombor Bil; atau ii. Secara terus menerusi pautan ByrHASiL di https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ di Portal Rasmi HASiL dengan memasukkan Nombor Bil yang telah dijana daripada e-107D.
b. Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) menggunakan nombor Bil/Nombor Pengenalan Cukai (TIN).
Untuk makluman, perkhidmatan ini boleh diakses menerusi aplikasi MyTax di https://mytax.hasil.gov.my/. Pengguna MyTax perlu log masuk terlebih dahulu dan memilih peranan Pengarah atau wakil Pengarah bagi menggunakan perkhidmatan ini. Pembayar cukai juga boleh merujuk kepada tatacara penggunaan e-107D yang telah dimuat naik di menu Panduan Pengguna MyTax.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui: a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); b) HASiL Live Chat; dan c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public
Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh: 27 Jun 2023
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000 Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|