Aksi menarik di tapak pada Jemputan Perahu Naga "Shui Yun Jing Du"YULIN, China, 28 Jun, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--Perahu-perahu naga berlumba melintasi sungai itu di bawah sinaran matahari pada musim panas, ketika penonton yang berada di tebing berteriak sambil gendang di atas perahu dipalukan. Ia adalah merupakan sebahagian daripada keseronokan bagi Jemputan Perahu Naga "Shui Yun Jing Du" yang berlangsung pada petang 20 Jun di Yulin di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang. Pada hari yang sama, majlis perasmian bagi Karnival Kebudayaan Duanwu Bandar Raya Yulin "Naga Duanwu, Pasang Surut Yulin" 2023 dan kempen Kehidupan yang Menggembirakan Pertengahan Tahun dan Beli-belah yang Menggembirakan telah diadakan di dalam Taman Ekspo Taman Yulin.
Tahun ini, perayaan tradisional Cina bagi Festival Duanwu itu disambut pada 22 Jun. Dengan menikmati ladu pulut zongzi, mengalami warisan kebudayaan tidak ketara dan menonton perlumbaan perahu naga telah lama menjadi adat resam tradisional Duanwu di Yulin yang digemari oleh penduduk tempatan. Tarikh di antara 20 dan 24, bandar raya Yulin menganjurkan kira-kira satu dozen aktiviti termasuk Jemputan Perahu Naga "Shui Yun Jing Du", Bazar Warisan Kebudayaan Tidak Ketara "Gaya Yulin, Bergaya China" dan upacara permulaan bagi Pasar Malam Penggunaan Pelancongan Budaya Guangxi 2023 (Yulin - Pasar Utama). Pelbagai wilayah, bandar raya dan daerah di Yulin turut menaja dan menganjurkan acara pelancongan kebudayaan dan komersial yang unik secara serentak, yang berjumlah lebih 25 aktiviti kesemuanya, demikian menurut Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Yulin.
Pada hari majlis perasmian itu, perayaan dimulakan dengan satu persembahan yang diberi nama Kegembiraan bagi Naga dan Singa, bersama-sama dengan Hakka Charms, sebuah opera memetik teh di selatan Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang dan satu warisan kebudayaan tidak ketara peringkat kebangsaan. Selain itu, satu aksi sarkas akrobatik bertajuk
Power and Beauty, yang dipersembahkan oleh
Bobai County Folk Culture and Art Protection, Inheritance and Performance Center, turut mendapat tepukan gemuruh. Akrobatik Yulin terkenal dengan pembangunan mereka yang berinovatif, telah memenangi pelbagai anugerah dan telah dipersembahkan di lebih 30 buah negara dan wilayah.
Di Taman Ekspo Taman Yulin, Bazar Warisan Kebudayaan Tidak Ketara "Gaya Yulin, Bergaya China" sibuk dengan aktiviti. Penaja itu telah menganjurkan lebih daripada 30 gerai untuk warisan kebudayaan tidak ketara, barangan dan makanan yang bergaya, mewujudkan sebuah arked mengasyikkan yang memancarkan daya tarikan gaya lama dan bergaya China, yang membolehkan pengunjung untuk bergembira dengan menikmati budaya tradisional sambil berseronok.
Semasa Jemputan Perahu Naga "Shui Yun Jing Du" itu, 12 pasukan perahu naga bertanding di dalam satu perlumbaan yang mendebarkan. Dengan menampilkan lapangan perlumbaan seluas 300 meter, empat lorong, perahu yang memuatkan 22 orang dan dengan lebih daripada 300 orang pelumba, perlumbaan ini telah menarik ramai penduduk tempatan dan pelawat untuk berkumpul di tebing sungai itu dan merasai karisma unik dan kemeriahan Festival Duanwu dari jarak dekat. Paluan gendang yang berdentum menguatkan sorakan dan jeritan yang penuh ghairah, dan suasana itu bergegar dengan tenaga.
Terletak di tenggara Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, Yulin adalah sebuah tempat yang indah dan pada tahun-tahun kebelakangan ini bandar raya itu secara serentak telah menjalankan pelbagai langkah untuk mempromosikan pembangunan berkualiti tinggi bagi industri budaya dan pelancongan mereka. Dengan menempatkan diri mereka sebagai sebuah "bandar raya budaya dan pelancongan yang mantap", Yulin telah disenaraikan di dalam kelompok kedua bagi bandar raya perintis penggunaan budaya dan pelancongan negara dan dalam senarai bagi seratus bandar raya teratas untuk pelancongan kesihatan di China.
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Kerajaan Perbandaran Yulin
Pautan Lampiran Imej:
Pautan:
https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=441307 Kapsyen: Aksi menarik di tapak pada Jemputan Perahu Naga "Shui Yun Jing Du"
--BERNAMA