Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  PENAMATAN CAPAIAN E-BORANG MELALUI E-FILING BAGI TAHUN TAKSIRAN 2012 HINGGA 2015

Wednesday 28/06/2023



KUALA LUMPUR, 28 Jun (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa capaian e-Borang mulai Tahun Taksiran (TT) 2012 hingga TT 2015 bagi kategori individu, majikan, perkongsian, pertubuhan dan syarikat yang melebihi tempoh tujuh (7) tahun akan ditamatkan mulai 1 Julai 2023.
 
Kemudahan e-Filing bagi tahun taksiran berkenaan tidak disediakan berikutan statistik penerimaan e-Borang bagi TT 2012 hingga TT 2015 melalui e-Filing yang menurun pada setiap tahun serta rujukan amalan terbaik agensi pentadbir cukai luar negara di mana kebanyakannya hanya menyediakan sistem e-Filing bagi tempoh lima (5) tahun taksiran sahaja.
 
Oleh yang demikian, pengemukaan Borang Nyata (BN) TT 2012 hingga TT 2015 selepas tarikh yang dinyatakan boleh dilakukan dengan menggunakan borang kertas. Borang ini boleh dimuat turun melalui capaian melalui Portal Rasmi https://www.hasil.gov.my/  > Borang > Muat Turun Borang > Individu/Majikan/Selain Syarikat dan Selain Individu/Syarikat. 

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/ 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 28 Jun 2023

SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi
| Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.