KUALA LUMPUR, 5 Julai (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan kerjasama Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) akan menganjurkan
Persidangan Percukaian Kebangsaan 2023 (National Tax Conference 2023 @ NTC 2023) edisi ke-23 secara hibrid
di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada
01 dan 02 Ogos 2023 bertemakan
Taxation: Driving Force for Economic Sustainability.
NTC merupakan platform perdana bagi HASiL, CTIM dan para peserta persidangan untuk berkongsi perkembangan terkini di samping membincangkan isu-isu semasa percukaian serta prospek ekonomi negara. Ia juga merupakan salah satu daripada program tahunan pendidikan cukai utama HASiL dan CTIM yang mendapat sambutan menggalakkan daripada golongan profesional termasuk pengamal percukaian, akauntan, juru audit, ahli korporat dan ahli akademik dari pusat pengajian tinggi tempatan.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, NTC 2023 akan berlangsung selama dua hari dengan menawarkan 25 mata CPD kepada para peserta yang mengikuti persidangan ini secara fizikal dan 20 mata CPD kepada para peserta yang mengikuti persidangan ini secara maya.
NTC 2023 membariskan panel,
speaker dan moderator yang hebat dalam kalangan ahli-ahli profesional, tokoh-tokoh ekonomi dan pegawai-pegawai kanan HASiL antaranya ialah YB Tuan Mohd Rafizi Ramli (Menteri Ekonomi), YBhg. Datuk Dr. Mohd Nizom Sairi (Ketua Pegawai Eksekutif HASiL) dan Encik Chow Chee Yen (Presiden CTIM). Topik yang akan dibincangkan pada edisi kali ini termasuk kelestarian ekonomi, pematuhan cukai secara sukarela, insentif-insentif percukaian,
transfer pricing,
foreign source income dan lain-lain lagi.
Sehubungan itu, HASiL mengundang pembayar cukai, pengamal percukaian, akauntan, perancang kewangan, ahli akademik, setiausaha dan pengarah syarikat serta orang ramai yang berminat untuk menyertai persidangan ini bagi mengemaskini pengetahuan percukaian mereka.
Sebarang pertanyaan berkenaan NTC 2023 boleh diajukan melalui talian 03-8924 3600 di sambungan 132040 / 132331 atau layari portal rasmi HASiL di
www.hasil.gov.my atau klik pautan di bawah untuk sebarang keterangan lanjut:
https://www.hasil.gov.my/media/ecxgixxd/ntc-2023-brochure.pdfDikeluarkan Oleh:Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Tarikh: 05 Julai 2023SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGl:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA