Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  SSD PUSAT DATA SMART MODULAR TECHNOLOGIES DITETAPKAN SEBAGAI OCP INSPIRED™ OLEH OPEN COMPUTE PROJECT

Friday 14/07/2023



Table



Pemacu litar elektronik pusat data DC4800 SMART Modular telah diterima sebagai produk OCP Inspired™ dan akan ditampilkan pada laman web OCP dalam bahagian Marketplace. Hanya produk yang mematuhi 100% spesifikasi ketat OCP dipilih selepas proses yang teliti yang menunjukkan kecekapan, keterbukaan, impak dan skala produk.


Produk DC4800 PCIe Gen4 NVMe SMART direka bentuk untuk memenuhi permintaan ketat yang dibuat terhadap sistem storan dalam pusat data hiperskala, hiperfokus, perusahaan dan pinggir

BANDAR TAIPEI BARU, Taiwan, 14 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SMART Modular Technologies, Inc. (“SMART”), bahagian SGH (Nasdaq: SGH) dan peneraju global dalam penyelesaian memori, pemacu litar elektronik dan memori lanjutan mengumumkan bahawa Open Compute Project (OCP) telah menerima pemacu litar elektronik (SSD) pusat data DC4800 SMART sebagai produk OCP Inspired dan akan ditampilkan pada laman web OCP dalam bahagian Marketplace. Hanya produk yang mematuhi 100% spesifikasi ketat OCP dipilih selepas proses yang teliti yang menunjukkan kecekapan, keterbukaan, impak dan skala produk.

DC4800 SMART mewakili kelas baharu SSD pusat data yang berprestasi tinggi dan cekap kuasa. Keluarga pemacu kelas pusat data PCIe Gen 4 ini direka bentuk untuk mematuhi standard storan pusat data NVMe OCP dan boleh didapati dalam kapasiti hingga 7.68TB dalam faktor bentuk U.2 dan E1.S.

“SSD patuh OCP menjadi standard baharu untuk penggunaan storan perusahaan klasik dan pusat data, yang merupakan bukti betapa pentingnya standard tersebut,” kata Andy Mills, pengarah kanan pembangunan produk lanjutan di SMART. “Open Compute Project mewakili usaha kerjasama sebenar bagi menerajui inovasi dalam industri teknologi dan kami berbangga bahawa kini produk DC4800 kami telah menyertai barisan produk OCP Inspired.”

Dengan mereka bentuk mengikut standard OCP, pangkalan pengguna SSD pusat data kelas perusahaan yang semakin berkembang diberi jaminan bahawa DC4800 kelas OCP melangkaui standard NVMe asas dengan merangkumi pengurusan tambahan, LED dan keperluan berkaitan faktor bentuk lain yang seterusnya membantu dalam memacu tahap penstandardan yang lebih tinggi untuk pelayan pusat data dan peralatan lain yang menggunakan SSD kelas OCP.

Peranti DC4800 dihasilkan dengan pengawal SSD dipercepat perkakasan khusus yang menggunakan kurang kuasa tanpa menjejaskan prestasi input/output (I/O) storan. Seni bina baharu yang unik ini menghasilkan pendikit teraruh haba hampir sifar, yang membolehkan SSD ini berfungsi dengan lebih baik di bawah tekanan berterusan, walaupun apabila ia ditolak hingga had prestasinya. Ini seterusnya diterjemahkan kepada peningkatan penggunaan kuasa yang ketara bagi setiap pelayan, serta prestasi kependaman yang konsisten hingga 7 sembilan atau 99.99999% sepanjang masa.

OCP Foundation bertanggungjawab untuk memupuk, berkhidmat dan membenihkan Komuniti OCP bagi membangunkan penyelesaian terbuka baharu yang memenuhi keperluan pasaran dan membantu dalam membentuk masa depan penyelesaian pengkomputeran perusahaan. OCP berterusan melabur dalam inisiatif strategik yang menyediakan ekosistem IT untuk fleksi utama, seperti kecerdasan buatan (AI), pembelajaran mesin (ML), dan optik, penyelesaian pusat data mampan, pengurusan kuasa lanjutan, teknik penyejukan dan silikon boleh gubah. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati www.opencompute.org.

Maklumat tambahan tentang pemacu perusahaan DC4800 SMART boleh didapati di www.smartm.com.

*Gaya “S” dan “SMART” serta “SMART Modular Technologies” ialah tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar SMART Modular Technologies, Inc. Semua tanda dagangan dan tanda dagangan berdaftar lain ialah hak milik pemilik masing-masing.

Perihal SMART Modular Technologies, Inc.

Selama lebih daripada 30 tahun, SMART Modular Technologies telah membantu pelanggan di seluruh dunia mendayakan pengkomputeran berprestasi tinggi melalui reka bentuk, pembangunan dan pembungkusan lanjutan bagi penyelesaian memori khusus. Portfolio kukuh kami terdiri daripada teknologi canggih masa kini kepada produk storan DRAM dan Kilat yang standard dan lama. Kami menyediakan penyelesaian memori dan storan standard, lasak dan tersuai yang memenuhi keperluan penggunaan yang pelbagai dalam pasaran pertumbuhan tinggi.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20230712491477/en/

Maklumat hubungan

Maklumat Hubungan Pemasaran Produk
Andy Mills
SMART Modular Technologies
Pengarah Pembangunan Produk Lanjutan
39870 Eureka Dr., Newark, CA 94583
info@smartm.com

Maklumat Hubungan Media
APAC
Morris Yang
SMART Modular Technologies
Pengurus Pemasaran
+886 (2) 7705 2770
apac@smartm.com
 
Sumber: SMART Modular Technologies, Inc.

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.