Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  AMINVEST UMUM RM73.9 JUTA DALAM PENGAGIHAN PENDAPATAN

Thursday 20/07/2023



Table

Goh Wee Peng, Ketua Pegawai Eksekutif, AmFunds Management Berhad


KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) -- AmInvest telah mengumumkan pengagihan pendapatan untuk 19 unit amanah dan dana-dana borong dari Januari 2023 hingga Mac 2023. Jumlah pengagihan pendapatan bersih, merangkumi dana-dana konvensional dan patuh-Shariah dalam pelbagai kelas aset, adalah sebanyak lebih kurang RM73.9 juta.

AmInvest ialah jenama bagi perniagaan pengurusan dana AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. AmInvest ialah pengurus dana pemenang pelbagai anugerah yang berpangkalan di Malaysia dengan lebih 40 tahun pengalaman dalam pelaburan, menguruskan kedua-dua dana amanah konvensional dan patuh-Shariah, dana borong, mandat institusi, Dana Didagangkan di Bursa (“ETF”) dan Skim Persaraan Swasta.

“Kami gembira dapat menyampaikan pengagihan pendapatan ini kepada pelabur-pelabur kami yang dihargai walaupun berdepan dengan persekitaran pasaran yang mencabar. Kami sentiasa berwaspada dan memerhatikan impak iklim pelaburan global bagi memperhalusi dan memberi respons kepada keperluan pasaran tempatan, memanfaatkan sepenuhnya ketaktentuan pasaran dan menyampaikan pulangan jangka panjang kepada para pelabur,” kata Goh Wee Peng, Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Management Berhad.
 
Pengagihan pendapatan yang diumumkan untuk AmConservative (“Dana”), salah satu daripada dana-dana yang terlibat, menunjukkan kadar hasil pengagihan pendapatan yang tinggi sebanyak 101% disebabkan pengeluaran dan pengagihan wang pada Disember 2022 dan Januari 2023 berkaitan pelaburan Dana dalam bon-bon yang dikeluarkan oleh Aldwich Berhad, yang digambarkan dalam Nilai Aset Bersih (“NAB”) Dana untuk tempoh yang sama. Sementara itu, AmIncome Institutional 1 dan AmIslamic Institutional 1, setiap satunya merekodkan kadar hasil pengagihan pendapatan sebanyak 3.8%. 1
 
AmInvest terus dikenali kerana kepakarannya dalam menguruskan pelaburan dan baru-baru ini telah menerima pelbagai anugerah, termasuk Penyedia ETF Terbaik Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut oleh The Asset, Pengurus Dana Islam Terbaik Malaysia dan Firma Dana Insurans Terbaik Malaysia untuk tahun keenam berturut-turut oleh InsuranceAsia News dan Inisiatif Penglibatan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) Terbaik di Malaysia untuk tahun kedua berturut-turut oleh Asia Asset Management.2

Table

Nota: Prestasi masa lalu bukan petunjuk kepada prestasi masa hadapan. Pengagihan pendapatan yang disebutkan di atas tidak menunjukkan pengagihan masa depan. Harga unit dan pengagihan pendapatan dana yang boleh dibayar, jika ada, mungkin naik atau turun. Di mana pengagihan pendapatan diisytiharkan, pelabur adalah dinasihatkan bahawa berikutan pengagihan tersebut, Nilai Aset Bersih ("NAB") setiap unit akan dikurangkan daripada NAB merangkap pengagihan kepada NAB bekas pengagihan. Pelaburan dalam dana terdedah kepada risiko termasuk risiko kerugian modal kesuluruhan dan tiada pengagihan pendapatan. Sila rujuk Prospektus/Memorandum Maklumat termasuk mana-mana tambahan berikutannya dari semasa ke semasa dan Lembaran Maklumat Produk untuk maklumat lanjut mengenai risiko dana-dana masing.
 
 
Nota & Sumber:
1 Berdasarkan data yang dikumpulkan oleh Lipper, Refinitiv dan AmFunds Management Berhad, setakat 31 Mac 2023. Angka-angka prestasi dikira bersih daripada semua yuran, caj dan perbelanjaan kecuali caj kemasukan dan penalti keluar (jika ada). Prestasi masa lalu bukan petunjuk kepada prestasi masa hadapan.
2 Anugerah Pelaburan Lestari The Asset Triple A untuk Pelabur Institusi, ETF dan Penyedia Pengurusan Aset 2023 oleh Asset Publishing & Research Limited Berhad pada Mei 2023, Anugerah Pengurusan Aset Institusi InsuranceAsia News 2023 pada Mei 2023 dan Anugerah Pengurusan Aset Asia Terbaik Dari Yang Terbaik 2023 pada Februari 2023. Para pemberi anugerah yang dinyatakan di atas tidak mempunyai kaitan dengan AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. 

Penafi­an:
Bahan iklan ini disediakan untuk tujuan makluman sahaja dan tidak boleh diterbitkan, diedarkan, diterbitkan semula atau diedarkan secara keseluruhan atau sebahagian, sama ada secara langsung atau tidak langsung, kepada mana-mana orang tanpa kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada AmFunds Management Berhad [198601005272 (154432-A)] dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd. [200801029135 (830464-T)] (“AmInvest”). Bahan iklan tidak boleh ditafsirkan sebagai tawaran atau permohonan untuk pembelian atau penjualan mana-mana unit dalam dana AmInvest. Pelabur hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya untuk penggunaan dan pergantungan kepada apa-apa kandungan dalam bahan iklan ini. AmInvest dan kakitangannya tidak akan bertanggungjawab terhadap pelabur untuk sebarang kerosakan, kerugian langsung, tidak langsung atau berbangkit (termasuk kehilangan keuntungan), tuntutan, tindakan, permintaan, liabiliti yang pelabur alami atau prosiding dan penghakiman yang dibawa atau ditentukan terhadap pelabur, dan kos, caj dan perbelanjaan yang ditanggung oleh pelabur atau untuk sebarang keputusan pelaburan yang pelabur telah buat dengan bergantung pada kandungan atau maklumat dalam bahan iklan ini. Pelabur adalah dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan Prospektus Induk/Memorandum Maklumat, termasuk mana-mana tambahan berikutannya dari semasa ke semasa ("Prospektus/Memorandum Maklumat") dan Lembaran Maklumat Produk ("PHS"), boleh didapati di www.aminvest.com, sebelum membuat sesuatu keputusan pelaburan. Prospektus/Memorandum Maklumat dan PHS tersebut telah didaftarkan/diserahkan dengan/kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungannya. Kelulusan atau kebenaran Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, atau pendaftaran, penyimpanan atau penyerahan Prospektus/ Memorandum Maklumat dan PHS tidak bermakna atau menunjukkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mencadangkan atau mengendors dana tersebut. Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak menyemak bahan iklan ini. Pelabur mungkin mahu mendapatkan nasihat daripada penasihat profesional sebelum membuat pelaburan. Prestasi masa lalu bukan petunjuk kepada prestasi masa hadapan. Harga unit dan pengagihan pendapatan dana yang boleh dibayar, jika ada, mungkin naik atau turun. Di mana pemecahan/pengagihan unit diisytiharkan, pelabur adalah dinasihatkan bahawa berikutan terbitan unit/pengagihan tambahan, Nilai Aset Bersih ("NAB") setiap unit akan dikurangkan daripada NAB pemecahan pra unit/NAB merangkap pengagihan kepada NAB pemecahan pasca unit/NAB bekas pengagihan. Sila ambil perhatian bahawa jika pemecahan unit diisytiharkan, nilai pelaburan pelabur dalam Ringgit Malaysia akan kekal tidak berubah selepas pengagihan unit tambahan tersebut. Sila rujuk Prospektus/Memorandum Maklumat untuk maklumat terperinci mengenai risiko khusus dana tersebut. Pelabur dinasihatkan untuk mempertimbangkan risiko ini dan risiko am lain yang telah dihuraikan, serta yuran, caj dan perbelanjaan yang terlibat. Walaupun dana patuh Syariah kami telah distrukturkan untuk mematuhi prinsip Syariah, pelabur harus mendapatkan nasihat Syariah yang lain sebelum melabur dalam mana-mana dana patuh Syariah kami. Bahan iklan ini boleh diterjemahkan ke dalam bahasa selain bahasa Inggeris. Sekiranya berlaku sebarang pertikaian atau kekeliruan yang timbul daripada versi terjemahan bahan iklan ini, versi bahasa Inggeris akan diguna pakai. Notis Privasi AmInvest boleh diakses melalui www.aminvest.com. Para pemberi anugerah yang dinyatakan di atas tidak mempunyai kaitan dengan AmFunds Management Berhad dan AmIslamic Funds Management Sdn. Bhd.
 
SUMBER : AmBank Group​

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Nancy Chow
Naib Presiden Kanan, Komunikasi & Pemasaran Korporat
AmInvest
Tel : 012-2148768
Email : nancy-chow@ambankgroup.com

--BERNAMA

 
 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.