Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  TAWARAN BAYARAN ANSURAN AMAUN TUNGGAKAN CUKAI BAGI TAHUN KEBELAKANGAN DAN KELONGGARAN PELEPASAN SEMENTARA SEKATAN PERJALANAN

Wednesday 26/07/2023



KUALA LUMPUR, 26 Julai (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa pembayar cukai boleh membuat permohonan bayaran secara ansuran amaun tunggakan Cukai Pendapatan (CP) dan Cukai Keuntungan Harta Tanah (CKHT) bagi tahun kebelakangan tanpa dikenakan kenaikan cukai. Permohonan ini telah boleh dibuat mulai 06 Jun 2023 sehingga 31 Mei 2024, iaitu sepanjang tempoh Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS) 2.0 berlangsung.

Permohonan bayaran secara ansuran bagi amaun tunggakan cukai tahun kebelakangan ini perlu dibuat secara bertulis dan boleh dikemukakan ke pejabat HASiL yang berhampiran atau di mana fail pembayar cukai dikendalikan bagi tujuan semakan dan kelulusan. Selain itu, pembayar cukai juga boleh mengemukakan permohonan secara dalam talian dengan menggunakan Borang Maklum Balas Pelanggan menerusi platform MyTax di Portal Rasmi HASiL.

Sebagai maklumat tambahan, dokumen sokongan tidak perlu dikemukakan bagi permohonan ini sekiranya penyelesaian amaun dibuat dalam tempoh pelaksanaan PKPS 2.0. Pembayar cukai akan diberikan kelonggaran pelepasan sementara sekatan perjalanan di bawah Seksyen 104 Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967) bagi bayaran ansuran tunggakan cukai yang dibuat secara konsisten dan mematuhi jadual bayaran yang telah ditetapkan oleh HASiL. Kegagalan mematuhi syarat bayaran yang telah ditetapkan boleh mengakibatkan kenaikan cukai dikenakan.

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
 
a)         Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b)         HASiL Live Chat; dan
c)         Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh: 26 Julai 2023

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.