|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
PERKHIDMATAN KAUNTER HASIL LOKALITI KOTA KINABALU AKAN BEROPERASI DI LOKASI BAHARU MULAI 31 JULAI 2023
Friday 28/07/2023
KUALA LUMPUR, 28 Julai (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) ingin memaklumkan bahawa perkhidmatan Kaunter HASiL meliputi Kaunter Setempat dan Kaunter Duti Setem serta Kaunter Pusat Pengurusan Terimaan HASiL (PPTH) lokaliti Kota Kinabalu akan mula beroperasi di lokasi baharu bertempat di Menara HASiL Kota Kinabalu mulai 31 Julai 2023. Kaunter Duti Setem dan Kaunter PPTH akan beroperasi di Aras Tanah (G) manakala Kaunter Setempat akan beroperasi di Aras Mezanin (M) Menara HASiL Kota Kinabalu.
Pemindahan lokasi perkhidmatan Kaunter HASiL yang sebelum ini beroperasi di Dewan HASiL Kota Kinabalu adalah berikutan kerja-kerja pengubahsuaian, pembaikan dan penyelenggaraan di Menara HASiL Kota Kinabalu yang telah selesai sepenuhnya. Adalah diharapkan dengan pemindahan ini, keselesaan pelanggan semasa berurusan dengan HASiL dapat dipertingkatkan serta membolehkan HASiL memberikan perkhidmatan percukaian yang terbaik kepada pelanggan.
Waktu operasi kaunter-kaunter perkhidmatan HASiL tersebut adalah seperti yang berikut:

Para pelanggan turut digalakkan untuk menggunakan perkhidmatan secara dalam talian sebagai alternatif bagi sebarang urusan percukaian berkaitan dengan HASiL melalui portal rasmi di www.hasil.gov.my.
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui: a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara); b) HASiL Live Chat; dan c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public
Dikeluarkan Oleh: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Tarikh: 28 Julai 2023
SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara) Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000 Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|