|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
MEDISCA MENGEMBANGKAN PERKONGSIAN STRATEGIK UNTUK MENDORONG CAPAIAN PESAKIT KEPADA UBAT-UBATAN KRITIKAL
Friday 28/07/2023
MONTREAL, 28 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Medisca telah mengumumkan pengembangan rangkaian perkongsian strategik yang bertujuan untuk menjamin dan menstabilkan capaian seluruh dunia kepada bahan farmaseutikal aktif (API) berkualiti tinggi untuk penyediaan ubat-ubatan penting. Misi ini dimulai dengan perkongsian eksklusif untuk Tiroid USP pada tahun 2021, dan kini telah berkembang untuk menyertakan Progesteron USP (Termikro Khas), Testosteron USP (Termikro), Natrium Diclofenac USP dan Ketamine hidroklorida USP.
Beberapa tahun kebelakangan ini, Medisca telah menyaksikan peningkatan ketara dalam permintaan untuk API ini disebabkan punca-punca utama seperti kekurangan ubat komersial serta keperluan untuk produk yang layak dan didokumen dengan telus. Dengan melibatkan diri secara aktif dalam perkongsian strategik, Medisca mengukuhkan kedudukannya sebagai Rakan Kongsi Kesejahteraan sejati dan pendorong dalam mendapatkan bekalan produk berkualiti tinggi untuk industri penyebatian farmaseutikal dan penjagaan kesihatan.
"Kami berpegang teguh terhadap komitmen kami untuk mempromosikan bidang penyebatian farmaseutikal sebagai penyelesaian yang sah, berkesan dan penting untuk penyedia penjagaan kesihatan yang berusaha untuk mengatasi cabaran dalam kebolehcapaian ubat-ubatan dan berusaha untuk menyediakan pilihan transformatif untuk penjagaan pesakit yang diperibadikan," kata Panagiota Danopoulos, Naib Presiden Kanan Strategi & Inovasi Global di Medisca. "Untuk mencapai matlamat ini, kami meneruskan misi kami untuk menjalinkan perkongsian dengan peneraju dalam pembuatan API yang disatukan oleh komitmen yang sama terhadap kualiti, konsistensi dan nilai," sambung Danopoulos
Untuk meneliti rakan-rakan kongsi yang jitu, Medisca menjalankan penilaian wajar yang menyeluruh untuk memastikan langkah berkualiti tertinggi dipenuhi oleh sumber. Semua rakan-rakan kongsi menjalani program kelayakan vendor yang ketat dengan bukti pendaftaran FDA, perjanjian kualiti diwujudkan, dan ujian yang dilakukan untuk mengesahkan kualiti produk termasuk, ujian “compendial” USP penuh, ujian bendasing unsur, ujian sisa pelarut serta ujian saiz zarah untuk produk termikro.
Dengan memanfaatkan perkongsian kukuh ini dalam pembuatan API dan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa kerajaan, Medisca dapat menyokong capaian pasaran kepada API penting dan menangani keperluan kritikal penyedia penjagaan kesihatan dan pesakit di seluruh dunia.
Mengenai Medisca
Medisca ialah sebuah syarikat global yang mempunyai lokasi di seluruh Amerika Utara, Australia dan Eropah, yang menyumbang kepada penjagaan kesihatan dengan memanfaatkan perkongsian kukuh yang memberikan penyelesaian tersuai dengan komitmen yang tidak berbelah bahagi terhadap kualiti dan inovasi. Disokong oleh pengalaman selama 30+ tahun dan asas yang kukuh dalam bekalan penyebatian farmaseutikal, Medisca ialah syarikat perniagaan kepada perniagaan yang menyampaikan tawaran komprehensif dengan memberikan nilai, konsistensi, tindak balas dan kesetiaan. Sebagai Rakan Kongsi dalam Kesejahteraan, Medisca menawarkan kesetiaan yang berterusan untuk menambah baik kehidupan merentas pelbagai keperluan dan masyarakat. Untuk maklumat lanjut, lawati www.medisca.com dan ikuti kami di LinkedIn, Facebook, Twitter, serta YouTube.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Lihat versi sumber di businesswire.com: https://www.businesswire.com/news/home/20230727308061/en/
Maklumat Perhubungan
Gayle Padvaiskas Naib Presiden, Pemasaran Global Medisca gpadvaiskas@medisca.com 1-800-665-6334 Sumber: Medisca
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|