ADGSOM1 & ADGMIN1  
       
  LAUNCH OF THE 50TH ANNIVERSARY CELEBRATION OF RUKUN NEGARA  
       
  KL SUMMIT 2019  
       
  HAWANA 2018  
       
  AES 2016  
       

 
 
 

Januari 17, 2025 -Jumaat

 
  FORUM KERJASAMA EKONOMI KAWASAN TELUK BESAR ASEAN-CHINA (QIANHAI) 2023 DIADAKAN DI QIANHAI, SHENZHEN

Monday 31/07/2023

AsiaNet 100250

SHENZHEN, China, 31 Julai /Xinhua-AsiaNet/ -- Forum Kerjasama Ekonomi Kawasan Teluk Besar (Greater Bay Area) ASEAN-China (Qianhai) 2023 telah diadakan di Qianhai, Shenzhen dari 29 hingga 30 Julai. Lebih 500 wakil politik dan perniagaan dari negara-negara ASEAN dan Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau menghadiri majlis perasmian dan acara-acara yang berkaitan. Enam perusahaan di bawah dewan perdagangan itu dari Kawasan Teluk Besar telah mencapai perjanjian pelaburan dan kerjasama dengan ASEAN, dengan pelaburan diingini yang ditandatangani berjumlah 3.5 bilion yuan, dengan menghasilkan jumlah perdagangan dua hala sebanyak 7 bilion yuan.

China dan ASEAN sudah pun menjadi rakan dagang terbesar di antara satu sama lain. Pada 22 November, 2021, penubuhan satu perkongsian strategik yang menyeluruh di antara China dan ASEAN telah diumumkan secara rasmi untuk membina sebuah komuniti China-ASEAN yang lebih rapat dengan satu masa depan yang dikongsi bersama.

Pada majlis perasmian bagi Forum itu, Persatuan Dewan Perniagaan ASEAN-Kawasan Teluk Besar dan Perkongsian Kerjasama Badan Pemikir ASEAN-China telah ditubuhkan, dan Inisiatif Kerjasama Ekonomi Kawasan Teluk Besar ASEAN telah diumumkan. Inisiatif itu mencadangkan untuk mewujudkan sebuah platform dialog bagi kerjasama ekonomi, mengukuhkan kerjasama perindustrian dan pelaburan, menggalakkan kerjasama di dalam bidang inovasi saintifik dan teknologi dan transformasi bagi pencapaian teknologi, mengukuhkan pertukaran dan kerjasama di antara persatuan-persatuan perniagaan di rantau itu, dan menggalakkan pertukaran bakat dan kebudayaan di antara Kawasan Teluk Besar dan ASEAN.

Shi Zhongjun, Setiausaha Agung bagi Pusat ASEAN-China, berkata dalam ucapan alu-aluan beliau bahawa pegawai-pegawai kerajaan, persatuan perniagaan, badan pemikir, dan wakil perusahaan dari China dan negara anggota ASEAN telah berkumpul di Qianhai dan akan mengadakan pertukaran dan perbincangan mendalam di dalam beberapa forum dan aktiviti pemadanan industri dalam tempoh dua hari untuk menawarkan nasihat dan cadangan bagi menggalakkan kerjasama dan pembangunan di antara Kawasan Teluk Besar dan negara-negara ASEAN di dalam bidang kewangan, e-dagang, ekonomi digital, sains dan inovasi teknologi, dan lain-lain.

Wang Shourui, Naib Datuk Bandar Kerajaan Rakyat Perbandaran Shenzhen, berkata Forum ini akan membantu membina sebuah platform yang lebih luas dan cekap untuk kerjasama dan pertukaran ekonomi di antara ASEAN dan Kawasan Teluk Besar serta mengukuhkan lagi dialog dan kerjasama di dalam bidang seperti inovasi saintifik dan teknologi, pelaburan ekonomi dan perdagangan, dll. Shenzhen akan memainkan peranannya yang sepenuhnya sebagai penghubung penting di antara China dan ASEAN, merebut peluang yang dibawa oleh Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP), memperdalam kerjasama komprehensif dengan negara-negara ASEAN di dalam bidang perniagaan, perdagangan, bandar raya pintar, kenderaan bertenaga baharu dan kawasan lain, dan menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan serta ketersambungan rakyat ke rakyat di antara Kawasan Teluk Besar dan ASEAN supaya bersama-sama membina dan berkongsi sebuah kediaman yang makmur.

Duta-duta besar dan wakil kerajaan dari Malaysia, Thailand, Brunei, Indonesia, Myanmar dan Filipina menyampaikan ucaptama. Ucapan oleh wakil daripada Dewan Perniagaan China Bersekutu dan Industri Malaysia, Persatuan Filipina bagi Kajian China dan Kumpulan Bahan Pembinaan GRC Indonesia mengesahkan bahawa Qianhai, tempat di mana Forum itu diadakan, akan menyediakan sebuah pasaran yang luas dan peluang tanpa had untuk perusahaan. Mereka semua tidak sabar untuk datang ke Kawasan Teluk Besar dan Qianhai untuk melabur, membangun dan memenangi sebuah masa depan yang lebih baik bersama-sama.

Qianhai akan menggunakan sepenuhnya peluang yang dibawa oleh penganjuran Forum ini, memberikan tumpuan seluruh tenaga untuk melakukan sesuatu untuk membina sebuah hab pintu masuk untuk membuka diri kepada dunia, secara aktif membina platform untuk kerjasama ekonomi dan dialog, memperdalamkan kerjasama industri dan pelaburan, menggalakkan transformasi bagi pencapaian teknologi, dan menyumbang kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan serta perhubungan rakyat ke rakyat di antara Kawasan Teluk Besar dan ASEAN.
 
Sumber: Forum Kerjasama Ekonomi Kawasan Teluk Besar ASEAN-China  (Qianhai) 2023

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.