|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
MEMPERTINGKATKAN CX: ZEGOCLOUD BAKAL MEMPAMERKAN INTERAKSI MASA NYATA DAN AVATAR MAYA DI SIDANG KEMUNCAK CX DUNIA SINGAPURA
Monday 31/07/2023
SINGAPURA, 31 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- ZEGOCLOUD, penyedia perkhidmatan komunikasi awan global terkemuka, teruja untuk mengumumkan penyertaan mereka dalam Sidang Kemuncak CX Dunia Singapura pada 2 dan 3 Ogos.
Sidang Kemuncak CX Dunia di Singapura mengumpulkan peneraju dalam pengalaman pelanggan, pemasaran, dan pakar teknologi untuk menjelajahi cara wawasan dan inovasi boleh mengubah strategi CX. Sidang kemuncak ini menyentuh beberapa topik, termasuk cara AI boleh mempertingkatkan pengalaman pelanggan, masa depan CX dalam metamesta, pemeribadian hiper dan keterlibatan pelanggan saluran semua arah.
Dalam persekitaran perniagaan yang berkembang pesat pada hari ini, pelanggan menjangkakan respons segera daripada perniagaan, dan teknologi komunikasi dan interaksi masa nyata boleh membantu syarikat memenuhi jangkaan tersebut. Sebagai contoh, sembang langsung boleh memberikan bantuan pelanggan segera, sementara persidangan video dan realiti terimbuh boleh mewujudkan pengalaman pelanggan yang mendalam.
Di Sidang Kemuncak CX, ZEGOCLOUD akan mempamerkan penyelesaian Avatar Maya dan Manusia Digital serta teknologi audio dan sembang video masa nyata kependaman rendah mereka yang berkualiti tinggi. SDK Avatar ZEGO dilengkapkan dengan ciri teks kepada pertuturan. Algoritma AI terbenam teknologi ini boleh mengenali teks bertulis dan membuatkan Avatar memaparkan bentuk mulut dan gaya percakapan yang sepadan sambil menggunakan kebolehan teks kepada pertuturan untuk memainkan audio yang sepadan.
Dengan menyepadukan avatar TTS bersama pengalaman pelanggan, perniagaan boleh menyediakan perkhidmatan pelanggan yang konsisten merentas semua saluran komunikasi selama 24/7 dan mensimulasikan respons mirip manusia. Penggunaan avatar TTS boleh merendahkan kos perniagaan, mempertingkatkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan, meningkatkan jualan dan hasil, serta memperbaik imej jenama syarikat.
"Dengan memanfaatkan teknologi ini, perniagaan akan memiliki kuasa untuk menjadikan setiap interaksi pelanggan segera, lancar, pintar dan dihiperperibadikan, sama sekali mengubah perkara yang dijangkakan oleh pelanggan daripada perkhidmatan dan pengalaman pelanggan," kata Kuk Jiang, pengasas bersama ZEGOCLOUD. "Kami berharap untuk menyertai banyak perbualan yang menarik dan mendalam dengan perusahaan di Sidang Kemuncak CX Singapura."
Penyertaan ZEGOCLOUD dalam Sidang Kemuncak CX Dunia Singapura menandakan komitmen mereka terhadap inovasi dan kecemerlangan dalam komunikasi awan dan pengalaman pelanggan. Jangan lepaskan peluang ini untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyelesaian terkini ZEGOCLOUD dan cara penyelesaian ini boleh mengubah perniagaan anda.
Perihal ZEGOCLOUD
ZEGOCLOUD merevolusikan keterlibatan maya dengan perkhidmatan interaksi masa nyata untuk komunikasi awan yang mudah, menghubungkan perusahaan, pasukan, pelanggan dan pengguna. Mereka menyediakan asas kepada perniagaan dan pembangun untuk membina RTI dalam aplikasi mereka merentas Internet mudah alih dan metamesta.
Ikuti ZEGOCLOUD - https://www.linkedin.com/company/zegocloud/
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Maklumat Perhubungan
Tanya Quan tanya.quan@zegocloud.com Sumber: ZEGOCLOUD
--BERNAMA
|
|
|
|
|
|