Program Pembiayaan Peniaga dan Pengedar UOB bertujuan memanfaatkan lebih 1,000 peruncit tempatanKUALA LUMPUR, Malaysia, 9 Ogos (Bernama) -- UOB Malaysia hari ini mengumumkan perkongsian strategik dengan PETRONAS Dagangan Berhad dan anak syarikatnya, PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd. Melalui Program Pembiayaan Peniaga dan Pengedar UOB, kerjasama ini bertujuan memperkasakan rantaian bekalan ekosistem untuk peniaga dan pengedar di bawah PETRONAS Dagangan dan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) dengan menyediakan pembiayaan hujung ke hujung kepada lebih 1,000 peruncit tempatan.
Program ini diperkenalkan supaya peniaga dan pengedar dalam ekosistem mendapat akses kepada lebih banyak peluang pembiayaan. Ia menawarkan pembiayaan modal kerja dan perbelanjaan modal, serta jaminan bank dan penyelesaian pengurusan tunai untuk mengembangkan operasi pengedar dan kedai runcit mereka di seluruh negara.
Encik Andy Cheah, Pengarah Urusan dan Ketua Negara Perbankan Borong, UOB Malaysia, berkata, “Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang kami kepada PETRONAS, kami berbesar hati membantu anak syarikatnya dalam mengukuhkan kemantapan pengurusan rantaian bekalan mereka. Melalui penyelesaian inovatif dan komprehensif UOB, kami berupaya menyokong keperluan kewangan keseluruhan rantaian nilai PETRONAS Dagangan dan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia). Kami tetap membuka peluang baharu selain menghubungkan syarikat-syarikat untuk berkembang di dalam dan di seluruh rantau ini.”
Encik Khalil Jaffri Muhammad Muri, Ketua Pegawai Operasi, PETRONAS Dagangan Berhad, menambah, “Kami gembira dapat bekerjasama dengan UOB Malaysia, justeru memanfaatkan kepakaran kewangan mereka dalam menyediakan kestabilan dan keselamatan kewangan kepada rangkaian peniaga dan pengedar kami. Kami percaya kerjasama ini bukan sahaja akan mengukuhkan perniagaan rakan kongsi kami, malah ia juga akan meningkatkan pengalaman pelanggan secara keseluruhan, memastikan akses yang lebih mudah dan lebih baik kepada rangkaian tawaran kami.”
Di samping itu, peniaga dan pengedar PETRONAS Dagangan dan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) di bawah Program ini akan meraih manfaat daripada pengurusan rantaian bekalan kewangan (FSCM) serta rangkaian penyelesaian berasaskan ekosistem UOB Malaysia. Melalui keupayaan pengurusan tunai UOB Malaysia dan platform perbankan digitalnya - UOB Infinity
¹
, peniaga dan pengedar PETRONAS Dagangan dan PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) juga akan dilengkapi dengan keterlihatan dan automasi hujung ke hujung bagi keseluruhan rantaian bekalan kewangan mereka.
Encik Lucas Chew, Pengarah Eksekutif dan Ketua Negara Perbankan Transaksi, UOB Malaysia berkata, “Penyelesaian kami disasarkan untuk menangani masalah yang dihadapi perniagaan dan ekosistemnya, yang mana dengan sendirinya mungkin menghadapi cabaran memperoleh bantuan kewangan dan pengurusan tunai yang amat diperlukan untuk mengembangkan operasi mereka. Kami menubuhkan Program Pembiayaan Vendor UOB pada 2019 dengan kerjasama PETRONAS untuk menyediakan pembiayaan bagi rantaian nilai huluan mereka. Kami kini berharap untuk memberi sokongan yang sama kepada rantaian nilai hiliran mereka melalui Program Pembiayaan Peniaga dan Pengedar UOB yang akan terus memanfaatkan ekosistem PETRONAS di negara ini.”
Mengenai UOB MalaysiaUOB Malaysia diiktiraf sebagai antara bank utama di Malaysia dengan penarafan AAA jangka panjang dari Ratings Agency of Malaysia. Ia telah memantapkan kedudukannya selama lebih tujuh dekad di negara ini dan mempunyai 55 cawangan di seluruh negara, menawarkan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islam kepada para pelanggannya.
UOB Malaysia adalah anak syarikat UOB, sebuah bank terkemuka di Asia dengan rangkaian global sekitar 500 pejabat di 19 negara dan wilayah di Asia Pasifik, Eropah dan Amerika Utara. UOB telah mengamalkan pendekatan berpusatkan pelanggan bagi mewujudkan nilai jangka panjang supaya kekal relevan, melalui semangat keusahawanan dan melakukan segala yang diperlukan bagi pelanggannya. UOB memberi tumpuan kepada pembinaan masa depan ASEAN – untuk rakyat dan perniagaan di dalam, dan yang berhubung dengan ASEAN.
Dengan jejak serantau yang tiada tandingannya, Bank dapat menghubungkan perniagaan kepada peluang di rantau ini. Bank juga memanfaatkan data dan maklumat bagi memperkenalkan pembaharuan serta mewujudkan pengalaman dan penyelesaian perbankan yang diperibadikan demi memenuhi keperluan unik dan pilihan pelanggan yang sentiasa berubah. UOB juga komited membantu perniagaan menempa masa depan yang mampan, dengan memupuk keterangkuman sosial, mewujudkan impak alam sekitar yang positif dan mencapai kemajuan ekonomi. UOB berusaha menjadi penyedia perkhidmatan kewangan yang bertanggungjawab dan teguh dalam menyokong seni, pembangunan sosial kanak-kanak dan pendidikan, melakukan segala yang diperlukan demi komuniti dan pihak berkepentingannya.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.uob.com.my ¹
Pada 10 Ogos 2022, UOB Malaysia melancarkan UOB Infinity untuk mengubah pengalaman perbankan digital pelanggan korporatnya.SUMBER: UOB Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:Nama: Nizam Arop
Brand, Media and Communications
Tel: 603- 2638 6304/ 6017-333 6329
E-mel: nizam.arop@uob.com.my Nama: Sharie Elina Ibrahim
Brand, Media and Communications
Tel: 603-2638 6589/ 6012-682 6300
E-mel: sharie.elina@uob.com.my
--BERNAMA