|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
TTI MENYAMPAIKAN PRESTASI PENCAPAIAN SEPARUH PERTAMA TAHUN 2023 YANG KUKUH
Thursday 10/08/2023
HONG KONG, 10 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Peneraju global dalam Alatan Profesional, Alatan DIY dan Kelengkapan Berkuasa Luar tanpa kord, Techtronic Industries Co. Ltd. (“TTI” atau “Kumpulan”) (kod saham: 669, OTCQX: TTNDY, TTNDF) dengan sukacitanya mengumumkan prestasi pencapaian untuk enam bulan pertama yang berakhir pada 30 Jun 2023.
Kumpulan menyampaikan pencapaian untuk separuh pertama tahun 2023, berjaya mengatasi jangkauan pasaran dalam prestasi jualan dan penjanaan keuntungan, sambil mengurangkan inventori dan membentangkan aliran tunai bebas yang amat baik. Jualan keseluruhan merosot sebanyak 2.2% dalam mata wang yang dilaporkan dan 1.0% dalam mata wang tempatan, kepada AS$6.9 bilion. Perniagaan Utama MILWAUKEE TTI berkembang 8.7% dalam mata wang tempatan, manakala perniagaan Pengguna turun rendah sebanyak dua digit, sebahagiannya didorong oleh inisiatif pengurangan inventori dalam rangkaian dan pelanggan.
- TTI menyampaikan pencapaian untuk separuh pertama tahun 2023, berjaya mengatasi jangkauan pasaran dalam prestasi jualan dan penjanaan keuntungan, sambil mengurangkan inventori dan membentangkan aliran tunai bebas yang amat baik
- Perniagaan Utama MILWAUKEE kami, yang merupakan jenama alat berkuasa profesional global #1, berjaya mengatasi prestasi pasaran dengan pertumbuhan sebanyak 8.7% dalam mata wang tempatan
- Berjaya mengurangkan inventori dari separuh pertama tahun 2022 sebanyak AS$651 juta
- Membentangkan rekod Aliran Tunai Bebas separuh pertama sebanyak AS$301 juta, peningkatan sebanyak AS$649 juta berbanding separuh pertama tahun 2022
- Margin Kasar bertambah untuk separuh pertama yang ke-15 secara berturut-turut kepada 39.3%, peningkatan sebanyak 22 mata asas
 TTI berjaya mengatasi prestasi pasaran pada separuh pertama tahun 2023 di seluruh dunia. Amerika Utara merosot sebanyak 3.9% bagi jualan dalam mata wang tempatan. Eropah, yang diterajui oleh pasukan pengurusan bertaraf dunia kami, berkembang 10.1% dalam mata wang tempatan. Bahagian Dunia yang Lain, menampilkan Australia dan Asia, menyampaikan pertumbuhan sebanyak 5.7% dalam mata wang tempatan.
Margin Kasar meningkat sebanyak 22 mata asas berbanding separuh pertama tahun 2022, disebabkan gabungan lebih besar dengan margin Kumpulan yang lebih tinggi daripada inisiatif perniagaan dan produktiviti MILWAUKEE, ditambah pula dengan prestasi cemerlang secara berterusan perniagaan bateri selepas pasaran yang memperoleh margin tinggi.
Encik Horst Pudwill, Pengerusi TTI, berkata, “Kami terus komited terhadap strategi kami untuk melabur dalam teknologi yang lebih baik dan produk baharu yang canggih bagi memacu pertumbuhan kami. Saya yakin kami berada pada kedudukan yang baik untuk terus mengatasi jangkauan pasaran pada separuh kedua tahun 2023 dan seterusnya.”
Encik Joseph Galli, Ketua Pegawai Eksekutif TTI, mengulas, “Di TTI, kami terus mendorong diri kami untuk menjadi bertambah baik. Kami berjaya mengatasi persaingan dalam jualan, memacu pengurangan inventori yang banyak dan menjana aliran tunai bebas yang positif, sambil meneruskan pelaburan untuk masa akan datang.”
Pernyataan Pandang ke Hadapan
Pengumuman ini mengandungi pernyataan pandang ke hadapan yang tertentu atau menggunakan istilah pandang ke hadapan yang tertentu, berdasarkan jangkaan semasa, anggaran, unjuran, kepercayaan dan andaian TTI tentang perniagaan dan pasaran, di tempat Kumpulan beroperasi dan mencerminkan pandangan TTI pada tarikh pengumuman ini. Pernyataan pandang ke hadapan ini bukan jaminan prestasi masa akan datang dan adalah tertakluk kepada risiko pasaran, ketidaktentuan dan faktor di luar kawalan TTI. Oleh itu, hasil dan pulangan sebenar mungkin berbeza dengan banyak daripada andaian yang dibuat dan pernyataan yang terdapat dalam pengumuman ini.
Maklumat Tentang TTI
TTI ialah peneraju dunia dalam teknologi tanpa kord yang merangkumi Alatan Berkuasa, Kelengkapan Berkuasa Luar, Produk Penjagaan Lantai dan Pembersihan untuk Dilakukan Sendiri (DIY), pengguna, profesional dan pengguna industri dalam industri rumah, pembinaan, penyelenggaraan, perindustrian dan infrastruktur. Syarikat mempunyai asas yang dibina di atas empat pemacu strategik – Jenama Mantap, Produk Berinovatif, Warga Kerja Luar Biasa dan Kecemerlangan Operasi - mencerminkan wawasan jangka panjang yang luas untuk memajukan teknologi tanpa kord. Strategi pertumbuhan global untuk usaha berterusan terhadap inovasi produk telah membawa TTI ke hadapan dalam industri ini sambil mengekalkan standard alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat yang tinggi. Portfolio jenama TTI yang mantap termasuk alatan berkuasa MILWAUKEE, RYOBI dan AEG, aksesori dan alatan tangan, produk kegunaan luar RYOBI, susun atur dan produk pengukuran EMPIRE, serta produk dan larutan penjagaan lantai HOOVER, VAX, DIRT DEVIL dan ORECK.
Diasaskan pada tahun 1985 dan disenaraikan di Bursa Saham Hong Kong Berhad pada tahun 1990, TTI ialah satu daripada saham konstituen Indeks Hang Seng, Indeks Penanda Aras Kelestarian Korporat Hang Seng, Indeks FTSE RAFI™ All-World 3000, Indeks FTSE4Good Developed dan Indeks MSCI ACWI. Syarikat juga berdagang di Pasaran Terbaik OTCQX di bawah simbol “TTNDY” dan “TTNDF”. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi www.ttigroup.com.
Semua tanda dagangan yang disenaraikan selain AEG, OTCQX dan RYOBI dimiliki oleh Kumpulan. AEG ialah tanda dagangan berdaftar AB Electrolux (publ.) dan digunakan di bawah lesen. OTCQX ialah tanda dagangan berdaftar OTC Markets Group Inc. RYOBI ialah tanda dagangan berdaftar Ryobi Limited dan digunakan di bawah lesen.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi
Untuk pertanyaan Perhubungan Pelabur:
Bahagian Hubungan Utama Perhubungan Pelabur TTI – Amerika Utara Ross Gilardi Timbalan Presiden Kanan, Kewangan & Perhubungan Pelabur E-mel: ross.gilardi@ttihq.com
Asia/Pasifik Perhubungan Pelabur TTI – Asia Jimmy Li Pengurus Kanan, Perhubungan Pelabur E-mel: jimmy.li@tti.com.hk
Sumber: Techtronic Industries Co. Ltd.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|