Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  PENGASAS PRYTANIA MEDIA MENDEDAHKAN DUA TAMBAHAN STUDIO AAA

Thursday 17/08/2023



Veteran Industri Dari Warner Brothers, 343 Industries, ArenaNet, Blizzard, Undead Labs Dan Banyak Lagi Menyertai Studio Baharu Prytania Media iaitu Fang & Claw dan Dawon Entertainment

NEW ORLEANS, 17 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Jeff Strain (pengasas bersama ArenaNet, pengasas bersama Undead Labs, Crop Circle Games, Possibility Space, pengasas bersama dan Presiden Studios, Prytania Media) dan Annie Delisi Strain (pengasas bersama Undead Labs, Crop Circle Games, Possibility Space, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif Prytania Media) berbesar hati untuk mendedahkan kepada umum dua tambahan studio AAA kepada keluarga studio Prytania Media.

Fang & Claw mencipta evolusi sukan tempur fantasi seterusnya untuk pasaran permainan berdaya saing yang berkembang pesat. Bersama pelaburan benih sebanyak $3 Juta oleh Transcend Fund, studio itu dibina di sekeliling pasukan veteran termasuk:

  • Jeremy Gaffney, Ketua Studio (pengasas bersama Turbine EntertainmentPengarah Kanan di Blizzard Entertainment)
  • Fleur Marty, Penerbit Eksekutif (Penerbit Eksekutif di WB Games Montreal)
  • Chris Venturini, Pengarah Kreatif (Pengarah Animasi di ArenaNet, Ketua Permainan di Undead Labs)
  • Horia Dociu, Pengarah Seni (Pengarah Seni Studio di 343 Industries dan Sucker Punch Productions)
  • Ben Scott, Pengarah Teknikal (Pengarah Teknikal dan Ketua Pegawai Teknologi Undead Labs)

Dawon Entertainment menyertai Prytania Media sebagai studio pasaran baharu muncul pertama kami yang diumumkan, berpangkalan di Bangalore, India. Diterajui oleh pengarah studio dan pereka permainan yang memenangi anugerah iaitu Whitney Beltrán, Dawon membina permainan yang tertumpu kepada budaya oleh pembangun India untuk pemain dari India, menghayati cerita, seni, muzik rakyat India yang menawan dan sektor teknologi canggih.

Fang & Claw dan Dawon Entertainment menyertai studio seinduk Possibility Space dan Crop Circle Games dalam senarai studio Prytania Media.

Maklumat Tentang Prytania Media

Diasaskan pada tahun 2021 oleh Annie Delisi Strain dan Jeff Strain, Prytania Media ialah portfolio bebas milik persendirian studio pembangunan AAA terpilih yang memberikan tumpuan kepada penciptaan permainan rintisan baharu pada skala global. Pada masa ini, kumpulan studio ini mempunyai lebih 150 kakitangan pembangunan permainan, perniagaan dan sokongan di seluruh dunia, Prytania Media juga secara aktif mengambil, melatih dan mengupah individu daripada latar belakang yang kurang mendapat perhatian/diabaikan masuk ke dalam keluarga studio kami melalui program Inisiatif Mosaic dan Pemegang Biasiswa Prytania Media kami.

Maklumat Tentang Crop Circle Games

Diasaskan pada tahun 2021 sebagai studio Prytania Media dan disokong oleh pelaburan peringkat awal berjumlah $23 Juta oleh Transcend Fund dan rakan kongsi strategik lain, Crop Circle Games menentukan permainan sandbox naratif generasi seterusnya untuk komuniti pemain global.

Maklumat Tentang Possibility Space

Diasaskan pada tahun 2021 sebagai studio Prytania Media dengan pelaburan benih sebanyak $3 Juta oleh Transcend Fund dan dalam perkongsian pembangunan dengan penerbit utama, Possibility Space memperkasa komuniti pencipta global dengan platform bertujuan memainkan peranan sosial baharu yang hebat.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

Pertanyaan media:
Elise Favis // Prytania Media
elise@prytania.co
 
Sumber: Prytania Media

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.