Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  MAJLIS PERASMIAN PEJABAT SATELIT LAHAD DATU DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN CSR LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL)

Thursday 17/08/2023



LAHAD DATU, 17 Ogos (Bernama) -- Satu Majlis Perasmian Pejabat Satelit Lahad Datu dan penyampaian sumbangan program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah diadakan di Blok A, Harbour Town, Jalan Pantai, Lahad Datu, Sabah. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL dengan kehadiran YBrs. Tn. Firuz Idzualdeen @ Benetty B. Mohd. Dzul, Pegawai Daerah Lahad Datu, barisan Timbalan-Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif HASiL, barisan pengurusan tertinggi HASiL dan tetamu jemputan sekitar Lahad Datu.
 
YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi dalam ucapan perasmiannya berkata, dalam usaha memperkukuhkan peranan serta fungsi HASiL, kewujudan Pejabat Satelit HASiL ini sangat penting sebagai medium penghubung antara kerajaan dan penduduk setempat khususnya dalam menyediakan pelbagai perkhidmatan percukaian dan khidmat nasihat kepada komuniti serta para penduduk yang tinggal berjauhan dari pejabat utama HASiL sekali gus memastikan elemen Awareness, Education dan Services (A.E.S) dapat diterapkan dengan lebih efisien kepada para pembayar cukai.
 
Beliau turut berkata, sehingga 31 Disember 2022 yang lalu, pejabat satelit ini telah berjaya mencatatkan rekod kutipan HASiL sebanyak RM6,544,612.80 pada tahun 2022 dan angka ini adalah yang tertinggi pernah direkodkan oleh Pejabat Satelit Lahad Datu sepanjang tempoh ia beroperasi. Pejabat Satelit ini telah mula beroperasi pada 10 Ogos 2020 dan berfungsi sebagai pusat sehenti (one stop centre) HASiL di bawah seliaan Pejabat Lokaliti Tawau.
 
Selaku pentadbir cukai langsung negara, HASiL turut bertanggungjawab dalam bersama-sama melestarikan aktiviti pembangunan masyarakat setempat seperti program CSR melalui persatuan dan kesatuan. HASiL melalui YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom bin Sairi telah menyampaikan sumbangan CSR berjumlah RM25,000.00 bagi tujuan pembangunan masjid dan surau di kawasan ini.
 
Senarai masjid dan surau yang menerima sumbangan daripada HASiL adalah seperti yang berikut:

1. MASJID RAYA LAHAD DATU
Jumlah Sumbangan: RM5,000.00
Nama Pengerusi: Encik Datu Ariffin Jurain
 
2. MASJID BABUL QHAIR, KAMPUNG KUNAK TIGA, KUNAK
Jumlah Sumbangan: RM5,000.00
Nama Pengerusi: Encik Abdul Kusen Hussen
 
3. MASJID NURUL IMAN, KAMPUNG SRI BAHAGIA, KUNAK
Jumlah Sumbangan: RM5,000.00
Nama Pengerusi: Encik Herman Bin Hassan
 
4. SURAU HAJI IMAM SAMBAWA, KAMPUNG ASLI BARU, KUNAK
Jumlah Sumbangan: RM5,000.00
Nama Pengerusi: KK. Abdul She Bin Hj. Imam Madnapi
 
5. SURAU AS-SAKINAH, KAMPUNG ULU LORMALONG, KUNAK
Jumlah Sumbangan: RM5,000.00
Nama Pengerusi: Encik Mohd Nizzam bin Huridi

Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat; dan

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/MaklumBalas/ms-my/public.

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh: 17 Ogos 2023

SUMBER : Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.