Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) MEWAJIBKAN PENGGUNAAN E-PERKHIDMATAN PERCUKAIAN SECARA BERPERINGKAT BERMULA 1 SEPTEMBER 2023

Tuesday 22/08/2023



KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) -- Sejajar dengan transformasi teknologi dan pendigitalan sistem perkhidmatan percukaian, Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan mewajibkan penggunaan e-Perkhidmatan bagi perkhidmatan-perkhidmatan percukaian yang telah disediakan secara dalam talian melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax secara berperingkat bermula 1 September 2023 untuk memperkasa dan melestari pendigitalan sistem penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
 
Pelaksanaan penggunaan e-Perkhidmatan secara mandatori ini adalah bagi menyokong hasrat kerajaan ke arah meningkatkan bilangan perkhidmatan secara dalam talian sepenuhnya dari proses mula hingga akhir; End-to-End (E2E) secara berperingkat dan sepenuhnya yang dijangka pada 1 Januari 2024. Ia juga merupakan salah satu usaha HASiL dalam menerapkan elemen Awareness, Education and Services (A.E.S.) di semua Kaunter Perkhidmatan HASiL. Para pembayar cukai adalah digalakkan untuk beralih kepada Perkhidmatan E2E ini dalam semua transaksi termasuk menggunakan kaedah-kaedah pembayaran secara dalam talian yang telah disediakan untuk membuat bayaran bagi memastikan segala transaksi yang direkodkan adalah selamat dan teratur.

Sebagai rujukan tambahan kepada pembayar cukai, senarai e-Perkhidmatan yang diwajibkan beserta penerangannya boleh didapati melalui pautan https://www.hasil.gov.my/e-perkhidmatan/ manakala panduan penggunaan e-Perkhidmatan boleh diakses melalui Portal MyTax di pautan https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna. 
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

 
Tarikh:  22 Ogos 2023  

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.