Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  BLACK & VEATCH MEMPERLUAS MEMORANDUM PERSEFAHAMAN DENGAN BECA UNTUK MENYEDIAKAN PENYELESAIAN YANG LEBIH LUAS DI SELURUH AUSTRALIA DAN NEW ZEALAND

Tuesday 22/08/2023



Memorandum Persefahaman (MoU) tersebut adalah sejajar dengan hasrat kedua-dua negara mempercepat pengawalan iklim melalui pengenalpastian peluang ekonomi yang dikongsi untuk menavigasi peralihan yang berjaya kepada pelepasan sifar bersih

MELBOURNE, Australia, 22 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Beca dan Black & Veatch akan mengembangkan kerjasama kedua-dua organisasi untuk menyampaikan penyelesaian kelestarian dan penyahkarbonan yang lebih luas di Australia dan New Zealand.

Perjanjian yang dikembangkan itu memberikan respons kepada permintaan yang semakin meningkat untuk penyelesaian infrastruktur yang berupaya menyesuaikan dan mengurangkan kesan terhadap impak perubahan iklim. MoU itu meliputi kerjasama dalam projek kejuruteraan dan pembinaan di seluruh kawasan termasuk air dan air kumbahan, tenaga boleh baharu, pengeluaran dan eksport hidrogen dan ammonia, perlombongan dan pemprosesan logam, pusat data, penghantaran dan pengagihan kuasa, pengecasan kenderaan elektrik, serta kemudahan makanan dan minuman.

Penyahkarbonan ialah proses yang amat kompleks, namun begitu, ini menjadi keperluan bagi mengurangkan impak iklim. Usaha untuk mencapai masa depan pelepasan sifar bersih memerlukan integrasi pelbagai teknologi yang lancar dan meluas. Melalui persediaan, perancangan dan pelaburan yang betul, kemajuan boleh dicapai oleh utiliti, pengeluar tenaga dan organisasi perindustrian dan komersial berintensifkan tenaga yang lain.

“Australia dan New Zealand menikmati peluang transformasi tenaga yang banyak dan pelaburan yang dirancang dengan baik dalam infrastruktur mampan boleh memberikan impak alam sekitar dan ekonomi yang ketara,” kata Narsingh Chaudhary, Presiden, Asia Pasifik dan India, Black & Veatch. “Menggabungkan pengalaman global kami dengan kehadiran dan pengalaman tempatan Beca yang begitu kukuh di rantau Australasia, kami berharap dapat mempercepat perjalanan ini dan melaksanakan projek kejuruteraan yang mencabar dari segi teknikal ini dalam usaha merealisasikan cita-cita penyahkarbonan dan memodenkan infrastruktur rantau ini.”

“Selama lebih lima tahun kami telah bekerjasama dalam projek air yang membentuk industri di seluruh Australia dan New Zealand, termasuk entiti air terkemuka seperti Air Melbourne (Melbourne Water), Air Lembah Yarra (Yarra Valley Water) dan Majlis Bandar Raya Wellington (Wellington City Council).,” kata Clive Rundle, Pengarah Kumpulan - Utiliti, Beca. “Kami telah menjalinkan hubungan kerjasama yang kukuh, lahir daripada dua organisasi yang mempunyai nilai serupa dan keupayaan yang saling melengkapi. Pengembangan perkongsian kami dengan Black & Veatch melangkaui sektor air ialah kemajuan semula jadi yang memberikan pelanggan di seluruh Australia dan New Zealand dengan pengalaman unik termaklum global yang diperlukan untuk menyelesaikan cabaran yang mereka hadapi sekarang dan pada masa akan datang.”

MoU Beca dan Black & Veatch yang diperluas adalah sejajar dengan komitmen Australia dan New Zealand untuk mempercepat transformasi tenaga masing-masing dengan mengemudi peluang dan kesukaran yang akan diberikan oleh peralihan kepada pelepasan sifar bersih terhadap ekonomi kedua-dua negara dan mengenal pasti bidang kerjasama yang berpotensi.

Budaya bersama yang kukuh ialah sokongan di sebalik kejayaan kerjasama Beca dan Black & Veatch. Kedua-dua syarikat dimiliki oleh pekerja—model perniagaan yang telah menyampaikan kejayaan selama lebih daripada satu abad untuk organisasi masing-masing. Antara keutamaan bersama kedua-dua syarikat ialah komitmen untuk menyampaikan dan menguruskan infrastruktur kritikal, kelestarian dan pengawasan korporat yang bertanggungjawab dengan selamat.

Hubungi Black & Veatch untuk maklumat lanjut.

Nota Editor:
• MoU sebelum ini dilaksanakan pada tahun 2019 antara kedua-dua syarikat itu memberikan tumpuan kepada projek air dan air kumbahan di New Zealand.

Maklumat Tentang Black & Veatch

Black & Veatch ialah syarikat kejuruteraan, perolehan, perundingan dan pembinaan global 100 peratus milik pekerja dengan rekod prestasi lebih daripada 100 tahun dalam inovasi infrastruktur mampan. Sejak tahun 1915, kami telah membantu pelanggan kami meningkatkan kehidupan orang ramai di seluruh dunia dengan menangani kebingkasan dan keandalan aset infrastruktur kami yang paling penting. Hasil yang kami peroleh pada tahun 2022 ialah AS$4.3 bilion. Ikuti kami di www.bv.com dan media sosial.

Maklumat Tentang Beca

Beca ialah firma perkhidmatan profesional milik pekerja yang telah menyampaikan perkhidmatan Kejuruteraan, Nasihat dan Perundingan Pengurusan membentuk komuniti di seluruh Rantau Asia Pasifik selama lebih 100 tahun. Kami mempunyai lebih daripada 4,000 tenaga kerja di 21 pejabat yang melaksanakan projek di lebih 70 negara. Kami telah mempunyai pejabat di Australia sejak tahun 1969 dan berasa amat berbangga kerana dapat menyokong pelanggan kami merentasi segmen pasaran termasuk Mineral dan Logam, Pengangkutan dan Infrastruktur, Tenaga, Air, Makanan dan Sains Hayat, Pembuatan Lanjutan, Kesihatan dan Pertahanan.

Tenaga kerja kreatif bersama-sama mengubah dunia kita ialah visi kami. Ini mencerminkan budaya, aspirasi dan tujuan kami - untuk menjadikan setiap hari bertambah baik. Kami mencipta nilai melalui pemahaman dan menyampaikan penyelesaian yang berjaya, perkhidmatan cemerlang dan hubungan kami yang berkekalan serta menggunakan kemahiran dan sistem kami untuk memperkasa inovasi; membantu pelanggan kami membentuk komuniti, mengoptimumkan aset dan menyelaraskan operasi masing-masing. Ikuti kami di www.beca.com.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Bahagian untuk Dihubungi

Hubungan Media, Black & Veatch:
EMILY CHIA | +65 6335 6623 P | +65 9875 8907 M | Chialp@bv.com
E-MEL MEDIA 24-JAM | Media@bv.com

Hubungan Media, Beca:
REBECCA ADAM I +61 403 502 654 I rebecca.adam@beca.com
 
Sumber: Black & Veatch 

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.