|
|
|
|
Disember 05, 2025 -Jumaat |
|
|
|
 |
|
|
|
|
KENYATAAN PETRONAS BERHUBUNG TANGKAPAN SINDIKET PENYELEWENGAN MINYAK DIESEL
Thursday 24/08/2023
KUALA LUMPUR, Ogos 24 (Bernama) -- PETRONAS merujuk kepada kenyataan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berkaitan penangkapan 15 individu berhubung dengan sindiket penyelewengan minyak diesel. Penangkapan tersebut adalah susulan daripada laporan polis yang telah dibuat oleh PETRONAS hasil daripada siasatan dalaman terhadap dakwaan salah laku tersebut. PETRONAS terus komited dalam usaha mencegah dan membanteras segala bentuk jenayah, dan akan terus menyemai kepentingan budaya integriti dan etika kerja di dalam organisasi Kumpulannya. PETRONAS akan terus memberi kerjasama yang penuh kepada pihak PDRM dalam perkara ini.
Media Communications Group Strategic Relations & Communications PETRONAS 24 Ogos 2023
SUMBER : PETRONAS
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: Nama: Muhamad Helmi Abd Majid Executive, Media Communications Media Communications Group Strategic Relations & Communications Tel: + (603) 2392 3055 (DL) / + (601) 4 228 0877
--BERNAMA |
|
|
|
|
|