Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  PENDAFTARAN SEMINAR PERCUKAIAN KEBANGSAAN (SPK) 2023 TELAH DIBUKA

Friday 25/08/2023



KUALA LUMPUR, Ogos 25 (Bernama) -- Sukacita dimaklumkan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan (SPK) 2023 bagi Bajet 2024 secara dalam talian (webinar) pada 18 dan 19 Oktober 2023. Pendaftaran bagi menyertai seminar ini telah dibuka mulai 18 Ogos 2023 melalui Portal Pendaftaran Seminar di https://spk.hasil.gov.my/.
 
SPK adalah merupakan acara tahunan yang dianjurkan oleh HASiL dengan objektif untuk menyampaikan pelbagai maklumat terkini dan memberikan pemahaman yang lebih jelas berkaitan dengan sebarang pindaan dalam semua akta yang ditadbir oleh HASiL lanjutan pembentangan Belanjawan 2024 oleh Menteri Kewangan pada bulan Oktober yang akan datang.
 
Sebanyak dua (2) siri seminar akan diadakan dalam SPK tahun ini seperti berikut:

Table

SPK 2023 membariskan para penceramah berpengalaman yang terdiri daripada pegawai-pegawai kanan HASiL dan juga menampilkan ahli panel profesional bagi mengupas lanjut dua (2) topik utama iaitu ‘Cadangan Bajet 2024’ dan ‘Pelaksanaan e-Invoicing di Malaysia: Mekanisma dan Manfaat kepada Rakyat’.
 
Kepada orang ramai khususnya pengamal percukaian dan pembayar cukai yang berminat adalah disarankan untuk merebut tawaran kadar yuran istimewa early bird berjumlah RM350 bagi yang mendaftar dan membayar yuran sebelum atau pada 31 Ogos 2023. Kadar yuran bagi pendaftaran dan pembayaran mulai 01 September 2023 adalah berjumlah RM380 bagi setiap penyertaan.
 
Bagi memudahkan urusan pendaftaran seminar, HASiL telah menyediakan dua (2) kaedah pembayaran yuran seminar iaitu melalui kaedah Financial Process Exchange (FPX) dan bayaran secara kad debit atau kredit. Orang ramai boleh menghubungi pihak urus setia SPK 2023 melalui e-mel spkhasil@hasil.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan seminar ini.
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:

a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);

b) HASiL Live Chat;

c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 

Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Tarikh: 25 Ogos 2023

Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my 

--BERNAMA

 



 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.