Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (HASIL) MELANTIK 14 RAKAN STRATEGIK HASIL MEMPERKASAKAN PEMATUHAN CUKAI

Tuesday 29/08/2023



CYBERJAYA, 29 Ogos (Bernama) -- Perkembangan pesat dan ledakan evolusi teknologi masa kini menjadikan segala maklumat boleh diakses dengan lebih pantas melalui internet dan media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Whatsapp, TikTok serta Telegram. Memastikan pendidikan cukai dapat disebarluaskan dengan efisien melalui inisiatif Awareness, Education And Services (A.E.S), Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) telah bekerjasama dan melantik seramai 14 orang selebriti dan pempengaruh sebagai Rakan Strategik HASiL dalam satu sesi libat urus yang telah diadakan bertempat di Hotel Dashbox, Cyberjaya.
 
Rakan Strategik HASiL yang dilantik terdiri daripada individu yang berbeza latar belakang antaranya dalam bidang lakonan, pengacaraan, nyanyian, perubatan, gaya hidup, pengurusan kewangan, pelaburan dan insurans. Pelantikan mereka sebagai ejen HASiL bertujuan untuk menyebarluas maklumat cukai yang sahih kepada orang ramai, memberikan pendidikan dan kesedaran cukai selain turut menjadi platform pelaksanaan tanggungjawab sosial selebriti dan pempengaruh kepada negara.
 
YBhg. Dato’ Sri Dr. Mohd Nizom Sairi, Ketua Pegawai Eksekutif HASiL menerusi ucapannya yang disampaikan oleh YBhg. Datuk Abu Tariq Bin Jamaluddin, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif (Pematuhan) berkata antara objektif pelantikan ini dilaksanakan adalah bagi meningkatkan kadar pematuhan cukai secara sukarela dalam kalangan selebriti dan pempengaruh, penyampaian mesej-mesej percukaian secara santai dan berkesan, menggiatkan lagi promosi Program Khas Pengakuan Sukarela (PKPS 2.0) di platform media sosial sekali gus meningkatkan kesedaran rakyat terhadap kepentingan cukai kepada pembangunan negara.
 
Selain itu juga, Rakan Strategik HASiL ini akan bertindak sebagai penghubung yang mendekatkan HASiL dengan orang awam menerusi paparan serta hantaran maklumat percukaian yang kreatif, padat dan menarik serta mudah difahami oleh rakyat.
 
Berikut merupakan senarai Rakan Strategik HASiL yang telah dilantik bagi Program Kesedaran Cukai Bersama Selebriti dan Pempengaruh bagi tahun 2023/2024:
1. Nurul Iman binti Abdul Rahim
2. Siti Hawa binti Mohd Nor
3. Nur Aliah binti Mohd Nor
4. Adzren bin Adnan
5. Ahmad Faiz bin Azmi
6. Ahmad Fedtri bin Yahya
7. Datuk Hj. Mohd Asri bin Ahmad
8. Dr. Muhammad Shazril bin Shaharuddin
9. Ang Chun Leong    
10. Hazama bin Ahmad Azmi
11. Ahmad Nabil bin Ahmad
12. Muhammad Khairul bin Baharuddin
13. Sean Lee Jia Ern
14. Ridzuan Haqiem bin Rusli
 
Sebarang pertanyaan serta maklum balas berkaitan boleh dimajukan kepada kami melalui:
a) Hasil Care Line di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di portal rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public 
 
Dikeluarkan Oleh:
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia


Sumber: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Bahagian Komunikasi | Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif
Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
Hasil Care Line : 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Hasil Recovery Call Centre: 03-8751 1000  
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my  

--BERNAMA

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.