Disember 05, 2025 -Jumaat

 
  BERJAYA SOMPO INSURANCE PROMOSI SUKAN PERMOTORAN YANG SAH DAN SELAMAT MELALUI KEMPEN 'KESELAMATAN JALAN RAYA DAN MENUNGGANG SECARA BERTANGGUNGJAWAB'

Tuesday 29/08/2023



Dengan kerjasama Yulina, pelumba motosikal

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Sejajar dengan komitmen berterusan bagi menggalakkan keselamatan jalan raya untuk penunggang motosikal dan amalan menunggang yang bertanggungjawab, Berjaya Sompo Insurance Berhad (“Berjaya Sompo”) telah melancarkan kempen “Ride Safe Bersama Berjaya Sompo Insurance. Kempen ini juga menampilkan Yulina, pelumba motosikal yang berkongsi perjalanan beliau ke arah menjadi seorang pelumba, sambil memberi penekanan tentang pentingnya menunggang secara selamat dan bertanggungjawab. Kempen ini bertujuan menunjukkan contoh positif kepada penggemar aktiviti lumba haram dengan menggalakkan tingkah laku bertanggungjawab di atas dan luar jalan raya. Selain itu, kempen ini juga adalah sebahagian daripada kerjasama antara Berjaya Sompo dan Yamaha Racing Team sebagai penaja utama ‘Sompo Yamaha Y16ZR Race Masterclass’ di Kejuaraan Superbike Malaysia 2023 (MSBK) dan penaja rasmi AEON Credit Service Yamaha 135LC Tekhne Challenge di Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia 2023 (MCP).
 
Ketua Pegawai Eksekutif Berjaya Sompo, Encik Tan Sek Kee berkata, “Tumpuan kami adalah untuk menggalakkan individu memilih tempat yang betul iaitu litar lumba, untuk mempamerkan bakat dan kemahiran mereka. Di Malaysia, motosikal merupakan kaedah pengangkutan yang popular, namun jumlah kematian serta kemalangan jalan raya yang melibatkan penunggang motosikal amat membimbangkan dan perlu ditangani secara berkesan. Oleh itu, kami komited untuk memupuk budaya kecemerlangan, keselamatan dan tanggungjawab dalam komuniti penunggang motosikal. Dengan melengkapkan penunggang dengan pengetahuan dan kemahiran yang mereka perlukan, kami percaya bahawa ini dapat mengurangkan kemalangan dengan ketara sambil menyumbang kepada persekitaran jalan raya yang lebih selamat."

Kemuncak kempen ‘Ride Safe Bersama Berjaya Sompo Insurance’ ialah peraduan Snap & Menang yang menjemput peminat motosikal untuk menyertai kempen dan peka untuk melakukan perubahan. Berlangsung dari 8 Ogos hingga 8 September 2023, para peserta  perlu mengambil gambar dengan motosikal, topi keledar dan peralatan keselamatan mereka dengan cara yang paling bergaya. Untuk menyertai peraduan, peserta harus berkongsi gambar mereka bersama dengan kapsyen yang menerangkan mengapa insurans dan amalan menunggang yang selamat amat penting untuk setiap penunggang.

Penyertaan paling menarik dan kreatif akan memenangi hadiah, termasuk topi keledar muka penuh, cenderamata eksklusif dan dua pas ‘paddock’ untuk Kejuaraan Superbike Malaysia 2023 (MSBK) atau Kejuaraan PETRONAS Cub Prix Malaysia 2023 (MCP). Peraduan ini juga memberi peluang kepada para penunggang untuk mempamerkan gaya mereka disamping meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan menunggang motosikal di jalan raya.

Untuk maklumat lanjut tentang kempen, butiran peraduan dan Insurans SOMPO Motorcycle, layari https://www.berjayasompo.com.my/.

Gambar:
https://drive.google.com/drive/folders/1O9qQLhfPUl-f-gUgq_5PvwqyIy09Yxlz?usp=sharing

SUMBER: Berjaya Sompo Insurance Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 

Nama: Samantha Onn
Manager
PR and Communications 
Berjaya Sompo Insurance Berhad 
Tel: +6018 – 272 7221
E-mel: hmonn@bsompo.com.my 

Nama: Samantha David
Assistant Manager
PR and Communications 
Berjaya Sompo Insurance Berhad 
Tel: +6016 – 314 1085
E-mel: samantha.david@bsompo.com.my 

--BERNAMA

 

 
 
 

Copyright @ 2025 MREM . All rights reserved.