REYKJAVIK, Iceland, 30 Ogos (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Travelshift, agensi pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka di Iceland telah berjaya memperoleh pencarian modal sebanyak USD$10 juta daripada pemegang saham sedia ada, meningkatkan jumlah pendanaan kepada USD$30 juta.
Pembiayaan tersebut mewakili undi percaya daripada pelabur semasa Travelshift dalam trajektori pertumbuhan dan potensi masa depan syarikat. Menurut Harshal Chaudhari, Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan di GE Investment Management Co., “Kami berbangga untuk terus menyokong perjalanan luar biasa Travelshift. Komitmen syarikat yang tidak berbelah bahagi terhadap inovasi dan kepuasan pelanggan telah memainkan peranan penting dalam kejayaan syarikat dan kami amat yakin dengan potensi yang ada untuk terus mengganggu industri pelancongan senggang ini.”
Pusingan pendanaan terkini berikutan pelancaran
Panduan ke Eropah Travelshift baru-baru ini, platform pelancongan yang menyelesaikan Perjalanan Bersambung untuk pasaran pelancongan senggang Eropah. Perkhidmatan berinovatif ini, yang dikuasakan oleh AI, membolehkan pelancong menempah semua yang mereka perlukan dengan satu pembayaran dan menguruskan keseluruhan perjalanan mereka dalam satu aplikasi. Perkhidmatan ini juga memberikan pelancong akses kepada ribuan jadual perjalanan yang telah dioptimumkan dengan menggunakan AI, yang kini menjadi pilihan pakej percutian terbesar dunia di Eropah.
"Kami sangat teruja untuk menerima sokongan dan kepercayaan berterusan daripada pemegang saham kami yang sedia ada," kata David Stewart, Ketua Pegawai Eksekutif Travelshift. "Pusingan pembiayaan ini membolehkan kami mempercepat inisiatif pertumbuhan dan terus membina generasi pelancongan seterusnya melalui penggunaan berinovatif dan aplikasi AI untuk menyampaikan pengalaman pelancongan yang diperibadikan dan lancar."
Travelshift ingin mengucapkan terima kasih yang tulus ikhlas kepada pasukan yang berdedikasi, pelanggan yang setia dan pemegang saham yang tekad untuk sokongan dan kepercayaan berterusan mereka terhadap visi syarikat.
Maklumat Tentang Travelshift: Travelshift ialah agensi pelancongan dalam talian (OTA) terkemuka Iceland yang mempunyai kepakaran dalam menyediakan penyelesaian pelancongan dipacu teknologi. Bersama pengalaman yang lebih sedekad dalam industri, Travelshift komited untuk merevolusikan cara orang ramai melancong, menawarkan perkhidmatan berinovatif dan pengalaman pelanggan yang luar biasa. Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi
Untuk pertanyaan media atau maklumat lanjut, sila hubungi:
David Stewart
Ketua Pegawai Eksekutif
E-mel:
dave@travelshift.comTelefon: +354 791 9394
Sumber: Travelshift
--BERNAMA