|
|
|
|
|
|
YILI KEKAL DI ANTARA 5 TERBAIK DI DALAM LAPORAN 20 TERATAS BAGI TENUSU GLOBAL 2023 RABOBANK
Friday 01/09/2023
AsiaNet 100299
Yili kekal di antara lima pengeluar tenusu terbaik global Rabobank hasil daripada prestasi kewangan mereka yang cemerlang. UTRECHT, Belanda, 1 Sept, 2023 /Xinhua-AsiaNet/--
Menurut Laporan 20 Teratas bagi Tenusu Global 2023 Rabobank, Yili sekali lagi mengekalkan kedudukan mereka di dalam kalangan 5 teratas sebagai satu-satunya pengeluar tenusu Asia, dengan memperoleh kedudukan kepimpinan tertinggi mereka di dalam industri tenusu rantau itu untuk 10 tahun berturut-turut. Berdasarkan kepada prestasi kewangan bagi pengeluar tenusu utama, kedudukan itu mencerminkan daya tahan jangka panjang Yili di dalam menghadapi sebuah landskap ekonomi global yang tidak menentu. Dengan memanfaatkan kelebihan berdaya saing yang diwujudkan merentasi rantaian nilai, Yili telah mengekalkan pertumbuhan yang stabil di dalam jumlah hasil sepanjang 30 tahun yang lalu. Di dalam dekad yang lalu, pendapatan Yili telah meningkat daripada 47.779 bilion yuan China (USD6.55 bilion) pada tahun 2013 kepada 123.171 bilion yuan China (USD16.9 bilion) pada tahun 2022, yang diterjemahkan kepada satu kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 11% - dua kali ganda berbanding dengan purata industri itu. Pertumbuhan mantap Yili selama beberapa dekad itu berjalan seiring dengan rangkaian kerjasama sumber global dan inovasi syarikat itu, serta usaha mereka untuk membangunkan produk tenusu yang berkhasiat dan sihat secara berterusan sebagai tindak balas kepada keperluan kitaran hayat penuh bagi pengguna. Yili telah melabur dengan banyak untuk mengembangkan jejak penyelidikan & pembangunan (R&D) mereka di seluruh dunia, dengan mewujudkan sejumlah 15 pusat inovasi di dalam dan luar negara. Menjelang akhir Disember 2022, Yili menduduki tempat kedua di kalangan 10 syarikat tenusu global teratas dari segi jumlah permohonan paten dan aplikasi penciptaan. Selain daripada perniagaan susu cair di mana Yili mempunyai satu kelebihan yang kompetitif, ia juga menikmati trend penggunaan baharu bagi makanan dan minuman sihat yang pelbagai, yang berputar kepada segmen pertumbuhan tinggi yang lain yang termasuk produk tenusu organik, tenusu dan nutraseutikal berasaskan tumbuhan, keju dan air mineral semula jadi. Dengan matlamat untuk menjadi sebuah inovator terkemuka, Yili juga merupakan sebuah perintis industri di dalam membina platform operasi digital yang meliputi inovasi produk, pengurusan rantaian pembekalan, pengembangan saluran pelbagai arah dan pengalaman pengguna. Lelaran dan inovasi produk syarikat itu serta peningkatan kualiti operasi perkhidmatan adalah dipandu oleh hasil analisis data besar dan ramalan algoritma. Penyelesaian digital ini juga membolehkan Yili untuk mewujudkan sebuah sistem kebolehkesanan produk yang komprehensif. Syarikat itu juga memanfaatkan inovasi yang berkaitan AI, membangunkan manusia maya mereka sendiri, kilang-kilang meta-universe, dan produk aplikasi GPT untuk sebuah pengalaman pengguna yang lebih pelbagai. Untuk membawa manfaat bagi pemakanan dan kesihatan kepada lebih ramai pengguna, Yili telah mempercepatkan pertumbuhan mereka di dalam pasaran global, dengan mencapai peningkatan pendapatan 52.2% tahun ke tahun di dalam perniagaan luar negara pada tahun lepas. Selain Eropah, Oceania dan kawasan lain yang mempunyai pengambilan tenusu yang mencukupi, Yili juga telah melabur di Asia Tenggara, di mana "pusat-pusat dwi" mereka -- anak syarikat Yili Thai dan pangkalan pengeluaran Indonesia -- bertindak sebagai enjin bagi Yili untuk berkhidmat kepada tempatan pasaran. Dengan memanfaatkan platform kerjasama inovasi yang ditubuhkan bersama dengan universiti-universiti tempatan dan institusi R&D, Yili telah melancarkan produk buatan khusus sebagai tindak balas kepada permintaan pengguna tempatan. Produk Yili yang pelbagai itu termasuk Cremo, Joyday, AMBPOMIAL dan Youngfun kini boleh didapati di pasaran Asia Tenggara. Sehingga kini, Yili telah menubuhkan 75 pangkalan pengeluaran di seluruh dunia, bekerjasama dengan lebih daripada 2,000 rakan kongsi. Rangkaian produk yang pelbagai, termasuk susu cair, susu tepung, yogurt, keju dan ais krim, boleh didapati di lebih 60 buah negara dan wilayah. Jenama Yili juga telah mencapai tahap populariti di peringkat global, dan telah diiktiraf sebagai Jenama Tenusu Paling Bernilai di Dunia oleh Brand Finance selama empat tahun berturut-turut. Sumber: Kumpulan Yili Pautan Lampiran Imej: Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=441963 Kapsyen: Yili kekal di antara lima pengeluar tenusu terbaik global Rabobank hasil daripada prestasi kewangan mereka yang cemerlang. Pautan: https://iop.asianetnews.net/view-attachment?attach-id=441970 Kapsyen: Produk Yili kini tersedia di lebih 60 buah negara dan wilayah.
--BERNAMA |
|
|
|
|
|
|