PEMASANGAN YANG BAHARU DIPERKENALKAN: CAHAYA PEPEJAL EFEMERAL (EPHEMERAL SOLIDIFIED LIGHT)Dalam karya seni imersif yang dialami pengunjung dengan memasuki air, banyak cahaya terapung di udara, setiap cahaya terdiri daripada pelbagai warna. Sempadan setiap warna dipisahkan dengan jelas seolah-olah dalam bentuk pepejal. Pemisahan warna yang nampak seperti dalam bentuk pepejal bagi banyak cahaya tidak dapat dilihat di dunia semula jadi dan disebabkan oleh penyegerakan yang melampau. Melalui swaorganisasi dari masa ke masa, fenomena penyegerakan ini mewujudkan struktur tertib yang besar.
PEMBAHARUAN RUANG KARYA SENIDalam
Alam Semesta Kristal Tidak Terhingga (The Infinite Crystal Universe), karya seni yang mencipta arca tiga dimensi daripada koleksi titik cahaya, pengunjung boleh menyertai karya yang menggunakan aplikasi teamLab dan mencipta karya seni itu bersama individu lain dalam ruang itu. Dengan melontar bintang pilihan anda daripada aplikasi, arca cahaya dicipta di hadapan anda dan ruang karya ini dicipta oleh sekumpulan arca cahaya ini. Bersama pembaharuan ini, lima arca cahaya baharu telah ditambah kepada pemasangan itu.
Pemasangan dipenuhi dengan sfera cahaya yang berubah kepada warna samar-samar melalui interaksi orang ramai,
Memperluas Kewujudan Tiga Dimensi dalam Mengubah Ruang (Expanding Three-dimensional Existence in Transforming Space) dan beberapa ruang karya seni lain juga telah diperbaharui, meningkatkan lagi pengalaman menyelubungi seluruh badan secara fizikal.
Selain itu, teamLab Planets, yang pada asalnya dijadualkan akan ditutup pada penghujung tahun 2023, telah dilanjutkan hingga akhir tahun 2027 disebabkan populariti muzium tersebut.
KONSEP DI SEBALIK TEAMLAB PLANETSBersama yang Lain, Selubungi Seluruh Badan Anda, Amati dengan Badan Anda dan Menjadi Satu dengan DuniateamLab Planets ialah muzium tempat anda berjalan mengharungi air dan taman tempat anda menjadi satu bersama bunga. Muzium ini terdiri daripada 4 ruang karya seni berskala besar dan 2 taman yang dicipta oleh teamLab kolektif kesenian.
Orang ramai hanya berkaki ayam dan menyelubungi seluruh badan mereka dalam karya seni yang luas bersama dengan yang lain. Karya seni berubah di bawah kehadiran orang ramai, mengaburkan persepsi sempadan antara diri dan karya. Orang lain juga mencipta perubahan dalam karya seni, mengaburkan sempadan antara mereka dan karya, serta mewujudkan kesinambungan antara diri, seni dan orang lain.
-----------------------
*1, Laman Web Rasmi teamLab Planets, Data Pembelian Tiket (data diperoleh dari 1 Mac - 31 Ogos 2023)
*2 “
Nippon yang Menakjubkan / Muzium Seni Digital di Tokyo Memikat Pelancong Luar Negara - The Japan News (Amazing Nippon / Digital Art Museum in Tokyo Enchants Overseas Tourists - The Japan News)” The Japan News oleh Yomiuri Shimbun. 5 Ogos 2023.
Maklumat Tentang MuziumteamLab Planets TOKYO DMM6-1-16 Toyosu, Koto-ku, Tokyo
https://www.teamlab.art/e/planets/ Waktu OperasiSeptember - November: 09:00 - 22:00
*Kemasukan terakhir ialah 1 jam sebelum ditutup
*Waktu operasi adalah tertakluk kepada perubahan. Sila semak laman web rasmi untuk maklumat terkini.
Ditutup: 6 September (Hari Rabu), 4 Oktober (Hari Rabu), 8 November (Hari Rabu)
Harga Tiket MasukDewasa (18 tahun dan ke atas): 3,800 Yen
Kanak-kanak (13 - 17 tahun): 2,300 Yen
Kanak-kanak (4 - 12 tahun): 1,300 Yen
3 tahun dan ke bawah: Percuma
Diskaun hilang upaya: 1,900 Yen
Kedai Tiket Rasmihttps://teamlabplanets.dmm.comMakanan & KedaiVegan Ramen UZU Tokyo:
https://vegan-uzu.com/pages/uzu-tokyo-enKedai Bunga teamLab:
https://www.teamlab.art/e/flowershop/Untuk Pihak MediaKumpulan Risalah Akhbar:
https://goo.gl/tQXMLmVideo Sorotan:
https://youtu.be/KAQMAzRjoH0Maklumat Tentang PLANETS Co., Ltd.Ditubuhkan pada tahun 2017 Mengoperasi dan menguruskan kemudahan teamLab Planets TOKYO.
Lokasi: Tokyo Nihonbashi Tower 10F, 2-7-1 Nihonbashi, Chuo-ku, Tokyo
Wakil: Takumi Nomoto
Maklumat Tentang teamLabteamLab (f. 2001) ialah kolektif kesenian antarabangsa. Amalan kerjasama teamLab bertujuan mengemudi pertemuan antara seni, sains, teknologi dan dunia semula jadi. Melalui seni, kumpulan pakar antara disiplin, termasuk artis, pengatur cara, jurutera, juruanimasi CG, ahli matematik dan arkitek, yang mempunyai tujuan menerokai hubungan antara diri dan dunia, serta bentuk persepsi baharu.
Dalam usaha untuk memahami dunia di sekeliling mereka, individu memisahkannya kepada entiti bebas dengan sempadan yang diamati antara mereka. teamLab berusaha menjangkau sempadan ini dalam persepsi kita mengenai dunia, hubungan antara diri dan dunia, serta keselanjaran masa. Segalanya wujud dalam keselanjaran yang panjang, rapuh lagi menakjubkan, serta tanpa sempadan.
Pameran teamLab telah diadakan di beberapa bandar di seluruh dunia, termasuk New York, London, Paris, Singapura, Silicon Valley, Beijing dan Melbourne antara lainnya. Muzium teamLab dan pameran tetap berskala besar termasuk
teamLab Borderless dan
teamLab Planets di Tokyo,
teamLab Borderless Shanghai dan
teamLab SuperNature Macau dan
teamLab Massless Beijing, dengan lebih banyak lagi yang akan dibuka di beberapa bandar termasuk Abu Dhabi, Beijing, Hamburg, Jeddah dan Utrecht.
Karya teamLab terdapat dalam koleksi tetap Muzium Seni Kontemporari, Los Angeles; Galeri Seni New South Wales, Sydney; Galeri Seni Australia Selatan, Adelaide; Muzium Seni Asia, San Francisco; Muzium Masyarakat Asia, New York; Koleksi Seni Kontemporari Borusan, Istanbul; Galeri Kebangsaan Victoria, Melbourne; dan Amos Rex, Helsinki, antara lainnya.
teamLab diwakili oleh
Pace Gallery,
Martin Browne Contemporary dan
Ikkan Art.
teamLab:
https://www.teamlab.art/Instagram:
https://instagram.com/teamlab/Facebook:
https://www.facebook.com/teamLab.incTwitter:
https://twitter.com/teamLab_netYouTube:
https://www.youtube.com/c/teamLabARTGaleri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/53546601/en Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Bahagian untuk Dihubungi
PLANETS Co., Ltd. Jabatan Perhubungan Awam
E-mel:
pr-info@planets.artWawancara:
https://forms.gle/fAtnDKLpQKFME6XR9 Sumber: PLANETS Co., Ltd.
--BERNAMA